Sesekali aku mengerling Fiza di atas pangkin. Dan sesekali mata kami bertaut. Cepat sahaja kami mengalih pandang. Dalam diam aku mengela nafas perlahan.
Sekali lagi aku cuba mencuri pandang Fiza. Dia tengah mendongak melihat langit. Biasan cahaya bulan yang menyinari wajah dia buat aku terpana. Bukan lah takda lampu kalimatang tu, cuma Fiza duduk atas pangkin yang agak jauh dari lampu tu.
Aku tersenyum melihat si dia sebelum kembali menyambung kerja kerja aku. Aku menyepit arang yang mula nak jadi bara. Cekap tangan aku menambahkan arang baru. Jess masih di dapur. Tengah buat air mungkin. Malam ni kami berBBQ.
Terdengar Fiza mengomel tentang nyamuk yang dah mula kacau dia. Aku melambai Fiza. Memanggil dia untuk duduk sebelah aku. Lambat lambat dia berjalan dengan mulut mengomel apa entah lagi.
"Along reti ke nak bagi arang tu jadi bara?" tanya dia sambil menjenguk melihat tempat memanggang tu. Aku bagi jelingan maut pada dia.
"Eleh. Orang tanya pun jeling jeling. Tak pandai cakap je. Fiza bole buat"
Aku mendengus. Terdengar dia ketawa kecil.
"Ya Cik Fiza. Kenapa kacau Along. Pergilah tolong Jess kat dalam. Pergi ambil daging dengan ayam perap tu. Along nak mula bakar dah"
"Ai ai Captain Along" terus dia bangun dan berjalan masuk. Sempat melayangkan flying kiss untuk aku. Aku tergelak dengan perlakuan Fiza. Serta merta peristiwa petang tadi kembali berulang tayang.
.
.
Aku tengah baring layan mata bila pintu bilik diketuk perlahan sebelum tombol dipulas. Aku malas nak bangun. Dah tahu Jess yang masuk.
"Along...." tapi suara tu bukan Jess. Pantas aku buka mata dan terus duduk. Terasa kepala sedikit berpusing akibat dari pergerakan yang tiba tiba.
"Ya Fiza?" dah kenapa budak Fiza ni pandang aku dengan muka merah bagai tomato. Belum campur dengan sibuk mengigit bibir bawah tu.
"kenapa ni?" aku bingkas bangun dan berdiri sebelah Fiza.
"Nak minta tolong. Nak minta barang" Aku pandang Fiza dengan dahi berkerut. "apa?"
Fiza cuma diam. Haila. Nak minta apa agaknya budak ni.
"Nak pad. Fiza period. Minta kat Jess dia kata Along yang simpan. Fiza lupa bawa tadi..." Senafas Fiza tuturkan permintaan dia tu. Aku rasa sekarang muka aku yang merah bagai tomato.
"Ada tak Along? Kalau takda, Fiza nak balik rumahlahh. Erm..." Fiza kembali bersuara bila aku diam terlalu lama. Sempat juga dia menarik hujung lengan bajuku. Haih Fiza. Comel. Mengalahkan budak budak.
"Ahh. Ada ada. Kejap" Aku buka almari dan mengeluarkan sebungkus plastik yang masih elok belum dibuka.
"nah" belum sempat Fiza ambil aku tarik balik tangan. Idea jahat muncul di fikiran aku. "mana boleh bagi free..." ujarku dengan senyum sinis.
"ala Along....please...urgent ni.." Fiza dah mula tarik baju aku. Ditambah pula dengan hentak hentak kaki. Alahai. Macam budak tadika.
Aku geleng geleng kepala dan mencebik. "namo..." sengaja aku buat suara kanak kanak ribena.
"Along nak berapa ringgit? Fiza bayar.." nada suara tu dah mengendur. Fiza dah mula nak merajuk. Aku dah gelak jahat dalam hati.
"Sini.." ujar aku dan tunjuk pipi kanan. "cium sini sekali, baru Along bagi. Kalau tak, tak dapat lahh"
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomantikIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...