Rasa bila jarum jam menginjak ke pukul 12 baru aku sampai rumah. Disambut oleh Jess bersama muka risaunya. Hujan renyai renyai saat aku tiba memburukkan lagi keadaan.
Aku langsung lupa dengan drawing yang tergantung di belakang ku. Nasiblah ada drawing holder. Kalau tak, mahu kena buat dua tiga kerja lagi.
Jess membuka pintu luas. Menyambut drawing holder yang aku hulurkan. "why?" soal Jess sepatah. Aku cuma menggeleng.
Mungkin faham dengan keadaan aku, Jess diam. Segera kembali ke depan kaca televisyen. Menyambung tontonannya yang terganggu bila aku balik tadi.
Segera aku melangkah lesu ke bilik. Baju dan seluar semua aku tanggal dan masukkan dalam bakul kecil yang tersedia. Tuala aku capai dan kaki melangkah ke tandas.
Paip shower aku buka. Aku berdiri tepat di bawah pancuran air paip tu. Muka aku dongakkan. Terasa lebih segar bila titisan air mengalir membasahi seluruh badan.
Seketika aku cuma berdiri tercegat tanpa niat untuk berbuat apa apa. Memang kebiasaan macam tu. Bila ada masalah, atau tengah serabut, aku suka duduk lama bawah shower. Seakan tiap titisan air yang mengalir tu membawa lari semua kecelaruan.
Bila aku keluar dari tandas, Jess dah siap duduk di birai katil. Mungkin menunggu cerita. Aku tengok baju seluar untuk tidur dah Jess letak siap siap atas katil.
Aku mengambil baju dan terus pakai depan Jess. Aku tahu dia memerhatikan setiap pergerakan aku. Dah siap berpakaian, aku tutup lampu dan terus baring. Sengaja aku biar kebisuan antara kami.
Terasa Jess baring sama di sebelah aku. Terasa hangat tangan Jess menggengam tangan aku.
"bro...along..why?" lembut suara Jess terdengar di telinga aku.
Aku menarik nafas panjang sebelum bercerita tentang Fiza. Tentang kedai photostat tu. Tentang Ecah. Dan juga tentang rama rama yang rasa berterbangan saat kali pertama aku melihat Fiza.
"then now you rasa bersalah dengan dia?" Jess menyoal sesudah aku menamatkan cerita.
"yeah. but to be exact, rasa bersalah dengan kau juga..." dengar Jess menarik nafas panjang. Seketika hanya bunyi hujan menghiasi sepi itu.
"sebab?" perlahan Jess bertanya.
"aku suka someone. how bout you?" teragak agak ayat tu keluar dari mulut aku. Sejujurnya, ini yang aku sangat risaukan. Jika aku bersama sesiapa, bagaimana dengan Jess? Jess adik aku. Kami dah terlalu rapat.
Aku tak sanggup jika sebab perkara ini, hubungan aku dan Jess retak. Aku takut andai ada cemburu atau perasaan lain yang hadir di kemudian hari.
Tawa kecil tercetus dari mulut Jess.
"dont be silly bro..suka ja sapa sapa. I'm your sister. I'm gonna support you" terasa pegangan tangan Jess dieratkan. Aku diam seketika. Aku suka keadaan ini. Keadaan di mana hanya ada aku dan Jess. Dan tangan hangat yang erat mengenggam tangan aku.
"how bout you Jess? Aku takut. Aku takut andainya perasaan aku menghancurkan hubungan kita..."
Kali ni Jess betul betul ketawa. Bersungguh.
"bro..kita kawan sebab apa?" Jess dah bangun dan duduk atas katil tu. Biasan cahaya dari tandas buat aku nampak raut wajah Jess yang tengah sengih nakal tu. Aku tidur buka lampu tandas sebab aku tak suka gelap. Okay back to the story.
"kita kawan...ermmm...sebab....sebab kita nak kawanlahh. sebab apa lagi?" aku turut sama bangun dan bersandar pada dinding.
"Bingo. then kenapa pula I kena terasa kecil hati atau apa ? I kawan sebab you is you. You is Along. Al. My big bro. Orang yang I betul betul selesa. Bukan sebab perasaan lah. So no worries okay."
YOU ARE READING
SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]
RomanceIzinkan aku untuk merasai cinta itu, sayang itu Untuk kembali tersenyum bersama denganmu Walau rasa dan perasaan ini salah Aku tak mampu untuk berhenti berharap Aku rela disakiti, aku sanggup dibenci Cuma... Izinkan aku untuk bahagia Walau cuma satu...