Empat

5.8K 160 5
                                    

Harini last paper untuk final semester. Oh yeah. Aku dah sem last sekarang. Hehe. Lepas habis jawab paper ni 230 petang nanti, ada la gap beberapa bulan sebelum apply Degree. Tapi tu pun masih dalam perancangan. 

Aku kat cafe. Konon konon study last minit tapi takda satu apa pun yang masuk. Tangan kiri pegang air kotak Milo, tangan kanan pegang pen. Depan mata atas meja buku Design Steel. 

Rasa macam kejap ja masa berlalu. Aku bakal graduate. Bakal dapat kerja. Haha. Okay happy jap. Pikiran aku melayang layang entah kemana.

"along..!!!" serentak dengan itu meja tu ditepuk dan aku terbaling pen yang aku pegang sebagai tanda refleks. "maigod..setan apa rasuk kau Mai jerit macam kera hilang anak ni.." ujar aku sambil pegang dada. 

Mata aku meliar ke kiri kanan. Damn. Pen aku hilang. "aku panggil kau dari tadi kut..kau tak dengar..tersenyum senyum sorang sorang..tu yang aku tepuk meja tu..sorry.." ucap Mai sambil buat peace dua dua belah tangan. 

"hmm..lain kali bagi salam..kau nak apa..?" aku tengok Mai dan buat muka serabut. "olohhh..tomeynya muka Along..hehe..saja nak bagitau..aku balik esok kot..malam ni ada birthday party Afiq..dia ajak kau sekali..mehla join.." 

Mai buat comel tarik tarik tangan aku. Ingat aku nak melting ah tu. "aku dah janji dengan parent aku la balik petang ni. Diorang dah otw dah pun..sorry eh.." Mai acah acah muka merajuk lepastu cakap "naa..its okay along..jum jum..nak cari makan sat.." Mai berlalu sambil lambai lambai tangan.

Afiq. Nama yang bertakhta kat hati Mai. Sebenarnya malam yang Mai confess dekat aku tu, dia saja main main sebab nak uji aku kononnya. Dan aku lupa yang esoknya tu hari jadi aku. Dia dah rancang dengan Aina nak buat aku panik pastu nak wish acah sweet. 

Aku pulak terlebih terkejut dan terus keluar rumah. Aku call mak aku nangis nangis kut. Taik punya Mai. Malam tu aku bawa motor tanpa hala tuju. Sampai minyak moto nak habis baru aku balik. Dahla hujan lebat. Elok aku masuk rumah ja...

"suprise....!!" ucap Mai dan Aina. Budak berdua tu dok gelak tak ingat dunia tengok muka blur aku. "apa ni..aku tak paham.." dahla kepala aku pening. 

Aku rasa nak pengsan ja ni. Budak dua orang ni boleh gelak. Tak risau ke. "explain please.." dari suara dah menunjukkan yang aku marah. 

Diam terus dua orang tu. Aina masuk bilik ambil towel bagi aku. "sorry along..kan birthday kau..kami rancang nak buat kau panik before wish..sorry okay.." Mai bersuara perlahan

"aku tak suka..jangan buat macamtu..hmm..sikit lagi aku nak kena belah dengan lori tadi..jam dah pukul berapa kot..nak buat lawak biar bertempat..kalau yang balik bukan aku tapi jenazah aku..??korang nak explain apa kat parent aku..??aku mati pasal lawak bodoh korang..??its not funny guys.." serius. 

Kepala aku sangat sakit sekarang. "along..." sayup sayup aku dengar suara Aina sebelum semuanya gelap.

Yes aku pitam. Dan aku demam. Pagi tu Mai dengan Aina menangis tersedu sedu sambil melutut minta maaf kat sisi katil. 

Aku mana boleh marah lama lama. Aku saja ja buat keras nak tengok macamana budak dua orang tu nak minta maaf. Dan Mai explain segalanya. Dia keluar dengan budak budak kelas lain satu malam tu. Dan dia jumpa Afiq. 

Afiq dari Jabatan Eletrik. Dan Afiq dah mula perhatikan Mai since day one lagi. Dan confession Mai malam tu pun tak bermaksud apa apa. Aku lega. Sekurangnya Mai dah mula nak open hati dia untuk bercinta walaupun dia ada cakap yang 'couple itu haram'. 

Haha. Dan aku terima segalanya. Aku galakkan Mai untuk cuba dengan Afiq. Suruh dia keluar date dan semuanya. Sebab aku nak dia happy dan aku taknak digosipkan dengan Mai lagi.

'beepp' bunyi tanda ada mesej masuk.

From : Mai

[mana kau..?semua orang dah tunggu kat dewan ni]

Dewan..?otak aku cam lambat ja nak proses. Aku tengok jam. Apa yang aku patut buat di dewan sebenarnya. Oh my god. Last paper aku. Dah pukul 2. Berapa lama dah aku dok buat throwback kat cafe ni. Patutlah senyap ja. Cafe pun dah kosong.

From : Aku

[on my way]

Nasib baik dalam kekalutan berlari ke dewan tu, aku sempat sampai tepat pada masanya. Dan aku berjaya jawab dengan jayanya. Selepas peluk peluk gedik dengan budak budak kelas, aku balik rumah sewa. Aku dah siap kemas kemas barang sebelum handphone bunyi.

[Superdad is Calling]

- Hello..Assalamualaikum ayah..

- Ehh..? depan rumah..?

- Okay okay.

Sengih lebar ja aku tengok mak dengan ayah dah elok park depan pagar. Lepas dah siap ambil beg dan kunci pintu, aku masuk kereta. Memang dah jadi habit aku untuk cerita segalanya kat mak ayah. 

Tengah tengah aku dok sedap cerita, ayah mencelah. "ni ayah nak cakap ni.." suara ayah masuk tone serius. Aku cuak sekejap fikir kut aku ada salah cakap. 

"ingat dak Along ada minta DSLR dengan ayah haritu.." mata aku dah bersinar habis dah."ingat ingat.." lantas mak hulurkan beg kertas dengan tulisan Nikon terpampang. Aku memang gelak macam apa lagi time tu. Happy..? sangat. "terima kasih mak ayah..love you both muchoooo.."

"satg sampai pangkor along ambil la gambar puas puas okay.." ujar mak. "pangkor..??kita nak p pangkor ke ni..? hahahah.." ni lagi satu suprise. Mak ayah ni tak habis habis dengan suprise. 

"yelah..pangkor..kan hari last kita kat sini..ayah dah book semuanya tau.."  ujar ayah tersengih. Aku senyum dengar nada suara ayah yang extra excited tu. 

Setelah berfikir panjang aku tanya "ayah..kenapa pangkor..?setiap kali cuti atau apa apa mesti ke pangkor..kenapa tak langkawi ka.." aku buat muka securious mungkin

"pangkor tempat ayah jumpa mak, tempat ayah propose mak, tempat kami dapat kamu, dapat berita yang mak mengandung lagi lepas gugur 3 kali, semua benda gembira tu jadi kat pulau pangkor tu.." sambil cakap ayah pusing belakang. 

Ayah adalah lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Lelaki yang tak pernah salah. Tapi haritu ayah salah bila dia pusing belakang. Aku harap ayah tak pusing belakang. Aku harap ayah pandang depan fokus pada jalan. Aku harap aku tak tanya banyak. Tapi harapan aku tinggal harapan.

"ayah....!!Lori...!!!" lepas bunyi brek panjang, segalanya gelap. Sunyi.

.

.

.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now