Maya (aku cuba letak nama normal) menyelak satu-persatu kepingan surat yang berada di tangannya, kaki yang sedari tadi berdiri di hadapan peti pos dipusingkan, namun terhenti apabila melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumahnya.
Seseorang melangkah keluar dari kereta, dia menggaru lehernya sambil menyelak rambut ke belakang.
Maya memandang pelik budak lelaki di hadapannya, dari atas ke bawah, hurm, tak kenal.
"Cari siapa dik?" Beta memandang wanita di hadapannya, senyuman manis ditayang sambil berjalan mendekati pagar yang memisahkan dia dengan wanita tersebut.
"Urm, aunty mak Eowyn ke?" Maya mengangguk lalu berjalan ke arah pondok pengawal, butang untuk membuka pagar ditekan, ah takde masalah, mesti tu kawan Eowyn, fikirnya.
"Maaflah mengganggu malam-malam macamni, saya Beta, kawan Eowyn, Eowyn ada?" Beta kelihatan gelisah, tangannya menggenggam erat hujung baju tshirtnya.
"Eh? Erm adalah kot, tu beg dia dalam bilik, beg Adelyn pun aunty jumpa depan pintu tadi, orangnya aunty tak nampak pulak. Tapi tu pukul 6 tadilah, sekarang entah dah balik kot dua ekor tu."
Sedang Beta tergaru-garu kepalanya, seorang wanita yang sedang memimpin anaknya berselisih dengan Beta lalu berjalan mendekati Maya, Maya terundur sedikit apabila wanita tersebut mendekatkan mukanya kepada Maya.
"Hurm, anak kau mana? Yang perempuan tu?"
"Ha?"
"Anak perempuan kau yang kurang ajar tu, mana dia?"
"Eh kau siapa datang-datang kata anak aku kurang ajar, siapa yang kurang ajar sekarang ni?" Maya menaikkan suara untuk menandingi suara wanita yang entah siapa itu, hilang kesopanan yang sepatutnya ada di hadapan tetamu.
"Tak kurang ajar ke kalau anak kau kata aku hijau? Kau tengok muka aku ni ada warna hijau ke?" katanya lalu jari ditunjuk ke muka, "siap halang anak aku beli aiskrim lagi. Celah mana kesopanan dia tu?" berkerut-kerut dahi Maya, apa benda tah perempuan ni tengah merepek.
"Aku tak faham, cerita biar jelas boleh?" Maya cuba menurunkan suaranya, tetamu masih tetamu, walaupun tak diundang.
"Koci, cerita dekat makcik ni apa yang Koci cerita dekat mummy." budak yang dipimpinnya itu mengangguk, dengan air muka yang berlagak, dia menjeling Maya.
"Kakak yang entah siapa tu kata mak saya hijau masa saya hampir terlanggar dia dengan basikal, saya dah kata maaf, tapi dia marah jugak, siap tunjuk jari tengah lagi." Maya terdiam, Beta yang berdiri di sebelah turut membuat muka yang sama dengan Maya, rasa lawak dan terkedu pada masa yang sama.
"Dan kakak tu tak bagi saya beli aiskrim petang tadi, dia tolak basikal saya sampai saya terjatuh, habis calar hujung handle saya." sekali lagi Maya membuat muka tidak percaya.
"Eh, anak aunty bukan orang macamtu." dalih Maya.
"Mana engkau tau? Sekarang aku nak jumpa anak kau, aku kena face to face dengan dia, aku nak dia melutut sambil minta maaf dengan aku." kata wanita tersebut dengan nada angkuh, fuh, kalau kasi setepek ni sedap ni, dah lah datang rumah orang tak ada adab.
"Melutut? Kau siapa sampai nak anak aku melutut bagai?"
"Eh, aku Datin Ariastuzah Raisyalani Yati isteri Dato Haji Azman Eiskandar lah. Tak kenal aku ke? Macam mana kau boleh tinggal dekat sini? Suami saya pemegang 10% syer taman perumahan elit ni-"
"Oh Datin ke, Aria apa? Ha datin Aria, yelah kalau tak jumpa anak saya tak puas hati lah kan, Datin dengan apa nama anak kau? Kuaci? Ha masuk masuk, saya panggil dia."
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...