Chae Won POV
Tangisan aku masih tak berhenti. Sampai hati dia buat aku macam ni. Memang aku merancang untuk tinggalkan dia. Untuk kebaikan dia dan keluarga aku.
Tapi perlu ke dengan cara macam ni? Hampir setahun aku bertahan dengan semua ancaman, tapi sekali je kena pada dia terus goyah.
Aku kesat airmata aku, tapi dia tetap keluar. Berhentilah airmata! Kau menyakitkan aku! Kau buat aku lemah!
Aku terduduk di belakang pintu. Aku dengar rayuan daripada Jimin diluar. Nak buka. Tak sanggup biarkan dia dalam kebasahan.
Hujan mula turun dengan lebat. Sama lebat dengan tangisan aku. Kau tahu? Dari awal aku kenal dia, aku dah rasa dekat. Aku cuba nafikan perasaan yang tumbuh dengan menjauhi dia. Tapi makin jauh aku lari, makin dekat dia mengejar. Sampailah dia capai aku.
Sekarang? Bila memang dah terbukti aku sayangkannya. Sayang pun dah makin mekar, aku terpaksa lalui pelbagai rintangan. Susah nak bahagia kan? Ya. Memang susah. Ada saja dugaan yang melanda.
Aku menarik nafas dan bangun. Tombol pintu aku pegang kemas, masih berfikir. Aku masih dengar ketukan yang makin perlahan dari luar.
Mana omma? Kenapa tak balik lagi? Aku perlukan omma saat ni. Sangat sangat perlukan dia. Aku perlukan nasihat dia sebab aku langsung tak tahu apa yang aku buat ni adalah betul atau tidak.
" Chae! Chim minta maaf atas segalanya. Sepatutnya Chim dengar penjelasan dari Chae dulu. " Jimin menjerit dari luar.
Aku intai dari birai langsir. Aku nampak dia dah basah lencun dalam hujan.
" Chim minta maaf. " Ujaranya makin perlahan. Aku nampak dia melutut di dalam hujan.
Makin lebat airmata aku membasahi pipi. Tak sanggup tengok dia macam tu.
" Chim takkan balik sampai chae maafkan chim. " jeritnya sekali lagi.
Jimin terduduk dalam hujan." Chim sayangkan Chae. " Jimin angkat muka dia. Aku nampak muka dia yang dah merah. Mata dia yang merah sebab menangis.
Aku juga terluka Chim. Terluka. Luka di luar, boleh hilang. Tapi luka didalam? Siapa ada penawarnya? Siapa yang mampu sembuhkannya?
Omma? Kenapa masa sebegini omma kena pergi. Teringat akan pesanan omma semalam. Dimana dia cakap dia akan ke jepun bersama appa untuk 2minggu.
Aku tak kuat nak lalui semua ni seorang diri. Perluka aku call Hanbin? Atau Mingyu?
Eunna?
Minjae?
Tak. Tak boleh. Aku takkan bebankan orang lain dengan masalah aku.
Aku diam untuk beberapa jam. Aku nampak Chim dah menggigil. Aku perhatikan dia. Perluke aku buka pintu dan ajak dia masuk?
Hati aku bagaimana?
Aku berjalan perlahan ke arah pintu.
Tombol pintu aku pulas perlahan. Aku buka payung dan berjalan ke arah Jimin. Aku berhenti apabila nampak Jimin berdiri. Dia gagahkan kaki dia mendekati aku.
Sakitnya hati aku tengok dia terseksa macamni. Tak sanggup nak lihat dia sakit.
Tangan dia lambaikan ke arah aku. Memanggil dalam hujan. Dia cuba mengukirkan senyuman. Tapi belum sempat dia dekatkan diri pada aku. Dia mula nak rebah. Cepat-cepat aku sambut dia.
Jimin tersembam lemah di bahu kanan aku.
Baju aku turut basah.
" Chim minta maaf. " Ucapnya perlahan di telinga kanan aku. Badan dia semakin memberat.
