Aku berdiri. Meregangkan tangan dan badan. Berpusing pusing acah acah senaman. Agak agak dah lega aku berjalan ke pintu. Sempat larikan jari jemari di celahan rambut yang dah mula panjang.
'kejap lagi ajak Jess teman potong rambut' aku bermonolog sendirian di dalam hati.
Hari ni rasa gembira. Rasa semua masalah hilang. Hilang lah kejap. Sebab utama ialah keserabutan aku sebulan ni dah habis. Semua fail drawing untuk projek baru tu dah siap. Sekarang cuma tinggal pemantauan dekat tapak setiap dua minggu sekali.
Itu pun kalau aku yang kena pergi. Selalunya Abang Mat yang akan turun tapak. Segera aku bawa kaki melangkah ke arah pantry sambil menyanyi kecil.
"Along.." alahai. Dengar suara mendayu dayu dengan nada manja sehabis mati tu aku tau mesti nak mintak tolong. Cepat aku berpaling menghadap....Nurul.
Mata aku yang tersilap ke memang Nurul ni dressing code dia makin melampau. Kalau aku cadangkan pada daddy untuk buat dressing code agak macam sekolah daddy terima tak. Biar kena pakai baju cukup kain sikit.
Nak kata Nurul ni takda duit, aku rasa gaji dia boleh tahan juga lah. Kalau tak mana mampu nak pakai Honda kan. Dan lagi satu.
Aku rasa si Nurul ni memang sengaja nak bagi semua orang kat pejabat ni nampak lurah dada dia. Dahla ranum semacam ja. Baju pun macam nak koyak ja tampung aset dia. Terlebih besar. Haha. Apa aku fikir ni.
Fikiran aku liar menjelajah seluruh tubuh dia. Skirt pendek hitam. Kemeja dengan butang dibiarkan terbuka. Eh. Bra dia kaler merah hati. Sampai tali bra pun aku boleh nampak dek nipisnya baju dia.
"ehem.." dehemen kecil dari Nurul mematikan imajinasi melampau aku. Aku cuba meneutralkan riak muka sehabis baik.
"hmmm?" aku angkat kening pandang muka Nurul.
"tolong..ambilkan drawing.." ujar Nurul dengan senyuman tujuh juta megawatt. Eh. Asal ambil drawing ja mesti aku. Cakap pasal drawing......
Eh.
Fiza. Dengan terlintasnya nama tu beserta dengan gambaran wajahnya yang senyum comel gaya budak tadika tu, aku rasa fikiran aku melayang. Rasa berbunga hati.
Baru sebut nama dia ja aku dah nampak masa depan. Teruk tahap angau ni.
Padahal dah sebulan lebih kut sejak last jumpa dia. Alahai. Kalau Fiza dah tak ingat aku macam mana? Kalau dia marah? Kalau dia benci?
"along.." suara lembut manja Nurul berjaya mengembalikan aku ke dunia nyata. "boleh tak?"
"okay okay" aku angguk laju. "tempat haritu kan?"
"yep..ni detail.." ujar Nurul sambil menyerahkan sehelai kertas. Resit lah.
Aku capai resit tu dan terus berjalan ke bilik drawing. Lagi lah aku gembira. Boleh jumpa Fiza. Boleh minta number dia.
"bye Cik Nurul.." aku melambai Nurul perlahan dengan senyum meleret bila sedar dia masih berdiri di tempat sama dia minta tolong tadi.
.
.
Aku turun dari motor dengan debaran yang menggila. Aku melangkah perlahan ke kedai photostat tu.
'Ting~~~' bunyi loceng panjang yang menyambut ketibaan aku.
Dan dari belakang kedai, muncul satu susuk tubuh yang aku cari.
.
.
Aku kerling jam di tangan . Dah hampir setengah jam aku duduk lepak kat kedai ni. Bermastautin nya aku secara tak tersengaja di kedai ni adalah disebabkan oleh sifat ingin tahu yang terlalu tinggi dan menebal. Dan juga oleh kerana kata kata budak perempuan kedai photostat tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/97966707-288-k880427.jpg)
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...