Aku baring terlentang di atas katil bujang tu dengan senyuman yang masih tak pudar dari bibir. Mataku ralit mengikut gerak tari kipas yang berputar malas. Hatiku rasa berbunga gembira.
Ketukan perlahan di pintu beserta dengan tombol yang dipulas tak mampu melenyapkan senyum ku. Kepala tak ku angkat. Sudah tahu gerangan si dia yang masuk. Kerana rumah ini hanya boleh diakses oleh kami berdua.
Terasa tilam di bahagian kaki sedikit tenggelam. Aku tahu. Dia dah duduk. Dan aku tahu. Dia sedang merenungku.
"kalau pandangan tu mampu membunuh, aku rasa aku dah mati tau" aku mengumam perlahan. Namun telinga pekanya menangkap tiap bait kata yang keluar dari bibirku. Terasa pedih apabila kakiku dicubit olehnya.
"taklah..nampak you senyum semedang je dari tadi..apa yang happy sangat tu?" tengok budak cina ni. Semedang pun dia tahu sebut. Ish ish.
Aku angkat kepala tengok dia. Aku mengesot sedikit ke arah dinding. Meninggalkan ruang yang aku agak cukup untuk dia baring bersama. Aku menepuk nepuk ruang kosong di sebelahku.
Dia baring tanpa banyak bicara.
"Jess..." ujarku sambil mengiring menghadapnya. Dia turut sama mengiring memandangku."yes...?" ujarnya sambil mengangkat kening.
"thanks..." cuma sepatah kata itu keluar dari bibirku. Dan senyum lebar terukir kemas di bibir Jess. "my pleasure bro..."
....
Baru seminggu aku berpindah masuk ke rumah syarikat kepunyaan Mr Lim. Tak aku sangka, pertemuan kami di Pulau Pangkor membawa banyak senyuman dalah hidup aku.
Aku lebih menghargai hidup dan orang sekeliling aku selepas peristiwa itu. Tak sangka dalam duka aku terjumpa Jess. Gadis cina bermata bundar yang ternyata mempunyai cerita sama sepertiku. Cuma tajuk dan isinya berbeza.
Dalam diam aku bersyukur. Tak sangka peristiwa aku hampir mati lemas membuat kan aku lebih tabah mengorak langkah.
...
Apabila sampai di kedai makan, Jess mula bertanya soalan soalan yang aku rasa seperti dia tengah cuba membuat biodata diri aku. Latar belakang pengajian...tarikh lahir...makanan dan minuman kegemaran... yang mana aku rasa soalan tu tak punya sebarang punca.
Aku cuma ketawa setiap kali soalan luar alam Jess keluar. Mr Lim hanya memerhatikan dengan penuh minat tanpa ada niat untuk menyampuk. Tiba tiba, Mr Lim bangun dan bercakap sesuatu dalam bahasa Cina kepada Jess. Jess hanya mengangguk angguk kepalanya.
...
"Oh My God..kita sebaya lah broo.." muka teruja Jess benar benar membuat aku rasa nak cepuk dia laju laju. Aku rasa dari tadi setiap jawapan aku punya reaksi yang pelik dari Jess.
"Fullname you apa?" aku sengih dengan soalan Jess. "pasaipa nak tahu?" aku soal kembali. "bagitau laaaaa" Jess pakai suara lembut mendayu dayu dia.
"Alisa Ahmad Fitri" aku juling mata tengok reaksi keterlaluan Jess. "Oh Myyyyyy...you perempuan? Oh God. kenapa you hensem gila ?" ujar Jess dengan mulut becok kalah makcik makcik. Sambil tangan dia menggosok rambut dan memicit pipi aku.
"kau..kalau aku sepak kau..kau mati tau Jess.." tawa bagai mak lampir keluar dari mulut Jess. "relaxlah..tahu ja you perempuan..saja nak usik..Alisa huh?" dia sengih sambil angkat kening double jerk.
Aku rasa tak sampai sehari lagipun kenal budak Jess ni. Tapi mesra dia mak aii..Mengalahkan artis nak promote album baru. Ditambah pulak dengan perangai dia yang berjaya buat aku menyampah dalam suka.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...