Jess memandang Along yang dah mula lena balik. Wajah tenang Along ditatap lama. Masih berbekas sisa air mata di pipinya. Bibir Along diusap lembut. Sedikit berkerut dahi Along bila jemari Jess terkena pada tempat yang luka. Jess meletakkan tangan di dada Along. Detak jantung itu perlahan. Berdetak pada kelajuan normal. Pelipis kepala yang tidak sakit dipicit perlahan. Entah apa yang membuatkan Along boleh bertindak seperti itu.
Usai mendapatkan panggilan telefon dari Along tadi, Jess bergegas berlari ke bilik ini. Masalah lain timbul bila bilik itu terkunci rapat. Terpaksa pula masuk kembali ke dalam biliknya semula. Mencari kunci pendua untuk bilik Along. Saat memasukkan kunci dalam tombol pintu, jantungnya bagai terhenti apabila terdengar bunyi kaca pecah.
Apabila pintu terbuka, dia disajikan dengan pemandangan yang paling buruk dapat dia bayangkan. Ubat dan kaca bertaburan atas lantai. Tompokan darah penuh di cadar. Nak bercakap dengan Along pun bukan mudah. Pandangan mata Along saat itu sukar ditafsirkan. Along seperti bukan yang dia kenal.
Pandangan tu penuh dendam. Penuh benci.
"Bro. Letak kaca tu please" Along menyeringai sebelum ketawa. "Untuk?" soal Along dengan senyum sinis. "Nak buat apa dengan kaca tu?" soal Jess berhati hati. "Entah. Depends. Why?" pertanyaannya dibalas dengan soalan kembali. Jes cuba atur langkah untuk merapati Along. "Just stay there. Kalau kau berani rapat..... " ujar Along sambil mengacah mahu menoreh lehernya sendiri.Jess menelan liur perlahan. Terlihat leher Along sedikit merah. Juga ada kesan goresan goresan kasar. Juga di dadanya ada kesan calar yang bersimpang siur. Yang pasti, ini bukan sebahagian dari luka akibat kemalangan itu. "Hidung you berdarah. Let me clean it please..." Jess bersuara lembut. Separuh memujuk dan merayu. Along terdiam sejenak. Jelas kelihatan dia sedang berfikir.
"Come closer. But keep your distance" balas Along dingin. Jess mengangguk. "Please just hold the glass okay. Jangan buat apa. I nak ambil air suam dengan towel" segera Jess lari keluar bilik. Terus ke dapur.
Masuk semula ke bilik, terlihat raut wajah Along lebih tenang. Kaca di tangan Along juga dah hilang entah kemana. Jess berusaha jalan perlahan merapati Along. Juga cuba mengelak dari terpijak serpihan kaca di atas lantai. Meja yang diletakkan di sebelah katil Along dah terbalik. Itu menerangkan mengapa jug dan gelas jatuh pecah berderai.
"Aku saja tolak meja tu. Semak" suara Along menyentakkan Jess. "Kalau kau nak terus pandang muka aku. Blah" Jess menarik nafas panjang. "boleh duduk? " soalnya lembut. Tiada jawapan yang diterima dari Along. Jess ambil keputusan untuk melabuhkan saja punggungnya atas katil Along. Apa bakal jadi kemudian, dia tak tahu dan tak mahu tahu. Yang penting, semua darah ni harus dibersihkan.
Terlihat dia akan tapak tangan Along yang berlumuran darah. Seingatnya tadi tidak begitu. Tuala dicelup dalam air suam. Tangan Along diraih lembut. Tiada sebarang suara mahupun bantahan dari Along. Tuala itu ditekan perlahan pada tapak tangan Along. Luka yang agak dalam terlihat jelas pada pandangannya kini.
"Boring tunggu kau lama. Dahla sebelah tangan keras tak boleh gerak. Sebelah ja bebas. Dengan kaki pun bagai apa. So, aku tekan kaca tu kat tapak tangan. Luka pulak. Tak sangka nak terkoyak besar. Boleh tahan dalam kan Jess kann" Seolah mengetahui apa yang ada di fikirannya, Along berkata kata. Tetapi nada suara itu penuh sindiran. Ejekan.
Kotak first aid kit dicapai. Diletakkan sedikit dettol pada gauge dan ditekan pada tapak tangan Along. Iodine disapu lembut. Segera pandangannya ditala pada wajah Along. Terlihat serabut dan tegang. Tuala basah dilap perlahan pada dada Along. Seterusnya muka.
Along cuma memandangnya tanpa riak. Langkah diulang lagi. Setiap tempat luka dicuci dengan dettol, dan diletakkan iodine.
Tangan Along dibalut kemas. "siap" Jess bersuara cuba memcahkan kebisuan. "nak tukar cadar? " soalnya. "Tak payah. Aku cacat kan. Susah nak gerak. Bukan macam kau lompat sana sini" sinis dan pedas jawapan Along.
![](https://img.wattpad.com/cover/97966707-288-k880427.jpg)
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...