Tiga Puluh Empat

3.9K 129 9
                                    

Aku berdiri di gigi air. Menanti ombak yang berlari lesu membasahi kakiku. Sandal yang dipakai tadi dah aku tinggal bersebelahan dengan tunggul kayu yang hampir reput. Sweatpants yang dipakai dah disinsing paras betis.

Majlis tadi berjalan lancar. Dalam diam aku puji usaha Ms. Chua. Walaupun dia tampak kalut dan mulut becok, namun pemilihan lokasi dan persiapan majlis membuatkan aku sedikit kagum.

Mana taknya, tema makan malam ni, parti pantai (beach party) . Pelik benar temanya. Dan pemakaian simple dan kasual. Jadi aku dengan selamba rocknya sarungkan sweatpants adidas beserta sweat shirt adidas juga. Tema hujung rambut hingga hujung kaki kelabu hitam.

Fiza tampak manis dengan shawl hijau lembut dan blouse putih beserta slack coklat. Iyalah. Perempuan. Walaupun terang lagi bersuluh dah tertulis simple and casual, mereka tetap akan bersiap habis habisan. Haha. Okay tak sengaja tergelak jahat.

Aku perasan semasa majlis, Fiza seakan cuba lari dari aku. Mungkin dia masih memikirkan tentang segala parut yang ada. Atau mungkin dia terfikir apa yang akan aku ceritakan padanya. Bukan aku tak tahu dia sengaja duduk semeja dengan Linda. Padahal aku tahu macam mana antinya dia dengan Linda.

Majlis tu rasanya dah tamat dalam setengah jam yang lepas. Dah setengah jam lah aku melepak kat tepi pantai ni. Tak aku peduli pada cik kak roomate sebilik sekatil tu. Entah mana Fiza pergi pun aku tak perasan. Lepas ja habis ambil gambar tadi, terus aku memboloskan diri dari kerumunan awam. Awam lah sangat. Geng geng pejabat tu juga.

Laut dan pantai. Takkan boleh terpisah. Umpama aku dan Fiza mungkin? Tapi. Hm. Entah. Tak tahu. Macam macam persoalan yang bermain di fikiran. Sejujurnya, aku rasa, lepas aku ceritakan balik semua pada Fiza, aku akan kehilangan dia. Untuk kali kedua? Ketiga?

Sebab aku tahu bagaimana Fiza dan fikirannya. Dia akan dahulukan perasaan orang lain lebih dari perasaannya sendiri. Dan aku yakin, kali ni Fiza berfikiran sama sepertiku.

.

.

.

"Hai. Sorang ja? Kalau nak teman boleh..?" Tersentak aku dengar suara si dia dari sebelah kiri aku. Terus aku berpaling pandang ke arahnya. Fiza. Aku senyum segaris sebelum kembali menghadap laut.

"Memang taknak cakap dengan saya? Taknak tengok muka saya?" ujarnya lagi. Aku cuma tertawa. "Taklah. Nak buat macam mana kalau laut ni lebih menarik perhatian dari awak" Sengaja aku ungkap begitu. Sengaja nak memancing Fiza untuk bertelagah denganku. Tapi dia di sebelah cuma mendiamkan diri.

"Along nak lari lagi? Sampai bila Along nak simpan?" Aku tersentak. "Simpan apa..?" Soalku kembali. Dia menggeleng. "Andaikata Along dah siap sedia nak buka cerita, Fiza ada kat bilik.." Balasnya sebelum terus melangkah meninggalkan ku. Aku termangu. Apa yang Fiza maksudkan?

Aku berjalan mencari sandal yang aku tinggal tadi. Sempat duduk melepak seketika, membuang segala resah di dada sebelum aku melangkah ke bilik hotel. Segalanya harus diselesaikan malam ini juga.

.

.

.

Terasa debaran yang boleh tahan hebat semasa aku sampai depan bilik. Kad kunci aku sentuh pada panel pemuka di tombol pintu. Lampu yang pada awalnya merah dah berkedip menjadi hijau. Perlahan, aku pulas tombol pintu dengan tangan yang sedikit menggeletar.

Kelihatan Fiza duduk termangu di atas katil, sambil merenung telefon pintar di tangan. Segera dia angkat wajah memandangku apabila menyedari kehadiranku di dalam bilik itu.

Riak wajahnya seakan bertanya seribu satu soalan. Aku terus diam membisu. Aku berjalan dan berdiri tepat di depannya.

"3 tahun lepas, Along kemalangan. Kemalangan tu buat Along hilang ingatan pasal hidup Along, diri Along. Pasal sekeliling. Pasal orang yang Along cinta. Tapi. Along berjaya recover dalam masa yang singkat. Cuma. Ingatan tentang dia hilang macam tu saja"

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now