Lapan

5K 151 6
                                    

"Al kejap lagi jangan lupa recheck drawing dari projek kat Kulim tu." aku yang baru saja nak labuhkan punggung di kerusi dah ter berhenti. Kalau ada orang yang betul betul perhatikan gaya aku waktu tu.

Dengan mulut terbuka, punggung yang tak sempat nak cium kerusi, dengan mata panda aku. Jess awal awal iya iya ja kata kerja sini senang. 'you cuma perlu check drawing dan jadi runner saja'

"Al....dengar tak?" suara Abang Mat dah naik satu oktaf. Mamat ni kalau aku backhand pun okay juga. Tak padan dengan kerek dia tu. Taula engineer pun. 

Aku pusing pandang Abang Mat engineer kerek gila nak mati tu dengan senyum nipis semanis yang boleh dan angguk perlahan. "dengar. kejap lagi Al check okay" lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi empuk tu. 

Sejak Abang Mat si engineer tu tau aku pandai guna AutoCad (dia jumpa sijil aku atas meja), sejak tu kerja aku dari recheck drawing jadi draw-check-recheck-redraw drawing. Belum lagi dengan kadang kadang terpaksa ganti kerja Mail tolong jadi runner ambil-hantar barang.

Belum lagi waktu setiap kali nak mesyuarat kena pesan kuih muih air semua. Dan buat minit mesyuarat lagi. Terfikir kejap aku. Sebelum aku datang dulu siapa yang buat semua kerja ni. 

Tak aku tak merungut. Cuma berkongsi cerita. Hehe.

Tapi aku bersyukur. Kurang kurang balik rumah lepas makan mandi semua, fikiran aku tak berapa nak menerawang jauh jauh sebab badan aku letih. Jadi aku terlena awal.

Nak kata hidup aku macam takda apa sangat pun tak juga. Setiap kali hujung minggu, teman Jess jog kat taman. Tengahari kadang makan sama sama kat luar. Kadang aku masak. Kadang wayang. Kadang teman Jess shopping. Kan aku big bro Jess. Hehe. 

Dan aku mengaku, hidup aku sedikit terisi. Terasa lebih bermakna. Walau rindu kadang menjentik tangkal hati, aku usir dengan senyum manis dan tawa indah aku. 

Cuma terkadang aku tewas jua bila Jess tiada di sisi, bila aku berseorang. Saat yang cuma ada aku dan kegelapan. Saat itu air mata akan keluar berlumba lumba, walau telah aku janji takkan menangis lagi. Namun pedih tu kadang terlalu perit.

"Al.....berangan!!" Jess menepuk kuat meja mematikan lamunan aku. Aku cuma memberi senyum senget pada Jess. "nah..milo" Jess menyuakan mug berisi milo panas. 

"Awww...sweet..thanks baby girl"Jessy menjulingkan mata ke atas. "hari ni ada apa?" 

Aku diam sejenak. Berfikir. "nak recheck drawing projek kulim tu, pastu....." eh.  Aku free lah. 

"pastu free kan?" Jess seolah dapat meneka fikiran aku. "yep..asal?" 

"nak bawa you turun lawat tapak projek. ada site meting. kita join jap." aku angguk perlahan. Walau aku cukup alergi dengan 'meeting' , namun rasanya aku dah boleh biasakan diri. 

Sekilas aku memandang Jess di sebelah. Dia memakai slack coklat cair bersama kemeja putih. Rambut nya diikat ponytail. Selalunya Jess akan pakai skirt. Dan rambutnya dibiar lepas. 

Kening Jess nipis, namun terletak elok. Matanya bundar, bersama anak mata hazel. Hidungnya mancung. Bibirnya merah bak bunga ros yang mekar kat depan pejabat ni. 'cantik' ujarku dalam hati.

"dah puas telek muka i?" Jess soal dengan nada menyindir. Aku terkejut. Cuba menahan riak muka beku daripada berubah. Senyum yang baru nak membentuk di pinggir bibir ditahan. "aku tengok dinding belakang tu" ujarku acuh tak acuh.

"nak tipu tak reti. jumpa lunch nanti okay.." ujar Jess sambil melangkah keluar. Aku cuma memerhatikan pemergian Jess dengan ekor mata.

Bagi aku, Jess sangat cantik. Segalanya tentang dia sempurna. Cara dia. Perbuatan dia. Tingkah lakunya. Namun hati aku tak pernah terbuai dengan Jess. Mungkin hormat yang ada membataskan sebarang perasaan untuk bercambah. Dan mungkin kerana aku cuma anggap Jess ialah keluarga.  

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now