Percaya atau tidak, selepas nampak kaca yang berterabur di atas lantai bilik Emery, aku berjalan semula ke bilik aku lalu kembali berbaring di atas katil dan menutup mata.
Kali kedua aku mencelikkan mata dan memandang jam di dinding, jarum pendek sudah pun di angka 10.
Aku menarik nafas, kepala aku jengukkan perlahan ke bilik Emery dan seperti di dalam jangkaan aku, kaca-kaca tersebut sudah hilang dan cermin balkoni sudah kembali elok seperti biasa.
Pada pertengahan tangga rumah, aku sudahpun mendengar suara bingit dan gelak ketawa beberapa manusia dari ruang dapur, aku melangkah masuk ke zon dapur dan ruang bar diduduki Emery dan papa.
"Eh! Morning!"
Tersenyum lebar papa menegur aku, tangannya diangkat lalu didepakan, mahu aku memeluknya.
Aku senyum selama dua saat sebelum beredar ke peti sejuk, pintunya aku buka lalu sekotak jus oren organik aku keluarkan.
"Wow Wyn, kenapa ni? Mood tak elok pagi-pagi ni?"
"Nope, cuma tak suka atmosfera sekarang." kata aku sambil menuang jus ke dalam cawan lut sinar.
"Ouch, that shit hurted." Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki berambut putih ais berdiri di ambang pintu dapur, dahi aku berkerut, dan Ailey kemudian melangkah masuk, dan giliran Alberto yang bertandang semalam sebelum aku tidur.
"Apa korang buat dekat sini?" Tanya aku.
"Breakfast Wyn, mama ajak diaorang breakfast sini harini." Tiba-tiba pula mama muncul dari pintu tandas di belakang aku. Okay siapa pulak nak muncul lepas ni? Beta?
"Wow, apa ni, family reunion ke?" Tanya aku hairan.
"Boleh kira lah."
"The fudge? Beta kau pun sama?" Beta tersengih-sengih sambil mengelap peluh di dahi, dia mengambil tempat berhadapan dengan Emery dan terus mengendahkan kewujudan aku.
Setiap orang aku perhati, masing-masing berpeluh dan muka berminyak, okay amalan gaya hidup sihat, satu murid satu sukan— ok apa benda aku merapu ni.
"Kau siapa?" Aku toleh ke arah mamat rambut putih ais yang selamba merembat cawan jus oren aku, dia tersenyum senget dan terus berlalu pergi.
"Tu Jet, ingat tak? Aku pernah cakap yang aku, dia dengan Ailey satu geng dekat Alvert. Aku memusingkan badan menghadap Emery sambil mencekak pinggang.
"Jadi? Kenapa korang berkumpul dekat sini?"
"Kitaorang tengah fikir rancangan untuk... Kau tau...?"
"Taktau, kalau boleh taknak tau."
"Wyn benda ni berkaitan dengan kau."
"Apa benda je yang berlaku dekat sini tak berkaitan dengan aku?" Aku melepaskan keluhan kasar dan berlalu pergi.
"Hey Eowyn!" Emery melaungkan nama aku ibarat aku berada jauh berpuluh kilometer darinya.
"Praktis mula pukul 11!"
"Praktis apa?"
—×—
"Huh, huh, k— korang gila!" Si rambut putih hampir menikam aku dengan pisau kecilnya, aku mengelak ke tepi dan tangannya aku tarik ke depan, dengan kekuatan belakang badan aku, badannya dilempar ke lantai dan aku terus menahan tangannya.
"Kenapa aku terjebak dalam semua ni?!" Emery tidak berhenti gelak sedari tadi, Beta dengan sarung boxing dan Ailey dengan kusyen penghadang mengabaikan jeritan seorang insan yang memerlukan simpati seperti aku.
YOU ARE READING
WTFTT
Novela Juvenilnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...