05- Cemburu

465 66 28
                                    

Park Jimin POV

" Kau dah kenapa Jimin?  " Soal Jungkook.

" Kenapa apa? " Soalku semula sambil tangan ligat mengikat kemas tali kasut yang terburai.

" Kau nampak pucat. Kau sakit ke? " Tanya Jungkook lagi. Risau.

" Kau jangan sakit lagi. Kita ada game harini. Team harapkan kau dengan Yoongi je . Kalau kau nak sakit pun tunggu kita habis game ni. Arachi? " Namjoon hyung begitu risau. Dia begitu nak kan game kali ni kitorang menang.

" Yah !  Don't worry. Aku okay. Chim gagah all right? " Aku angkat kedua tangan aku sambil senyum. Tunjuk biceps aku ni ha dan diorang gelak.

Jin hyung mengusap kepala aku.

Sengaja aku buat macamtu . Taknak bagi diorang risau walau sekarang ni memang aku pening kepala. Tambah dengan tekanan game yang aku nak main nanti.

Aku kena menang. Aku kena score untuk team aku. Tu azam aku. Aku nak buat semua orang senyum dengan kemenangan team aku. Yes.

' Fighting Chim! ' Bisikku sendiri.

***

" Akhirnyaa. Perlawanan yang dinantikan akan dimulakan. "

"Dipersilakan masuk ke padang para pemain .. "

" Pasukan BTS dan lawannya pasukan IKON ! "

Aku masuk ke gelanggang dengan tenang. Perlawanan bola keranjang kali ini pastinya akan jadi begitu sengit.

Gosh! I'm so nervous. Aku pandang dekat para penonton. Aku nampak Chae. Dia bersorak untuk Hanbin. Aku pandang Hanbin pula. Dia kenyit mata pada Chae.

Sumpah aku tak boleh terima hakikat ni. Nak je aku cungkil mata si Hanbin ni. Chae aku punya okay. Aku punya!

Eh! sebab geram ni hilang pulak berdebar aku. Terima kasih geram. Datang pulak rasa meluat tengok sandiwara Hanbin depan Chae. Ingat dah cukup bagus ke hah?!

Aku mengeluh. Pandangan tajam aku berikan pada Hanbin. Bersemangat pulak nak tewaskan Hanbin.

***

Pittttt. Wisel dibunyikan pengadil. Wisel bunyi cam tu ke? Whatever😂. Bola dilambung tinggi ke langit.

Aku nampak Taehyung dan Jungkook sedaya upaya menangkap bola yang terlantun. Tapi kasihan tak dapat.

Pihak lawan mendominasi permainan. Bola berada di tangan Bobby. Bobby baling bola tersebut kepada Junhoe. Junhoe pula baling kepada Hanbin yang berada dekat dengan garisan D. Dia melantunkan bola ke lantai dan berlari ke arah jaring.

Dia melompat dan yeah! Bola masuk dalam jaring dalam sekelip mata. Pasukan sorak mereka mula menari. Aku pandang Chae. Dia bagi sign bagus pada Hanbin.

Menyakitkan mataaaaa!

"Sabar. " Taehyung menepuk lembut bontot aku dan berlalu. Yah Tae !

Perlawanan bermula lagi. Semasa Hanbin melantunkan bola, Yoongi hyung pantas mengelecek bola tersebut.

" Hyunggg ! " Jeritku. Pantas tangannya melemparkan bola padaku.

My Sunshine | Park Jimin |Where stories live. Discover now