Hari ini ialah hari sibuk sedunia. Manakan tidak, dari awal pagi sampai sekarang dah nak pukul 3 petang. Tapi aku mahupun Fiza masih belum sempat nak keluar makan tengahari. Ni semua gara gara Farahin budak despatch yang tak sengaja hilangkan proposal aku. Tapi jujur cakap, aku tak rasa dia terhilangkan. Macam sabotaj ja lebih.
Tapi sebab aku bukan jenis nak cari pasal maka aku buat yang baru. Nak menambahkan masalah yang sudah sedia kusut, hard disk tempat aku simpan semua dokumen tu aku bagi Aireen pinjam. Dahtu Aireen pula cuti. Balik kampung dia kat Kelantan.
Haa. See? Tak ke macam dirancang saja semua agenda yang nak mengagalkan usaha aku ni. Nasib baik Fiza ada backup dalam laptop dia. Tapi tak banyak. Half ja. Sebab yang lain semua aku touch up bubuh balik.
Bagi aku, last minutes' work, works sometimes. Marilah kita cuba untuk buat keajaiban hari ini. Sebab masa buat dulu, campur dengan research semua ambil masa dekat sebulan. Ni masa sebulan tu nak hadam sehari. Harap sempat.
Aku alih pandang pada Fiza. Sibuk dia menaip balik isi isi proposal tu. Nasiblah ada Fiza cinta hati ni. Bila nak confess dengan dia eh. Bila nak mengaku ni.
Tak sangka. Fiza angkat kepala pandang aku balik. Renungan mata tu. Macam menyimpan seribu satu cerita.
"Boss. Kenapa?" Aku menggeleng dengan pertanyaan Fiza. Kantoi tengah pandang dia. Malu betul. "Takda apa. Penat. Sambung buat balik. Dah sampai mana?"
"Ada dekat second phase dah ni. Nak kena masukkan drawing sikit. Layout rumah. Pakai yang boss punya haritu ka nak ambil balik?" Aku berfikir sejenak.
"Pakai haritu punya boleh? Tapi yang untuk third phase tu cer try cari dalam drawing balik. Sebab yang haritu macam tak berapa nak cantik. Background putih tau" Fiza mengangguk faham.
"Tapi boss..." aku yang baru pegang tetikus pandang Fiza balik. "Drawing tu email boleh? Saya punya tak boleh buka" ujarnya dengan muka dan nada yang separuh bersalah. Mana tak bersalah. Nak kena email balik. Acah ja. Email drawing mudah ja. "Okay" Aku balas sepatah.
Fiza bangun dan melangkah keluar. Pergi tandas la tu. Biasa lah. Lagipun tengah hujan sini. Dengan penghawa dingin lagi terbuka. Mana tak sejuk.
Dalam 10 minit Fiza masuk. Mengiringi Fiza ialah bau Milo panas. Sedikit tersentak aku bila dia letak mug Milo tu depan aku.
"Saya letak oat sikit dalam tu. Minum bagi habis. Along dahla ada gastrik.." Terdengar dia mengumam perlahan. Along. Dah lama tak dengar dia panggil macamtu. Aku cuma mengangguk saja. Jual mahal. Haha.
Aku tak rasa sepanjang Fiza kat sini aku layan dia manis manis. Haritu ja kena tengking sebab salah send file. Tak sengaja tertengking okay. Aku ulang nama file tu banyak kali. Entah apa dia fikir boleh salah hantar. Juga tak aku hirau bila tengok mata dia berair. Bila dia lari keluar dari bilik tu pun aku buat taktau. Tapi bersalah menjentik hati bila tengok dia masuk balik dengan hidung sedikit merah.
Tapi aku tak tegur. Tak juga memujuk. Jahat betul aku.
.
.
.
"Boss. Dah hantar" Segera aku masuk email dan muat turun fail proposal tu. Walaupun ini hanya untuk semakan daddy sebelum diterima, aku taknak buat kerja ni setakat melepaskan batok di tangga. (batok is gayung okay) Aku nak daddy tambah yakin dengan hasil kerja aku.
Aku gabungkan bahagian Fiza dan aku dalam satu fail. Buat semakan terakhir dan cetak. Fiza bawa kertas kertas yang dah siap dicetak ke meja aku. Aku ambil, kepil dan masukkan dalam sampul surat. Esok pagi hantar sendiri. By hand. Letak atas meja daddy. Tak sanggup lagi aku nak berharap kat Farahin.
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
عاطفيةIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...