Dua Puluh

3.4K 139 29
                                    

Fiza terdiam. Saling berbalas pandang dengan Jess. Doktor bertiga tu dah lama keluar. Sekarang yang tinggal cuma aku, Fiza dan Jess. Mereka berdua duduk di sebelah katil aku. Masing masing dengan muka penuh kekusutan.

Aku tak sedap hati. Soalan aku dari tadi tak berjawab. "mana mak ayah saya?" Aku ulang kembali. Mereka berdua masih diam.

Jess memandang muka Along. Riak muka tu lain dari Along yang dia kenal. Along yang selalu tersenyum kini lebih serius raut wajahnya. Wajarlah perkara itu. Dia baru sedar.Dia dah tempuh detik hidup mati. Nak jangka, nak harap Along bangun lepastu gelak memang tak lah.

"Please...jangan bagitahu any shocking news. Takut dia tak dapat terima. Mental state dia masih tak okay sekarang. Tambah pula dia baru bangun. Sekarang the issues is dia tak kenal anybody around her. You got to make she trust both of you. Then baru boleh spills everything"

"Then takkan kami nak tipu dia? Nak beritahu semua benda yang tak betul?"

"Bukan itu maksud saya. Kalau boleh by phase. Jangan bagi dia terima semua kejutan serentak"

Seakan terdengar suara Doktor Mahmud sebentar tadi. Jess berkira kira apa mahu memberitahu perkara sebenar atau terus rahsiakan apa yang jadi.

Aku bergilir gilir pandang Jess dan Fiza. Jess dengan muka berkerut pandang aku. Fiza pula cuma menunduk. Kebisuan tu dipecahkan dengan jururawat yang tiba tiba masuk. Aku ingat nurse tu datang dekat aku. Sebaliknya dia mencuit bahu Fiza.

"Adlina, dah sampai masa. Jum" Aku jongket kening. "Adlina?" Fiza senyum pandang aku. "Syafiza Adlina Rahmat. Nama saya" Dan dia kenyit sebelah mata. Nama tu berlagu dalam minda. Macam aku biasa dengar. Macam selalu dengar.

'Syafiza Adlina Rahmat. Sudi tak jadi peneman hidup saya. Jaga saya sampai bila bila. Bersama saya sampai takdir pisahkan kita'

Aku nampak bintang banyak. Aku nampak ada wajah yang tersenyum malu. Malangnya wajah dia tak jelas. Siapa yang cakap ayat tu. Siapa perempuan tu. Kat mana ni.

Aku rasa panik tiba tiba. Rasa seram sejuk. Kepala rasa sakit sangat. Pandangan aku rasa berbalam. Aku mula meronta. Rasa sakit tu menyucuk. Malangnya sebab kaki kanan aku tergantung, dan juga tangan aku bersimen, aku tak mampu nak gerak banyak. Walaupun begitu, rontaan aku cukup buat satu badan makin sakit.

"tolong.....sakit sangat...sakit...." Aku mengerang perlahan dengan air mata yang dah mula mengalir.

Terdengar bunyi bising bila doktor masuk tiba tiba merempuh pintu bilik. Terasa ada cecair disuntik masuk dalam badan. Sempat aku lihat wajah Fiza yang dah bersungai air mata. Rasa hangat tangan dia pegang dahi aku. Aku rasa tenang sebelum semuanya kelam. Kelam.

.

.

.

Aku buka mata dan disambut oleh ruang putih terang. Tiada apa disitu. Hanya ada kabus tebal. Suasana sedikit berkabus. Keadaan juga sejuk. Aku pusing pandang keliling. Cuma ada dua bayang hitam di kejauhan.

Pelik. Kerana aku tahu aku di atas katil. Dengan kaki yang patah. Tangan yang bersimen. Juga tulang rangka (ribcage) aku patah. Tapi kat sini aku berjalan. Atas kaki aku sendiri.

Aku pegang kepala. Tiada sebarang balutan. Okay maksudnya aku dah sihat. Mungkin masa sakit tu cuma mimpi. Mungkinlah.

"Hello~~~" suara aku bergema gema. Aku tertawa. Riang. Rasa sedikit kelakar. Keadaan persekitaran seperti ini buat aku rasa seperti kanak kanak. Tiada apa masalah. Tiada apa perlu difikirkan.

Aku melompat dan berlari lari. Puas. Aku menjerit sekuat hati. Terasa bebas semua beban di dada. Pergerakan ku terhenti bila suara yang aku sangat kenal singgah ke pendengaranku.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now