Dua Belas

4.3K 167 24
                                    

Kopi dalam mug dihirup perlahan. Jam tangan dikerling. 8.00 pagi. Masih awal. Namun aku dah ada kat atas bumbung rata pejabat ni. Mug di tangan diletakkan di atas kerusi. Cermat.

Aku mendongak melihat langit. Biru. Cantik. Luas terbentang. Langit hari ni cantik tanpa ada walau segumpal awan. Ternampak bagai Fiza ada di atas langit memandang dan senyum manis padaku. Aku menggeleng perlahan. 

Aku cuba mengusir bayangan Fiza yang sering bertandang tiba tiba. Jauh di sudut hati, aku mengutuk tindakan aku yang lari tinggalkan Fiza haritu. Tapi apa aku harapkan? Nak tanya apa? Nak cakap apa?

Dah seminggu lebih berlalu sejak aku bagitahu Jess yang aku terserempak dengan Fiza kat kedai Kak Chik. Dan segalanya masih samar. Aku dah tak pernah pergi ke kawasan tu. Aku letak limit pada diri sendiri.

Letak batasan pada hati sendiri sebenarnya. Tunas rasa yang mula bercambah pada Fiza aku cuba campak jauh.

'macam mana kalau mamat tu cuma kawan dia Along...'

Hati aku berbisik sayu. Haih. Sayu. 

Bila bermain dengan hati dan perasaan ni, macam macam boleh jadi. Terkadang aku yakinkan diri yang mamat tu cuma kawan Fiza. Namun fikiran jahat selalu muncul mengatakan aku dah terlambat.

Terkadang aku yakinkan diri apa yang aku rasa terhadap Fiza cuma sementara. Perasaan yang entah dari mana muncul. Dan aku yakin yang lama lama aku akan lupakan Fiza. Tapi apa tandanya bila setiap malam aku terjaga dari tidur bila aku mimpikan dia?

Paling gila, aku mimpi aku dengan Fiza lari berpegang tangan. Dan pernah aku mimpi Fiza dah jadi 'isteri' aku. Aduh. Mimpi mimpi ni makin mengarut dari hari ke hari. Adakah aku angau?

Dan tak pernah mimpi mimpi tu gagal buat aku tersenyum bagai nak rak. Sepanjang hari aku boleh tersenyum dengan memori mimpi tu. 

Masa mimpi Fiza untuk pertama kali haritu, sepanjang hari aku sengih bagai apa lagi. Dan ajaibnya, waktu Jess terketuk kepala aku dengan fail pun aku masih boleh gelak. Hebat tak penangan angau? Haha.

"dah sampai mana tu along..." Suara Kak Chik membuat aku kembali ke dunia nyata.

Aku tersengih malu. "masih ada kat sini Kak Chik" Kak Chik menjongketkan keningnya. "betul ke? tengok along dah senyum sorang tu. Teringat kekasih hati ka.."

'Ahha. Kekasih saya anak Kak Chik. Haha' 

Aku menggeleng. "dah lama ka Kak Chik sampai?" soalan yang aku utarakan lebih kepada nak menutup malu. Hehe.

"lama tu taklah, sempat ja tengok along sengih pandang langit tadi.." Cis. Sempat lagi kenakan aku balik. Aku tersenyum saja. Kang kalau aku membalas tidak kah nampak kurang sopan? 

"Haa along.." Aku yang ralit menguis batu dengan hujung kasut cuma menghmm kan panggilan Kak Chik. 

"Anak Kak Chik, Fiza kirim salam.." Terus aku lipat kepala ke arah Kak Chik. "Fiza?" Liur aku telan perlahan. 

"Fiza yang Kak Chik kenalkan kat kedai tu.." aku angguk angguk dan menjawab salam perlahan. 

'Fiza kirim salam? Biar benar'

"Fiza...erm...umur berapa? Dia buat apa sekarang?" Aku menyoal dengan berhati hati. Kalau aku tersalah cakap kang naya.

"Umur dia 20 rasanya. Sekarang? Tadi Kak Chik suruh dia masak nasi. Tengah masak la kot.." jawab Kak Chik dengan senyum manis.

'hailaaa..Kak Chik. Orang tanya lain lah'

Aku tersengih dengan jawapan Kak Chik.

"Fiza tu Kak Chik suruh sambung belajar tapi taknak. Tak mahu tinggal Kak Chik katanya..." aku dengar cerita Kak Chik dengan penuh khusyuk. Sambil bercerita, Kak Chik ligat memotong dahan dahan bunga yang mula nak besar.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now