Dua Puluh Tujuh

3.2K 143 34
                                    

Fiza mengeluh. Fikirannya menerawang jauh. Teringat kembali pertemuan yang tak disengajakan petang tadi.

Apa benar berita yang Jess sampaikan? Jadi rindunya selama ni pada siapa? Meskipun terasa sedikit sangsi, dia yakin, hati Along masih sama. Andai benar cinta ini milik dia dan Along, Along akan kembali. Itu dia pasti.

.

.

.

Fiza berjalan pantas sebelum terlanggar seseorang yang kebetulan berjalan tanpa melihat kiri kanan. Sama sepertinya. Habis terjatuh barang mereka berdua. Fiza sedikit menyumpah dalam hati. Nasiblah tiada sebarang botol kaca. Kalau tak?

Fiza mengangkat wajah bila tersedar ada huluran tangan di depan muka. Dia terkedu. Terkejut.

"Jess?"

"Fiza?"

Mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut Jess ke Secret Recipe. Sesudah memesan minuman dan makanan, Fiza melemparkan pandangan ke luar kedai. Terasa diri diperhatikan. Namun Fiza hanya acah acah cool. Sedang dalam hati, debarnya dah semakin menggila.

"So..Hows life? Mana Arfan?" Fiza memandang Jess sekilas sebelum kembali memandang ke luar kedai. Terasa suasana sedikit janggal kini. Nafas panjang ditarik. Belum sempat mulut dibuka, makanan sampai.

Sambil makan, sesekali Fiza mengerling Jess di depannya. Nampak lebih matang. Bergaya. Rambutnya yang perang diikat tocang. Dengan kemeja body cutting. Dan slack fit. Tampak berbeza dengan Jess yang pernah dikenali 3 tahun lalu.

Dan Jess ni juga tampak lebih relaks. Seakan memberi masa kepadanya. Masih teringat bagaimana reaksi Jess ketika Along kemalangan dulu. Along. Tak pernah nama tu hilang dari fikiran. Raut wajah Along yang tersenyum. Raut wajah Along semasa di hospital dulu.

Kali terakhir dilihat wajah tu ialah 3 tahun lepas. Waktu mereka berjumpa bila Along dan Jess nak berangkat ke luar negara. Sejak tu segalanya tentang Along bagai terkunci. Hilang begitu saja.

"Ehem....Fiza..?" Deheman dari Jess buat Fiza tersedar. Senyum manis dilemparkan. "Sorry.." Jess cuma tersenyum. Melihat Fiza di depan mata umpama melihat Along. Mata kedua duanya menyimpan cerita yang sama. Terlihat jelas kelukaan dalam mata tu. Nampak jelas duka yang cuba ditutup dengan senyuman.

Fiza tampak lebih matang. Wajah yang dulu sedikit keanakan terlihat lebih dewasa. Entah cerita apa yang disimpan selama ni.

"Fiza..nak cerita? You berhutang penjelasan tentang kehilangan you selama ni" Fiza mendiamkan diri. Berfikir mungkin. Atau menyusun ayat.

"Sebenarnya......"

.

.

.


Fiza menelan liur melihat sampul putih yang diletakkan atas meja Dr. Aina. Segera digenggam tangan Kak Chik erat. Kak Chik yang seolah mengerti kegusaran Fiza hanya mampu membalas genggaman tangan itu kembali.

Terasa debar di dada makin menggila bila helaian helaian kertas putih dikeluarkan. Tambahan dengan raut wajah Dr. Aina yang sangat serius. Tiada berita baik yang dapat dijangka. Dengan keadaan Fiza yang makin meruncing dari hari ke hari. Kak Chik hanya mampu berdoa semoga segalanya dalam keadaan baik baik sahaja.

Kertas yang berlogo Kementerian Kesihatan Malaysia itu dihulur perlahan kearah Fiza dan Kak Chik. Segala bait perkataan dibaca pantas.

Patient Name : Syafiza Adlina binti Rahmat

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now