Tiga Belas

4.3K 177 28
                                    

Yeah. Hujung minggu lagi. Hari Sabtu lagi. Realiti orang yang bekerja ialah kami sentiasa menunggu hujung minggu. Kerana tak perlu bangun awal. Tak perlu bersesak. Pendek kata hujung minggu ialah masa untuk diri sendiri.

Dan harini Jess mai lepak rumah. Daddy ada urusan dekat Pahang. Jadi Jess yang kebosanan datang mengacau aku. Aku baru ja siap kemas rumah. Baru melabuhkan punggung dan tengah perbetul badan atas sofa tu, dengar bunyi pintu dibuka.

Terus mata aku tertancap pada Jess bersama barang barang dapur yang macam untuk bekalan sekampung. Aku bingkas bangun dan membantu Jess bawa barang barang masuk dalam rumah.

"dari mana?" Jess cuma buat muka penat dan menunjuk pada beg plastik di tangan. Oh. Pasaraya.

"asal tak ajak pergi sekali?" Tanya aku sambil asing barang basah dan barang kering. Segala susu tepung, milo semua aku masukkan dalam almari. Manakala sayur semua aku bawa ke singki. Dah jadi habit untuk potong dulu sayur sebelum simpan. Sebab aku kan rajin masak. Haha. Jadi tak risau sayur akan buruk atau apa.

"Malas. Sebab you dan shopping tidak boleh berada di dalam satu ayat" Jess membalas sarcastic sambil meneguk jus oren. Aku cuma tersengih. "by the way,kau baru je letakkan aku dah shopping dalam satu ayat" aku membalas. 

Dapat aku lihat Jess padang tajam di balik mug. Aku cuma ketawa. Seronok dapat mengenakan Jess. 

"Bro....."

Aku angkat kepala dari sawi di tangan. "asal?" 

"hows Fiza?" Jess bertanya dengan muka penuh tanda tanya. 

"erm.." aku nak garu belakang kepala pun tangan tengah pegang sayur. Haila. 

"Takda contact dia? Since haritu?" Aku cuma angguk sebelum sambung potong sayur.

Tiba tiba rasa berdengung jap telinga. Jess dah berdiri kat sebelah aku dengan tangan masih di belakang kepala aku. Tahulah, kepala aku telah dicepuk olehnya.

"apa main kepala dooo.." Aku jeling Jess di sebelah. Sempat dia tarik telinga aku sebelum berlalu ke depan. Aku nak membalas pun, macam aku kata tadi, kat tangan aku ada sayur.

"Nak makan ikan tiga rasa tau harini" Aku cuma menggelengkan kepala dan sambung tumpuan pada sayur. Nampak tak aku sangat memberi tumpuan orangnya. 

Seketika dengar bunyi bising yang datang dari televisyen di depan. Ok Jess tengah tengok cerita kegemaran dia. Aku ambil ikan yang Jess beli tadi dan besiang dengan cermat. 

"Bro password fon apa?" dengar Jess melaung dari depan.

"5589. Nak buat apa?" Aku membalas dengan jeritan. Macamlah Jess tak boleh nak jalan datang dapur. Bukan jauh pun. Ada lah dalam 20 langkah ja. Ish. 

Jess dah tak membalas. Aku tak hiraukan dia. Mula tangan ku lincah berlari memotong segala bahan untuk ikan tiga rasa Jess. 'kalau buat tomyam campur pun sedap juga ni'

Aku berlalu ke peti ais untuk ambil bahan buat tomyam. Selitkan sekali dengan kailan ikan masin. Cun. Buat sambal belacan sikit. Dengan timun sebagai sayur sampingan. Yeah. Aku dah berkira kira semua bahan dalam kepala sebelum tiba tiba Jess menganggu. 

"Siap masak pukul berapa?" 

Aku berpaling pada jam di dinding. Sekarang 1030 pagi. 

"Dalam pukul 1 lah. Dengan kemas hidang semua sekali. Asal?" 

"Okay. Nak jumpa kawan kejap tau" Aku mengangguk faham dan meneruskan kerja kerja aku. Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu depan ditutup.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now