Masa Kini ( sambungan dari Intro )
Aku terjaga dengan bunyi deringan telefon yang bertalu talu minta diangkat. Segera aku capai telefon yang dah elok tersadai atas lantai bilik hotel tu.
Jess. Dah agak.
"Bro. Send location. I wanna pick you up" terdengar suara Jess berlagu riang di corong telefon. "Kenapa call via Whatapps?" Aku soal dalam mamai.
"Hello Bro. You kat Malaysia kan. Memanglah nombor you boleh access walau di mana sahaja kan.." Aku ketawa kuat. "Kuat bebel lah kau Jess. Kejap aku send location." Segera aku letak panggilan. Nasib lah ada WiFi hotel. Kalau tak, tak tahu lah. Aku pun tak teringat pasal semua ni.
Aku bangun dan masih termanggu di pinggir katil. Semalam tidur pukul berapa eh? Rasa berat ja kepala. Dah tu asal rajin buat campak balik belakang dengan diri sendiri. 'Kau rindu Fiza tu..' Tutur suara tu separuh mengejek.Cis. Duduk diam diam lah.
Aku melangkah masuk ke tandas. Sempat belek wajah di cermin. Damn. Asal mata bengkak. Alahai. Hilang macho camni. Uh hoh. Jadinya memang betullah semalam aku lena berteman air mata. Aku ingat mimpi. Dahtu macam mana nak tutup ni. Nanti Jess soal segala benda pelik. Haihh.
Masuk Tanah Melayu ni hati mental emosi jadi melankolik ja. Baru semalam mendarat dah fikir macam macam. Dah teringat segala benda pelik. Malaysia dan kenangan pahit tak boleh berpisah ke apa.
Sedang aku bersiap terdengar ketukan di pintu. Mesti Jess. Aku buka pintu dan disambut Jess dengan sepersalinan baju yang boleh tahan formal.
Aku tak ajak masuk pun Jess dah selamba rempuh masuk sendiri. Tak malu. Sengal punya adik. Aku kutuk dalam hati.
Baju dah bertukar tangan. Aku menjongketkan kening pandang Jess. "Daddy kata ada meeting sikit. Minta I bawa you pergi office dulu" Ketawa terhambur dari mulutku.
"Agak lah Jess. Aku penat tak habis lagi ni. Lagipun aku tak cakap nak stay kan.." Sengaja aku leretkan ayat tu. Jess menjeling. "Then nak lari tinggal semua lagi. Pengecut ja lari dari masalah okay"
Aku terdiam. Menelan liur yang terasa pahit. Memang lah Jess yang mengajak dulu. Tapi aku yang ambil keputusan untuk stay di sana. Senyum senget terlukis di bibirku.
"Okay fine"
Jess tersengih jahat. Dah siap berpakaian aku menatap wajah depan cermin balik. Rasa hensem gila. Kemeja putih dengan slack hitam slim fit. Sejak bila slack ada slim fit? Tie apa semua tak payah lah. Dari pantulan cermin terlihat Jess berdiri kat belakang aku.
"Ada benda nak bagitahu ni Bro.." Jantung aku berdegup tak sekata. "Pasal apa?"
"Fiza.." Aku terus berpaling pandang Jess. "Spill"
"Fiza......erm...." Jess memintal hujung rambutnya. Aku lemah betul orang cerita sekerat ni. Rasa nak sepak sepak. "Spills Jess. Or you pergi office daddy sorang.."
"I told Fiza that you still tak recover any memory pasal dia. Sorry" Maksudnya Fiza taktahu yang aku dah ingat dia. Aku tepuk dahi perlahan. "Asal buat camtu?"
"Haritu saja nak try dia. Tak sangka dia percaya dengan cerita I. Then I cakap lah kata you still tak ingat apa apa. Tapi ni peluang bagus kan? So you boleh test sama ada Fiza serius atau tak sayangkan you.."
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Kata kata Jess ada betulnya. Senyum jahat terukir di bibirku. Aku perasan Jess menelek wajahku lama.
"Asal mata bengkak bro? You ada puffy eyes...." Dia mengecilkan mata memandang aku curiga. Cepat aku tarik rambut dia. "Diam." Dalam kepala dia terteleng ke belakang sempat dia gelak berdekah. Perangai tak berubah.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...