Tiga Puluh

3.6K 129 40
                                    

Harini hantar Jess kat lapangan terbang. Dia fly balik London. Nak menghabiskan sisa sisa pengajian yang berbaki lagi beberapa bulan. Sempat lah beramah mesra dengan Vincent. Jess pula aku tengok macam sotong ja duk bahagia sebab Vincent yang bawa bas terbang ni kejap lagi.

Sempat aku kirimkan beberapa barang untuk bagi pada orang orang yang aku tinggalkan disana. Taklah beberapa barang. Lebih pada beberapa kotak. Dah masing masing minta dihantarkan barang dari Malaysia. Suruh mai sini tak mau.

Aku melambai Jess yang dah masuk balai berlepas. Tunggu Jess hilang dari pandangan baru aku melangkah kembali ke kereta. Teringat pesanan daddy masa ambil Jess depan rumah tadi. "Lepas hantar Jess, Al balik rumah. Jangan dengan Al naik flight tu" Aku tersengih cuma saat kata kata tu keluar dari mulut daddy. Tahu ja daddy sindir dalam pesan.

Kunci dimasukkan dan dipulas. Aku pandang cermin pandang belakang sebelum reverse kereta perlahan lahan. Yeah. Kereta dah masuk lebuh raya. Tak berapa ada kereta sangat pagi pagi ni. Seketika teringat akan kerja kerja di pejabat yang dah mula menimbun. Minggu depan pula bertambah lagi satu kerja bila syarikat mula ambil budak praktikal. Kenapalah rajin sangat. Dan kenapa aku kena jadi salah seorang mentor.

Dua hari lepas ada meja yang sedikit kecil dibawa masuk dalam bilik pejabat aku. Katanya nak mudahkan aku untuk minta tolong atau pantau pergerakan budak tu. Tak kah budak itu bakal rasa terkongkong?

Kalau aku pun aku rimas. Tapi sekurangnya adalah kawan nak diajak bersembang sementelah Jess pun takda. Takda lah aku boring sangat. Yang paling best, ada orang nak disuruh buat kerja. Aku dah siap asingkan kerja untuk budak tu. Hebat tak?

.

.

.

Waktu thumb print pagi tu aku perasan kelibat seorang perempuan yang masuk bilik Ms. Chua, si makcik kepoh merangkap kepala HR (Human Resources). Agaknya tu lah budak praktikal tu kot. Malas aku nak menyebuk. Kejap lagi dia masuk juga bilik aku.

Lepas letak beg dan setup laptop serta PC (aku buat kerja pakai dua dua, hebat tak?) aku melangkah ke pantry nak bancuh sedikit nescafe. Belum sempat nak tuang air panas dalam mug tu, Maisarah dah panggil. Katanya Ms Chua nak jumpa aku. Kacau. Aku angguk sebelum sambung tuang air panas. Ms Chua boleh tunggu. Nescafe aku tak.

Aku jalan ke bilik Ms Chua sambil menyanyi kecil. Sempat juga aku bawa mug nescafe tu sekali. Pintu aku ketuk tiga kali sebagai tanda isyarat sebelum tombol aku pulas perlahan.

"Okay Adlina, ini supervisor awak sepanjang 5 bulan di sini, Ms. Alisa or kami panggil Al or Along"

Dan Adlina tu pusing hadap aku. Dengan senyuman manis sama seperti dulu. Dengan matanya yang memandang mesra. Aku taktahu muka siapa lagi pucat. Aku atau dia. Rasa nak terjatuh mug di tangan aku.

Tapi aku kena bijak berlakon. Sebab Jess kata aku tak ingat apa pasal dia. Aku hulurkan tangan kanan kearah dia.

"Hi there. Boleh panggil saya Along or Al" ujarku dengan senyum yang sedikit gugup. Dia menyambut huluran tanganku dengan wajah yang sedikit berkerut. "Saya Syafiza Adlina Rahmat. Panggil ja apa apa yang Along suka"

"Apa?" Sengaja aku soal dia kembali. "Eh tak. Panggil saya Adlina" Laju dia membalas dalam kekabutan. Fiza. Masih sama. Tetap kalut macam dulu. Aku mengangguk. "Kenapa tak panggil Fiza?"

Dia berpaling sebelum mengumam perlahan "Nama tu dah ada orang tempah" Aku menahan senyum yang mula nak membentuk di pinggir bibir.

"Jum. Along tunjuk mana meja awak" Dia membontoti rapat. Sempat aku kenalkan mana mana staff yang berselisih dengan kami. "So, ni meja awak. Kita sebilik. Ada apa apa tak faham boleh tanya saya" Ujar aku semasa kami melangkah masuk ke bilik tu. Fiza mengangguk faham.

SEKALI LAGI (gxg) [COMPLETED]Where stories live. Discover now