SPECIAL CHAPTER

335 42 26
                                    

Park Jimin POV

Dah 12 Tahun sekolah berakhir dan aku sekarang dah bahagia dengan Chae, Isteri merangkap kawan baik aku, sumber inspirasi aku , dan segalanya bagi aku.

Bangtan pun sekarang dah bahagia dengan pasangan masing - masing , cuma Jungkook je belum kahwin . Katanya Nana belum bersedia lagi . 😂

Yoongi hyung yang beku itu pun dah kahwin dengan sepupu dia , Min Taemi . Nak tahu kisah mereka? Baca anoyying namja by dokkaebisshi huhu.

Aku doakan semoga Nana cepat cepat bersedia sebab aku lihat Jungkook dah separuh meroyan gilakan Nana 😂

Balik kepada aku dan Chae , dia sekarang ada perangai pelik . Asyik nak bermanja aje dengan aku .

Okay , sekarang aku melangkah keluar dari kereta , baru pulang dari kerja .

" Yeobuu~ " panggil Chae di muka pintu . selepas je aku tanggalkan kasut , terus badan dia melekat kat badan aku .

" Nak dukung~ " Rengeknya .

" Chim penat la sayang . " Tolakanku buat dia menjuihkan bibir , merajuk dan mulalah buat muka comel . Ni aku tak tahan tengok dia . siapa je tak sayang bini kan?

" Alaa , jangan merajuk . Meh meh chim dukung. " Dengan terpaksanya aku angkat anak gajah ini .

Dia tersenyum , aku mendukungnya secara bridal style ke bilik kami.

" Chae rindu~ " Ucapnya manja sambil menatap muka aku . Tanganya menyentuh lembut bibir aku .

" Taknak la sayang~ Lain kali eh? Chim letih la ~ . " Jawabku manja . Sekali lagi Chae menjuihkan bibirnya .

" Bukan Chae mintak tu . Chae cuma rindukan Chim " Balasnya . muka masam mencukanya ditonjolkan.

Aku ketawa perlahan sambil mengemaskan dukunganku.

" Kenapa Chim rasa , sayang ni macam makin berat? " Tanyaku . Tapi ni aku tak tipu , pipi dia yang kembang dah semakin kembang . Kaki dia pun dah sembap sikit . Nampak lah dia makin berisi . Makan pun boleh tahan banyak . bimbang aku tengok perubahan diri dia yang ketara .

Dulu makan jaga , sekarang semua rembat . berselera betul . tapi aku tak menahan dia nak makan apa- apa biarlah sementara masih sihat , makanlah apa yang dia nak makan . Dia bahagia , aku pun bahagia .

" Chim nak cakap Chae gemuk eh? Chae tahu Chae dah tak lawa . Janganlah cakap macam tu. Turunkanlah, Chae ni mengusahkan Chim aje kan? " chae menolak dadaku perlahan . Berjauh hati mungkin .

Namun aku kemaskan pelukan dan terus dukungnya berjalan ke bilik . Aku pandang Chae yang merajuk . Aku pelik , makin lama dia semakin sensitif . Cakap sikit aje sentap .

Perempuan , perangai macam budak - budak . Hari ni kata lain , esok kata lain . Harini begini , esoknya begitu . Kadang - kadang tak perlu tunggu esok , dalam masa seminit pun boleh berubah fikiran .

Aku baringkan Chae di katil sementara aku , membuka butang baju untuk mandi. Tiba- tiba aku merasa dipeluk dari belakang . Tak perlu tanya aku dah tahu tu Chae .

" Chim tak payah lah mandi. Chim dah wangi la. " Ujarnya sambil menyembamkan mukanya di belakang badan aku .

" Sayang, chim rimas la. Chim busuk ni , berpeluh lagi , kuman . " Jawabku pula .

" Tak . Mana ada busuk , chim wangi . " Chae menggesel geselkan badannya pada aku .

Aku mengeluh . Dulu bukan main lagi , lepas balik kerja suruh aku mandi , nak peluk sikit pun tak bagi , nak pegang dia pun tak bagi , eh sekarang dah lain .

Aku yang busuk dikatanya wangi .

" Tak boleh la. Chim nak mandi , sayang gi lah buat air untuk Chim , nanti Chim turun minum okay? " Pujukku .

" Iyala . " Balas Chae sepatah bersama ciuman di pipi aku sebelum keluar dari bilik .






Guyss. Enjoyy.

Tak pasti lagiiii berapa speacial chapter akan diupdate. So tunggu jelaa.
Dalam kepala ideanya byk sgt tapi tak sempat menulis . well semua author macam tu rasanya hahaha .

So , vote and komen amat dialukan.

My Sunshine | Park Jimin |Where stories live. Discover now