Kenapa.
Kenapa dalam 40 tempat duduk dalam bas ni, dia mendarat di sebelah Jepun tu?
Yang si Jepun tu pun macam terpaksa ja duduk sebelah dia. Dengan muka masam mencuka dari tadi. Kenapa juga syarikat bijak ni buat vacation tapi pergi naik bas? Kenapa tak naik flight ja? Dahla jauh. 5 jam okay.
Pagi tadi rasa nak tercabut jantung bila buka pintu tengok Along yang berdiri depan pintu. Mama pun sedang elok ja peluk cium laga pipi dengan Along. Mana Along tau alamat dia pun tak pasti. Yang pastinya memang masing masing membisu dalam perjalanan tadi.
Perubahan Along makin ketara sejak peristiwa minggu lepas tu. Salah sendiri ke spills semua kat Along? Along macam nak menjauhkan diri. Sebab tu lah terkejut macam apa lagi pagi tadi.
Ingat akan makin okay bila nampak makhluk pelik ni depan rumah tadi. Tapi tak. Sama ja. Tak okay serupa tu juga. Tak sembang juga. Bisu juga.
Sesekali Fiza melepas nafas perlahan. Along dah benci pada dia kah. Memang sepanjang bersama ni takda tanda tanda yang Along ingat pada dia. Adalah terkadang macam perasan yang Along tenung dia.
Tapi cepat ja pujuk diri. Mungkin Along tak sengaja terpandang.
Fiza pusing ke makhluk di sebelah bila terasa Along sedikit bergerak. Terlihat mata Along dipejam. Namun tangannya ligat memicit kepala. Dengan dahi sedikit berkerut. Migrain? Pening? Tak biasa naik bas? Haihhh. Risau ni.
Dari tadi naik bas Along cuma mendiamkan diri. Ada juga perasan yang muka Along sedikit pucat. Mungkin tak sihat. Niat nak bertanya terpaksa dibatalkan bila Along masuk mood Antartika musim sejuk beku bertahun.
Fiza pantas menyelongkar beg kecil yang tersedia segala macam ubat minyak angin tu. Minyak cap kapak dikeluarkan. Lantak lah kalau Along nak tengking ka apa. Tapi dia risau. Dan dia tak betah tengok Along macamni. Kalau dah sekejap sekejap tangan tu kat dahi kejap kat belakang leher. Lepastu duduk tak diam. Betul lah rasanya Along migraine ni.
Minyak cap kapak dituang ke jari jemari. Dengan lafaz bismillah, Fiza mengurut perlahan dahi Along. Tangan yang sedikit menggeletar diabaikan. Ada juga terasa macam Along nak menolak pada awalnya. Sebab cara Along macam terkejut jah.
Tapi Fiza abaikan. Bila rasa Along sedikit relaks, Fiza picit perlahan tengkuk Along. Senyap ja Along tu. Tengok muka pun macam dah nyenyak terlena. Kesian betul. Fiza lantas menjatuhkan tangannya. Wajah Along ditenung lama. Tampak wajah tenang yang dulu bertakhta dalam hati ni dan semestinya sekarang masih lagi bertakhta. Takda orang lain dapat gantikan tempat Along.
Along kembali lepas 3 tahun. Dengan imej baru. Wajah yang lebih matang. Perangai yang lebih pelik. Dengan lagak mengarah umpama Hitler. Tapi, ada sisi lain pada Along. Sisi serius dia tatkala mula bekerja. Terserlah karisma Along. Tampak jelas yang pekerja di sini amat menghormati Along walau ada juga desas desus gossip murahan yang terdengar, namun gelagat orang lain bila Along mula buka mulut membuktikan siapa Along. Mungkin angin London yang merubah diri Along menjadi begini. Atau mungkin juga kesakitan yang buat Along lebih matang.
Teragak agak Fiza genggam tangan Along di atas riba. Kepalanya dilentokkan ke bahu Along. Fiza akan buat Along jatuh cinta balik. Fiza janji.
.
.
.
Kenapa waktu macam ni aku nak migraine? Dahla minyak apa semua lupa bawa. Aduhh. Sakitnya. Dahla bila buka mata silau ja rasa. Yang Fiza kat sebelah ni keras membatu ja. Nak minta minyak kat dia rasa pelik pula. Dahla aku rajin layan dia acuh tak acuh ja. Tambah sejak dia luahkan semuanya kat café haritu. Aku rasa bersalah kot. Macam aku ni jahat sangat.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...