Aku tersenyum memandang kalendar yang dah aku bulat dengan marker merah. Lagi dua minggu Fiza cuti sem. Dua bulan. Aku dah siap ambil cuti nak menjemput kekasih hati tu.
Rindu sangat kat budak tu. Bila aku chat atau call asyik sibuk ja. Entah apa yang dia sibukkan pun aku tak tahu. Tapi aku cuba berfikiran positif. Kalau dah dekat masa nak balik mestilah minggu ni sibuk dengan peperiksaan akhir kan.
Sejak Fiza masuk haritu, awal bulan pertama ja berhubung bagai nak rak. Setiap masa. Masuk bulan kedua Fiza mula sepi. Hanya selamat malam dan selamat pagi menemani. Kalau dia ada masa, boleh lah nak oncall. Itupun paling lama 10 minit.
Tipulah kalau aku tak terasa. Terasa sangat. Aku cuba cari masa nak hubungi dia. Cuba cari ruang dalam kesibukan aku nak kekal berhubung. Tapi Fiza seolah nak larikan diri dari aku.
Ada aku persoalkan perkara ni pada mama. Mama kata dengan mama pun Fiza macamtu. Ada juga hujung minggu nak cuba melawat, tapi selalu plan terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Ada ja benda. Selalunya aku jelah yang tiba tiba kena masuk kerja lah, ada lawatan dari pihak berkuasa tempatan la.
Dan mama pun tak komen banyak. Mama cuma senyum bila aku kata tak boleh nak teruskan apa yang dirancang. Bila telefon Fiza pun, dia okay saja. Jadi aku anggap, semua dalam keadaan baik.
.
.
.
Lamunanku tersentak dengan panggilan yang menyatakan aku terpaksa mengiringi lawatan dari kawan daddy. Rakan niaga daddy yang bertujuan nak melawat semua tapak projek di bawah syarikat daddy. Mahu tak mahu aku terpaksa menurut. Seminggu juga lah agenda lawatan tu.
Berkerut lah juga dahi aku bila panggilan tu dimatikan. Rasa macam aku sengaja disibukkan pun ada juga. Tak pernah ada masa untuk bersenang lenang. Tak bersyukur betul. Haha.
"Asal Bro?" ujar Syed, salah seorang site supervisor yang bekerja di tapak projek tu. Aku cuma tersenyum dan menggeleng perlahan. "memang kau simpan kalendar dalam poket ke?" Syed menjuihkan mulutnya ke arah kalendar kecil di tangan aku. Aku tergelak. "Takdelah bro. Memang habit simpan kalendar. Aku prefer buat reminder sini daripada kat fon.." Aku menjelaskan dengan tawa yang masih bersisa.
Syed hanya mengangguk faham. "Lepas lunch kejap lagi kau tolong supervise blok 2 eh? Ada slab concreting kejap lagi" Aku buat symbol O.K dengan jari. Kalau tengah concreting slab memang kena tunggu tengok. Kalau tak ada ja yang nak curi tuang air lebih.
Campur air berlebihan boleh merosakkan kualiti konkrit. Sebab konkrit dibancuh dengan nisbah yang dikira menggunakan mesin. Pendek kata, konkrit dibancuh mengikut kegunaan. Jadi kalau dah minta Gred 20, dapat Gred 20, kalau campur air boleh berdodol konkrit tu. Eh. Saja bagi korang faham kerja aku. Haha.
.
.
.
Pukul 9 baru sampai rumah. Ini lah masalah kalau mula konkrit lambat. Habis pun lambat. Aku melangkah malas ke sofa. Baju dibuka dan dicampak ke lantai. Aku terus baring. Minggu ni tidur rumah syarikat. Mama takda. Pergi jalan rumah saudara kat Perak.
Ada mama suruh aku duduk ja rumah sepanjang ketiadaan dia. Tapi aku malu. Kesudahannya, sorang lah aku kat rumah ni. Jess pun takda. Sibuk ja manjang. Sebab dia nak sambung study. Oversea. Ada daddy offer juga, ikut Jess. Tapi aku sayang nak tinggal Malaysia. Sayang nak tinggal Fiza sebenarnya.
Telefon aku keluarkan. Ada miscall dari mama. Dari Fiza takda pula. Chat ka mesej apa semua sepi ja. Keluhan aku lepaskan. Dalam berkira kira sama ada nak cuba atau tak telefon Fiza, mama call lagi sekali. Pantas aku slide dan jawab.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...