Suasana di Pavillion hanya ditemani bunyi air dari kolam ikan berdekatan, kolam renang yang permukaannya kelihatan berkilat aku pandang sambil tangan mencapai macarons yang dihidang di pinggan kecil.
Kotak bercop logo kafe Ahold Hayo aku jeling sekilas, sedap sungguh macarons dia, untung Beta kerja sana, dapat makan puas-puas.
"Woi, dari tadi melantak tadi kata nak tanya benda." Emery menggulingkan mata ke atas dan aku teringin nak tanya 'Jumpa otak kau dekat belakang sana tak?' tapi aku batalkan niat tu.
"Korang lah cakap dulu, nanti aku tanya benda."
"Sebenarnya kan weyh, aku rasa baik kau tak paya-"
Aku memandang Beta yang baru mengutarakan ayat tergantung yang aku percaya ingin terus merahsiakan, Beta mengembungkan pipi kemudian kembali diam.
Suasana kembali janggal, Emery menggaru kening, Ailey menggaru kedua-dua belah kening, aku kembali mengunyah macarons yang berperisa green tea.
"Jadi, kau nak mula dari mana?" tanya Ailey.
"Dari... Macam mana korang kenal?" Ailey membeliakkan mata memandang Emery, Emery turut membuat perkara yang sama kecuali bibirnya ternaik ke atas.
"Bongok Wyn, tak habis-habis kata aku kenal Ailey dari dulu. Kan aku dah kata-"
"Aku jumpa pedang yang kau lap semalam dekat bawah katil." jeritan nyaring bersuara perempuan kedengaran, aku memandang Emery dengan pandangan terkejut.
"Kenapa kau tengok?!" sekali lagi Emery menjerit dengan nyaring, aku menutup kedua belah telinga dan Ailey menampar muka Emery.
"Diamlah! Sakit telinga!" Beta pandang ke arah kanan sambil mengetap bibir, badannya menggeletar sambil matanya terpejam.
"For god sake Eowyn! Jangan sentuh barang aku!"
"Aku mana ada sentuh!"
"Dah tu kau nampak?!"
"Aku suluh lepastu nampak benda panjang bersarung, aku assume tu pedang lah!"
Keadaan kembali senyap.
"Aku kenal dia sejak dia masuk akademi, dua tahun lepas, rasanya?" Ailey memulakan perbualan, dia memandang Emery, Beta memandang aku dan aku memandang mereka bertiga secara bergilir-gilir.
"Alberto kata Emery selamatkan dia masa dia kena kejar dengan kongsi gelap, dia ambil pedang Alberto lepastu uruskan diaorang sekaligus, dia kata Emery ada skill, jadi Emery masuk akademi bawah latihan pedang. Jadi dikira Alberto ni sensei kitaorang lah."
"Alberto? Mexican?"
"Japanese. Nama je macam orang Mexico."
Aku memandang Emery, dia mengangguk.
"Wait. Alberto?" Beta memandang kami bertiga. "Eowyn kau pernah tanya aku siapa Alberto kan?"
"Bila masa?"
"Kau pernah tanyalah." aku cuba untuk mengingati semula bila masa aku tanya soalan tu, Alberto ni, aku macam pernah dengar nama dia.
"Dari sanalah aku kenal Em, selalu jugak kitaorang lepak-lepak dekat-"
"Ehem." Emery berdehem kuat, Ailey tersenyum malu lalu mendiamkan diri.
"Jadi, dah habis dah persoalan macam mana aku kenal Ailey pedang aku bla bla apa-apa sahaja korang perempuan yang suka overthinking."
"It's the truth dan memang ada benda yang tak kena kan? Pedang? Seriously? Aku tanya lah, kau yang overthink takut sangat nak bagitau apa yang jadi." Emery terdiam, aku memandang Ailey.
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...