Dua Puluh Tiga

3.3K 138 36
                                    

Jess memarkir kereta di garaj dengan berhati hati. Telefon pintar dicapai. Didail nombor telefon Along. Tidak berangkat. Jam dikerling sekilas. 9 malam. Kenapa rumah gelap? Jess pandang rumah sebelah. Elok ja lampu rumah dia menyala. Terang berderang bagai pesta lagi.

Harini balik sedikit lewat sebab ada majlis jamuan perpisahan salah seorang staff yang mengikuti suaminya berpindah ke Perlis. Ada lah Jess menelefon tadi petang, mengajak Along turut serta. Tapi Along taknak mengikut dengan alasan dah order Pizza. Itu pun tak tahu lah betul atau tak.

Sebab Along tak berapa nak makan Pizza. Jess percayakan ja apa Along cakap. Sebab dah 3 minggu keadaan Along okay. The cold Alisa pun tak muncul. Cuma the kiddo one yang selalu datang. Penat juga nak melayan kadang kadang.

Lagi sekali nombor Along didail. Masih sama seperti tadi. Jess keluar dari kereta. Mengunci pintu pagar dan berjalan ke arah pintu rumah. Keadaan gelap gelita. Along takkan keluar rumah tanpa dia. Along juga takkan duduk berseorangan dalam gelap.

Tombol rumah dipusing perlahan. Tidak berkunci. Suis lampu dicapai dan dipetik. Terlepas tas tangan dan telefon ke lantai apabila melihat keadaan dalam rumah.

"Along? Bro?" Laung Jess berhati hati. Sofa yang ada kat ruang tamu dah terkoyak habis. Kesan ditoreh dengan benda tajam. Jess tebar pandangan sekeliling rumah. Dinding putih tu dah kotor dengan dakwat merah. Kejap.

Darah. Bukan dakwat. Degupan jantung Jess makin laju. Atas sofa tu pun macam ada kesan darah. Apa dah jadi ni. Kat meja makan kerusi ada yang terbalik. Gelas dan pinggan plastik berterabur atas lantai. Sejak kes Along pecahkan gelas haritu, Jess dah ganti semua yang kaca kepada plastik.

Atas lantai takda apa sangat. Takda benda pelik. Cuma rasanya ada tompokan darah di sana dan sini. Dekat tempat lain semua okay. Ruang tamu dan dapur sedikit bersepah. Mata Jess membulat apabila menyedari laci yang sepatutnya berkunci dah terbuka. Dengan isinya ada yang berterabur atas lantai. Pisau.

Laju kaki dibawa ke bilik Along. Tombol pintu berkunci. Jess mendengus. Entah bila Along belajar kunci pintu. Laju Jess berlari ke biliknya dan kembali dengan segugus kunci di tangan.

Tombol pintu bilik Along dipulas kasar. 'Damn. Apa kau letak belakang pintu ni Along.' Selepas dua tiga kali menolak baru boleh masuk. Itupun boleh tahan sempit.

Suis lampu bilik Along dipetik. Meja study yang sepatutnya ada di sebelah almari dah selamat tersadai kat belakang pintu. Span tilam berterabur atas lantai. Tilam tu bagai...dicincang?

Terdengar bunyi shower dari dalam tandas. Pintu tandas tak berkunci. Sedikit renggang. Jess menolak perlahan sambil memetik lampu tandas. Tak berniat nak mengejutkan empunya diri kat dalam.

Sebaliknya Jess yang terkejut. Along berdiri tegak bawah shower. Pisau ditangan kanan dibawa ke lengan kiri. Dihiris perlahan dengan rentak yang sama. Air mengalir bersama darah. Jess memejam mata dan menggeleng. Air matanya jatuh jua.

"Bro..." panggil Jess perlahan. Pergerakan Along terhenti. Along berpusing. Melihat wajah Jess seketika sebelum menyambung kerjanya.

"Bro....stop...please..." Jess cuba merapati Along.

"Kau rapat. Ni last kita sembang.." tanpa perasaan kalimat tu keluar dari mulut Along. Pisau dihiris berkali kali di tempat yang sama. Darah semakin banyak meleleh.

Jess terpaku. Hanya mampu melihat apa yang Along lakukan. Kenapa Alisa yang macam ni perlu muncul disaat diri dia dalam keadaan yang tertekan.

Seingatnya, ada dua hari lepas. Dia terjaga dari tidur dan disambut dengan Along yang menangis memeluk lutut di penjuru bilik. Bila ditanya Along cuma menggeleng dan merengek. Kira bernasib baik sebab masa tu Along dengan perangai budak budak.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now