Tiga Puluh Tiga

3.6K 125 39
                                    

Aku sedikit teruja memandang keluar. Manakan tidak, sekarang kami di atas jambatan Pulau Pinang. Panjang betul jambatan ni. Nampak tak aku tak pernah lalu sini lagi?

Aku keluarkan telefon pintar dan ambil banyak gambar. Sempat ambil gambar bot bot kecil. Juga ambil gambar jambatan tu. Laut juga. Terdengar Fiza di sebelah tertawa kecil. Sekurangnya dia dah mahu gelak. Dari tadi lagi merajuk.

"Swafoto jum" ujar aku padanya sambil tunjuk telefon di tangan. "Swa apa?" Dia menyoal pelik. "Swafoto. Selfie. Ni lah budak budak sekarang. Cer lah rajin rajin sikit baca kamus"
Dia menggeleng. "Dahla cakap bahasa baku betul. Suruh orang baca kamus pulak. Pelik. Dokumen tender dalam pejabat tu pun tak habis baca lagi"

Aku angkat bahu dan tertawa. Sempat ambil gambar dengan Fiza dalam dua tiga keping sebelum dia menutup muka dengan tuala. Ceh. Jual mahal. Tapi ada banyak ja gambar dia. Aku ambil curi curi.

Bas berhenti turunkan kami depan Penang 3D Trick and Art Museum. Haih. Dah tua pun kena berjalan kat sini ke. Sempat telinga aku menangkap kata kata Ms. Chua. Masa sendiri. 3 jam. Kenapa tak terus ke hotel? Nak tidur.
Tapi Fiza nampak teruja. Tak sengaja rasanya dia tarik tangan aku menuju ke pintu masuk seterusnya ke kaunter. "Dua orang" ujar Fiza pada penjaga kaunter.

"Eh. Saya tak cakap pun nak masuk dengan awak?" Aku menyoal dengan nada rendah. "Peduli apa saya. Teman saya please..." Dia pandang aku sambil kerdip mata berkali kali. Aku tersenyum. Mengalah dengan kehendaknya lalu mengangguk perlahan. Senyum di bibir Fiza makin melebar.

'Takpelah. Bagi Fiza kenangan manis dulu. Sebelum kita tamatkan semua cerita ni'

Sedikit terhibur aku melihat telatah Fiza yang berlari lari untuk menangkap gambar dengan semua lukisan 3D yang ada. Jujur aku agak kagum dengan kebolehan pelukis 3D ni. Sebab aku tak mampu nak lukis macamtu.

Bukan sekali aku dipaksa untuk mengambil gambar dengan dia. Sengaja aku buat taktahu namun aku mengikut jua bila Fiza mencebik bibirnya. Kang merajuk kat Penang ni. Camna pula nak pujuk.

Dah habiskan masa dekat sejam lebih dalam tu, aku ajak Fiza makan kat medan yang ada di kawasan tu. Entah apa namanya. Aku tak ingat. Yang aku ingat, mee dia sedap.

Dalam pukul 4, semua berkumpul naik bas balik, bertolak ke hotel. Malam nanti pukul 8 mula majlis makan malam campur cabutan bertuah semua.

Dalam bas Fiza tak habis habis berceloteh. Macam macam dia cerita. Aku cuma memandang dan tersenyum.

"Along tahu tak..." aku pandang Fiza bila dia sengaja menggantungkan ayat tu. "Tahu apa?" Fiza senyum manis. "Sejak saya kerja, rasanya ni pertama kali Along senyum lama sangat. Sebelum ni Along kedekut senyuman. Hari ni senyum Along murah sangat. Kalau hari hari kan bagus. Taklah sakit jiwa kerja dalam tu"

Tawa tercetus dari bibirku. "Awak tahu, nilah kali pertama awak meng Along kan saya banyak kali betul. Sebelum ni panggil boss jah. Bukan saya tak mahu senyum, awak tahu apa jawatan saya kan? Hubungan saya dengan Tan Sri. Saya taknak orang anggap saya lain" aku memberi penjelasan pada Fiza.

"Tapi. Boss yang baik boss yang bertimbang rasa tahu? Takkan nak muka ketat ja 24 jam. Tapi. Along selalu muka ketat dengan saya jah. Along tak suka saya ke? Ke Along benci? Kadang rasa macam Along benci saya pulak"
Aku yang tengah minum air mineral tersedak. Terbatuk batuk aku.

"Apa cakap orang benci. Orang sayang gila nak mati ni.." Aku mengumam perlahan. Tak pasti Fiza dengar atau tak. Sebab dia macam tersipu sipu ja.

Tapi. Tengok senyuman Fiza. Aku rasa tak sanggup nak teruskan rancangan aku. Sanggupkah aku nak renggut senyuman tu? Aku mengeluh perlahan. Tapi aku yakin, mungkin ini jalan yang terbaik. Siapa tahu kan?

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now