Aku cuba buka mata. Rasa sakit seluruh badan. Aku tak pasti aku kat mana. Suasana nampak berbalam balam. "she's awake.." suara entah siapa menerpa gegendang telinga aku.
Tapi tak lama. Aku dengar bunyi berdesing yang nyaring menenggelamkan segalanya. Aku rasa dunia berpusing sebelum aku blackout semula.
Berapa lama aku lost pun aku tak sedar. Bila aku buka mata, aku nampak Makngah tersengguk sengguk. Aku cuba gerakkan tangan aku. Ok berhasil.
Makngah sedar yang aku dah jaga. Dia pandang aku lama. Aku alih pandangan dari dia dan tengok sekeliling. Aku kat hospital. Aku nampak ada katil lain. Ada doktor. Ada nurse. Dan ada bunyi mesin.
Tapi aku tak nampak mak dan ayah. "along..." makngah genggam tangan aku. Aku tak sedap hati. Aku tak rasa makngah nak beritahu sesuatu yang menggembirakan.
"along ingat tak apa jadi.." aku pejam mata. Imej kereta ayah terlanggar belakang lori menjelma dalam ingatan. Aku diamkan diri dan harap makngah teruskan apa yang dia nak sampaikan.
"along koma dah seminggu..mak dan ayah along dah.." suara makngah kedengaran sangat sayu. Aku rasa makngah tak perlu sambung ayat tu untuk aku sedar realiti yang terjadi. Air mata yang aku tahan meleleh laju.
Pangkor. Dslr. Last day kat sini. Rasa berat sangat dalam dada aku. Rasa tak mampu nak tanggung.
"condition along camna..?" aku paksa diri aku bercakap walau tekak rasa sangat perit. "bahu kiri along retak..yang lain calar calar..kepala along terhentak..sebab tu along koma.." jujur aku tak pasti apa aku rasa.
Aku tengok muka makngah. "bila along boleh keluar..?along nak tengok ayah..nak tengok mak.." aku dah tersedu sedu menangis.
Selalu nya bila aku sedih mak dan ayah yang akan tenangkan aku. Mak akan peluk aku. Mak akan pujuk untuk berhenti. Ayah akan ajak p keluar untuk aku tenangkan fikiran.
Mak. Ayah. Allah. Aku rindu. Perlahan aku rasa ada tangan di pinggang aku. Aku pejam mata bayangkan yang tengah peluk aku tu adalah mak, walaupun realitinya tak. "nangislah along..kalau itu yang boleh buat along tenang.." makngah berbisik perlahan. Dalam tangisan yang bersisa, aku terlena.
.
.
.
.
Aku mimpi mak dan ayah. Aku nampak mak dan ayah sangat jelas. Tapi mereka tak bersuara. Mak datang ke arah aku dan peluk aku. Erat. Ayah berdiri di sebelah mak dan usap usap kepala aku.
Aku rasa tenang walau aku tahu ini mungkin kali terakhir aku dapat tengok mak dan ayah. Semua rasa terbeban yang ada seperti hilang satu persatu.
.
.
.
.
Selepas tiga minggu, aku dibenarkan keluar dari hospital. Makngah bawa aku melawat kubur mak dan ayah. Aku dah tak menangis.
Aku dah janji pada diri sendiri yang aku takkan menangis lagi. Aku taknak mak dan ayah sedih bila tengok aku dari sana. Aku cabut rumput rumput kecil yang dah mula tumbuh.
Mak..ayah..along akan cuba kuat..along akan kejar apa along nak..mak dan ayah jangan risau..jangan risaukan along..along akan cuba datang melawat selalu..terima kasih mak..ayah.. aku renung 'tempat tinggal' mak dan ayah.
Walau rasa nak menangis sangat kuat, aku cuba tahan. Aku dan berjanji yang aku takkan menangis sebab mak dan ayah lagi. Aku yakin aku boleh melangkah walau aku berseorangan.
Pukul 1130 kami sampai kat rumah. Rumah aku. Rumah mak dan ayah. "makngah minta maaf along..makngah tinggal rumah dah lama..kesian kat pakngah kamu.." ujar makngah.
Aku perasan ada tone bersalah dalam suara dia. "takpe makngah..along akan okay..jangan risau okay..kalau ada apa apa, along call makngah ye..? lagipun dah 3 minggu makngah jaga along.." aku senyum semanis mungkin untuk tenangkan hati makngah.
