Ending

6.1K 171 67
                                    

Beberapa tahun kemudian.....

Aku duduk berteleku di hadapan kubur itu. Rumput yang dah mula tumbuh meliar aku cabut kasar. Terasa sedikit sebu di dada menahan rasa rindu. Rindu pada orang yang telah tiada sakitnya tak terperi. Tambah pula bila tiap kenangan datang satu persatu tanpa amaran. Tanpa tapisan. 

"Sekarang ni Along dah bahagia. Dengan cara Along. Dengan jalan yang Along pilih. Sekurangnya bila kenangan kita menjelma, bila air mata rasa nak meleleh ja, Along dah boleh fikir benda benda yang menggembirakan.."

"Tapi terkadang tak sama. Along rindu kenangan kita dulu. Along rindu saat saat dulu. Waktu kita masih bersama" Aku menarik nafas panjang. Cuba meredakan sebak yang menggila sebelum menyambung cerita.

"Minggu depan, Along ada kursus kat Pahang. Lepas dua bulan, InsyaAllah dah pegang kunci syarikat Along sendiri. Tinggal beberapa dokumen lagi nak urus. Tan Sri Lim banyak betul tolong" Aku tersenyum terkenangkan daddy yang beria nak aku buka syarikat sendiri. Katanya untuk menjamin masa depan. Tapi bukan aku punya sepenuhnya pun. Masih nak bertatih. Masih bergantung pada daddy. Dah banyak ilmu yang dia turunkan pada aku.

"Jess pun dah kahwin dengan Vincent tu. Sekarang ada dekat Paris rasanya. Honeymoon untuk kali keberapa dah ni. Along ja yang tak nikah lagi haa" Aku sedikit tertawa teringat keletah nakal Jess. Haihh Jess. Jumpa lagi sekali dah jadi mak orang dah kau. 

Nama yang terpahat pada batu nisan itu aku tatap lama. Tulisan itu masih utuh. Terasa sayu dalam hati bila aku eja huruf huruf dalam nama itu satu persatu. Seakan masih terdengar suara yang sering memanjakan aku dulu. Seakan masih terlihat warna mata yang selalu aku tatap dulu.

Air mata yang mula jatuh aku seka perlahan. Dah berapa kali aku berjanji untuk tak menangis lagi. Tapi aku gagal. Kerinduan ini terlalu dalam. Meskipun aku dikelilingi oleh keluarga dan sahabat namun tak pernah sama dengan kelibat yang aku rindu. 

Perlahan aku bangun dan melipat tikar yang aku bawa dari rumah. Batu nisan itu aku usap perlahan. "Along balik dulu ya, nanti Along datang lagi. Maaf Along jarang datang. Tak kisah kan..? Along tak datang pun, Along tetap doa tau. Tak pernah lupa" ujarku dengan tawa kecil.

Aku melangkah ke kereta yang diparkir di bahu jalan. 'Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Cengal' Aku baca lagi sekali papan tanda kubur tersebut sebelum berlalu pergi.

.

.

.

"Assalamualaikum..." ujarku seraya membuka pintu rumah. Terdengar salamku bersambut juga terdengar sedikit bunyi kekecohan di dapur. Aku kembali berpaling ke luar rumah. Terlihat kereta si dia terparkir elok di bahu jalan. Macam mana aku boleh tak perasan tadi. Ish. Okay dia dah balik. Senyum nipis segaris terlukis di bibirku. Segera aku mendaki tangga menuju ke bilik. Bertukar pakaian kepada yang lebih santai. 

Sedikit berlari anak aku menuruni tangga apabila terdengar dia melaung namaku. 

"Yes mam.." ujarku sedikit mengusik bila tiba di muka dapur. Dia berpaling. "Pergi mana tadi?" Aku angkat bahu dan menjulingkan mata. "Penatlah Along hantar Whatapps bagitahu apa Along buat mana Along pergi kalau sayang tak baca pun.." Dia menggeleng lalu berjalan merapatiku. Pipiku dicubit lembut.

"Mengadalah Along ni...Tahu kan kerja kat pejabat tu macam mana. Bukan sengaja tak baca lah. Lagipun fon dah habis bateri dah. Tengah cas kat depan tu.."

Aku menjenguk ke depan. Okay nampak telefon si kesayangan ni sedang dicas. Aku kembali membuang pandang ke arahnya. Ligat dia memotong sayuran untuk dimasak. Sekilas aku memandang bahan bahan. Baby carrot. Jagung kecik kecik. Kubis bunga. Bebola ayam? Rare. Apa eh. Okay. Sup sayur campur bebola ayam. Hehe. Mudah ja teka apa dia nak masak. 

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now