Tiga Puluh Lima - End

4.9K 139 48
                                    

Fiza memerhatikan Along yang dah terlena di sebelah. Degup jantung Along berdetak pada kelajuan normal. Pantas Fiza mengangkat tangan dan melabuhkan nya di pinggang Along.

Tenang. Itu yang terlukis pada wajah itu. Tak macam waktu mula mula Along masuk bilik tadi. Dengan dahi berkerut. Muka ketat bagai apa lagi. Dengan riak Jepun serius dia tu keluar. Nasib baik juga sebelum sesi luahan hati perasaan tu, Fiza dapat panggilan telefon dari Jess yang memaklumkan segala rancangan Along.

Ya. Rancangan Along untuk meninggal kan dirinya lagi. Jadi apa yang keluar dari mulut Along dah dijangka. Cuma yang pasti, ada bezanya dengar dari mulut orang dengan dengar dari si empunya badan. Dengar dari Jess, walau rasa sayu, masih mampu tahan air mata. Sebab Jess cerita pun via call, chat. Along luahkan berdepan dengan saling berpandang empat mata dengan riak muka apa semua nampak.

Sejujurnya, pelbagai rasa menerpa di fikiran. Terutama bila Jess hantar semua gambar, video tentang keadaan Along. Ujar Jess mudah, hati Along sukar ditebak, namun dia tahu bertapa Along masih simpan perasaan yang menggila pada Fiza. Namun, Along tak yakin pada dirinya sendiri.

Siapa tak terkejut bila mula majlis tu tiba tiba Jess hantar Whatsapp macam macam? Sebab tu mahu tak mahu Fiza lari duduk semeja dengan Linda. Mudah sikit. Walaupun perangai Linda menjengkelkan tahap petala kelapan, tapi Linda takkan mengacau sangat. Lainlah dengan Along. Kalau Along nampak yang dia asyik dengan telefon, macam macam soalan bakal keluar.

Lepas majlis pun dia perasan Along lari ke pantai. Pantai dan Along. Memang pantai jelah tempat Along lepas rasa. Satu perkara yang dia faham tentang Along, Along perlu masa sebelum boleh nak meluah segalanya. Along akan ambil masa, lari dulu, susun ayat, baru dia nak mengaku hati dia tu. Baru nak jelaskan segala rasa dia.

Waktu tu nak terus pergi kat Along, Jess pula call.

"Fiza. You kena tahu something.." Something lagi? Yang hantar bermacam bukti dari tadi tu bukan sesuatu ke? "Actually, she do remember you.." Penjelasan Jess lepas tu bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri ke terbalik peribahasa ni? Okay abaikan. Masa tu Fiza beranikan diri cakap dengan Along. Moga Along faham apa yang dia cuba sampaikan.

Masuk ke bilik, lagi Jess hantar bukti. Screenshot dari instagram Along. Semua potret tu potret dia. Walau Along post gambar tak sepenuhnya, ada yang kabur sebelah muka, namun jelas, ciri ciri yang ada tu semua dia. Meleleh juga air mata bila tengok satu persatu gambar yang Jess hantar.

Dan malam ni, tadi, bila Along mula nak meluah, Fiza rasa dia tak perlu dengar segalanya. Cukuplah apa yang dia nampak selama ni. Cukuplah dengan bukti yang Jess bagi. Apa saja permintaan Along, akan dia turuti, harapannya cuma satu, orang di sebelah ni takkan hilang lagi.

Terdengar dengkuran kecil dari cinta hati yang dah nyenyak tidur tu. Fiza mengucup pipi Along lembut. "I do love you, and will always love you, berapa lama pun, Fiza tetap tunggu, Along.." Fiza berbisik perlahan.

.

.

.

Fiza tersenyum dan melihat Along yang menatap fokus ke skrin laptopnya. Entah apa yang asyik dia telek pun tak tahu. Padahal waktu pejabat baru mula 5 minit. Di atas mejanya ada sticky note kecil bewarna oren bersama satu mug nescafe panas.

' Love, lunchdate? _AAF_ '

AAF. Alisa Ahmad Fitri. Masuk ni dah seminggu. Along ni nak dia diabetes ke apa? Tiap tiap masa ada ja sticky note kecil yang kadang notanya entah apa apa. Dan ada masanya mampu mengusik jiwa. Along. Dia dah mula misi mengurat ke eh? Waktu kat Penang haritu kata beri dia masa. Mungkin ini yang Along maksudkan. Beri dia masa untuk kenal balik hati dia.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now