Dua Puluh Enam

3.3K 134 18
                                    

"You and your thought always leave this world eyy.." Aku tersentak dan kembali memandang Angela di depan mata. "Sorry. Just thinking about some unfinished business." balasku cuba lari dari topik.

Angela ketawa. "You and your excuses. When are you gonna change Al?" Aku tersenyum dan menggeleng. "Where is Thomas? I miss him. On your last visit you promise to bring him here" Thomas. Anak Angela bersama Matthew. Pelik kan? Sejak dari peristiwa atas bumbung tu, aku dah mula ikut hidup Angela. Guide dia. Console dia. Haihh.

Juga aku yang menyambut Thomas. Bukan Matthew. Dan sekarang Angela dah kembali bersama Matthew. Sebab ujarnya Matthew berhak peluang kedua. Aku hanya tersenyum bila Angela beritahu Matthew melamarnya pada musim panas lepas.

"Thomas's with Matthew. He said wanna spend some 'men' time with his son" Aku mengangguk. "Drink? As usual?" Angela mengangguk. Aku berjalan ke belakang kaunter. Menyediakan hot white chocolate with Oreo plus marshmallow topping untuk Angela. Minuman yang tak pernah dia ubah dari saat pertama aku bawa dia ke café ni.

Menurut Angela lagi, hanya aku yang tahu taste dia dalam hot chocolate tu. Eley. Tipu sangat. Sebab sebenarnya ialah Angela tak makan benda manis. Aku pun tak makan manis. Jadinya, air aku buat agak tawar. Haha. Tapi ikut permintaan pelanggan juga.

Setelah berborak dengan Angela hampir dua jam lamanya, dia meminta diri. Sempat aku titipkan biskut dan kek homemade resepi aku sendiri buat Matthew dan Thomas.

Yang paling seronok kerja di sini ialah Tennison sangat bagus. Walaupun dia boss, aku menganggap dia tak ubah seperti Abang. Cara dia ambil berat semua buat aku rasa disayangi. Tambahan pula dia bagi aku full access untuk dapur disini. Jadi aku bebas mencuba pelbagai resepi masakan dan biskut kek baru.

Selain aku dan Tenisson, juga ada Sofea, Kard dan Jay. Jadi keseluruhannya, kami berlima di sini. Aku lebih pada tugas tugas di dapur. Memasak. Buat air. Dengan dibantu oleh Sofea. Yang lain lain sbagai waiter.

Aku tersenyum melihat papan menu utama.

- Spaghetti Bolognaise Sayang Style

Sinature dish aku. Spaghetti ja pun. Apa yang istimewa kan? Ada yang istimewa. Yang ni Fiza style. Tapi tak boleh nak bagitahu. Kang tak istimewa dah. Haha. Masa mula mula cuba masak dan hidang untuk manusia manusia ni cuba, mereka tanya. Apa nama spaghetti ni, kenapa rasa dia lain. Aku yang sedikit terleka tersebut sayang style. Terus melekat nama tu.

Agak kalau Fiza tau dia senyum tak? Ke dia gelak? Ke dia happy? Haihhh. Fiza ni tak penat kut asyik lari lari dalam fikiran aku. Kalau kurus nanti macam mana Fiza? 'Bini orang tu woi. Cari minah salleh la' Aku menggeleng perlahan. Cuba menghilangkan Fiza dari fikiran. Isteri orang tu. Bila ayat isteri tu diulang berkali kali pedih juga kan rasanya?

Dalam pukul 10 malam, aku mengemas kaunter. Membasuh semua peralatan yang digunakan sebelum Tennison menegurku.

"Bye Al. Have a fun night" Aku tersenyum dan mengangguk. Fun night. Yelah. Fun night lah sangat. Balik apartment mana ada apa. Jess dah selamat sampai Malaysia Rabu lepas. Ada majlis pertunangan dengan Vincent. Vincent, bakal suami Jess. Berjumpa kat airport. Rasa boleh buat cerita Suri Hati Mr. Pilot versi Cina. Keh Keh Keh.

Betullah. Sebab Vincent tu pilot kot. Merangkap anak share partner daddy. Cliché sangat kisah Jess. Haha. Sempatlah Jess tarik muka empat belas bila aku tak mau balik untuk majlis dia. Ala bertunang ja pun. Kahwin nanti aku balik lah. Kan? Konon kononnya. Haha.

Dalam berangan angan, tak sedar dah sampai depan apartment. Segera aku bawa kaki melangkah masuk lif. Butang 12 ditekan. Aku melangkah malas keluar lif dan masuk dalam rumah. Lampu depan dipetik. Telefon yang kehabisan bateri aku keluarkan dan cucuk pada pengecas.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now