Aku pegang pinggang dia menggunakan tangan kanan aku. Aku peluk dia dan tarik dia ke rumah. Tapi Jimin terlalu berat. Dia rebah bersama aku.
Aku cuba bangun. Tapi Jimin dah lembik. Pengsan.
" Chim bangun.. " aku tepuk perlahan pipinya. Dia membuka mata.
Tapi hujan yang turun memaksa dia memejam semula matanya.
Jimin senyum.
" Chim sejuk. " Ucapnya perlahan. Aku peluk Jimin erat.
Apa yang aku buat ni?! Kenapa aku buat Jimin macam ni?! Kenapa aku biarkan dia dalam hujan?!
Aku cuba gagahkan diri untuk bawa Jimin ke rumah.
Aku tolak dia ke sofa.
Jimin dah mengigil. Kesian aku melihatnya.
Aku ambil tuala di dalam laci baju dan terus bagi pada dia. Aku bantu dia masuk ke bilik air untuk bersihkan dia.
Aku tinggalkan dia didalam bilik air dan sementara itu, aku siapkan pakaian dia. Sweater oversize aku, aku capai. Semoga padan dengan dia .
Tak lama lepas tu aku dengar Jimin memanggil aku dari dalam bilik air. Aku buka dan terus papah dia ke katil. Sial segannya aku dengan dia yang tak berbaju ni.
" Pakai ni. " aku campakkan baju aku dan seluar yang dah aku sediakan pada dia.
" Gumawoyo Chagiya. " ucapnya lemah. Aku keluar dari bilik dan ke dapur untuk siapkan makanan. Eh lupa!
Aku kembali ke bilik.
" Lepas pakai baju, berehat je dekat katil tu. " Aku menjerit di muka pintu. Tak sanggup nak masuk sebab takut benda yang terlarang bakal berlaku.
Jimin dah lah gatal. Aku pula, memang lemah bila dengan dia. Jadi, aku sedaya upaya akan mengelakkan berduaan di dalam bilik.
" okay. " balasnya.
Aku ke dapur dan sediakan sup panas untuk Jimin. Aku cuma risau kalau dia terkena demam. Dia manja. Sangat manja.
Bila ingat semula. Kejadian yang agak sama dengan ni pernah berlaku. Ya. Waktu aku gaduh dengan Jimin. Tapi aku yang demam.
Dia suapkan aku makan. Dan malam tu, kami berjanji untuk bersama. Selamanya.
Aku menarik nafas dan siapakan hidangan. Aku letakkan sup dan air kosong dalam dulang dan ke bilik.
Sebelum masuk, aku dengar beberapa kali Jimin bersin. Confirm dah terkena selsema. Aku letak dulang di tepi pintu, atas kabinet dan berlalu ke dapur dan mencari panadol. Mungkin akan dapat bantu hilangkan selsema dia.
Setelah jumpa apa yang dicari, aku masuk ke bilik. Aku nampak Jimin dah tidur. Mengiring. Membelakangi aku.
Aku letak dulang di tepi katil dan selimutkan dia. Sumpah aku rasa macam nak peluk je dia sekarang ni. Hm.
Sweater aku benar benar padan dengan dia. Aku senyum.
Sesekali aku usap rambut dia. Alirkan haba kasih sayang aku dalam badan dia. Moga dia merasainya.
Gawddd. I love this chapter. Rasa macam betul ah sayangkan chim. Hahaha. Btw thankyou for keep reading.
And you know pasal selja tu? Pls keep pray for the best okay? Moga takkan ada apa-apaa yang berlaku pada our chim.
I love you ❤ jangan lupa komen dan vote okay? 💞
YOU ARE READING
My Sunshine | Park Jimin |
Fiksi RemajaDia nakal. Selalu kacau aku. Aku tak suka dia. I mean. I hate him so damn much. Tapi tiap kali aku ada masalah. Dia yang aku cari. Dan tanpa sedar senyuman dia adalah sunshine yang menyinari hari gelap aku.