"kalau along kata gitu okayla..apa apa call makngah naa..?" aku angguk dan terus peluk makngah. "be strong along..kuatkan hati okay.."
Sejurus makngah balik, aku mula kemas kemas barang. Aku tak rasa aku boleh duduk dalam rumah ni buat masa terdekat. Mungkin aku patut pergi bercuti.
Tengah tengah berkemas, mata ku tertancap pada kotak yang dibawa balik dari balai polis. Tulisan apa ntah kat tepi tu aku tak faham. Aku buka dan tengok isi dalam kotak tu.
Ada handbag mak. Purse mak ayah. Handphone mak ayah. Dan dslr aku. Sebu ja dada aku tengok semua tu. Aku buka dompet mak. Ada beberapa kad, dan ada sedikit duit. Dan ada gambar kami satu family.
Aku tarik keluar gambar tu. Ada coretan. 'dalam detak jantung ini ada kalian berdua' . Mak ni sweet betul. Aku buka dompet ayah pulak. Macam biasa dompet orang laki,penuh kad jelah.
Dan ada gambar kami satu family jugak. Aku senyum dan tahan airmata daripada jatuh. Aku dah janji untuk tak nanges. Aku belek dlsr aku, ada garisan retak dan calar calar.
Mood aku dah nak hilang. Aku takut benda ni rosak. Ni ja hadiah dari mak ayah yang aku ada. Aku try on. Tak sangka masih boleh on. Dan ada video. Untuk aku. Aku bukak.
Ada mak dan ayah atas sofa. Atas sofa yang aku tengah duduk sekarang. Mak dan ayah bergurau senda. Rasa macam depa masih ada dalam rumah ni. Ayah tetiba pandang tepat kat kamera sambil pegang tangan mak.
"along..kalau satu hari nanti mak dan ayah dah takda..jaga diri along baik baik..kami sayang along..kami boleh terima cara along..terima diri along..tapi along..tak semua orang boleh terima benda yang along rasa..yang along bawa..
please behave dengan sapa sapa pun..kejar bahagia along sendiri..kalau sedih pujuk diri sendiri..kalau jatuh bangun sendiri..along mungkin akan berseorangan lepas ni..
be strong..tahan air mata..ketap bibir tu..kalau nanges jangan depan orang..along kuatkan hati..kuatkan diri..mak dan ayah tak selamanya kat dunia.."
dan video tu habis dengan mak ayah buat flying kiss. Rasa sebak kat dada makin menggila. Aku gigit bibir sekuat hati untuk tampung rasa ni. Aku rasa bibir aku luka bila aku rasa payau dalam mulut.
Aku alih pandang keliling. Aku nampak bayang mak dan ayah di mana mana. Dekat dapur. Dekat depan tv. Seakan masih jelas bila mak dan ayah berebut remote control. Berebut nak alih siaran.
Aku melepaskan keluhan berat. Aku bangun dan melangkah ke bilik. Tombol pintu aku pulas perlahan. Mata aku tertancap ke arah katil. Kaki aku bagai dipaku ke lantai.
Aku tak mampu nak melangkah. Dekat atas katil, ada frame gambar family kami. Dekat dinding ada satu board yang bertampal gambar dari aku kecil sampai sekarang. Ada satu teddy bear yang agak besar atas katil tu.
Ada sekeping kertas A4 yang dah dilaminate tertulis 'Congratulation'.
Aku terjelepok. Rasa dalam dada aku menggila. Aku rasa sedih. Sunyi. Lost. Aku kepalkan tangan dan tumbuk dada. Malangnya rasa tu takmau pergi. Makin pedih dan menyucuk.
Segala kenangan menerpa satu persatu dalam kotak fikiran. Bagaikan sebuah pita rakaman, kenangan demi kenangan dimainkan satu persatu.
Aku tewas dengan air mata yang berlumba lumba berlari keluar. Aku tewas dengan perasaan. Aku tewas dengan kenyataan yang mula merobek hati aku semakin dalam.
'kenapa aku...kenapa mak ayah aku..kenapa family aku...'
Aku merintih perlahan hingga aku terlena bertemankan air mata.
.
.
.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...