Sempena view story ni dah capai 1K. Here the double chapter. Thankyou for keep reading .
Chae won POV
" Selamat malam sayang . " ucap Jimin seraya mencium dahi aku.
Dia lepaskan pegangan dari tangan aku dan melambai ke arah aku yang berjalan ke arah pintu rumah.
Masuk ke rumah, appa dan omma senyum melihat aku yang dah sihat.
" Sayang dah baik. " Omma mengusutkan rambut aku.
" Demam rindukan Jimin. " ucap appa. Aku ketawa. Entah ikhlas atau tidak.
Lepas tu aku pamit dan ke bilik.
Aku duduk di birai katil sebelum mengambil tuala dan ke bilik air.
Aku buka paip air. Air membasahi badan aku.
Aku duduk dibawah curahan air hujan dalam bilik air. Perlahan aku ingat semula kejadian tadi.
" semudah tu kau maafkan chim? " bibirku mengomel sendiri.
Aku capai sabun dan gosokkan pada badan aku. Dan bilas dengan air.
Aku berdiri di bawah curahan air.
" Takkan sesenang tu Chae? "
" Dia tampar kau. "
" sakitkan hati kau."
" sakitkan mental dan fizikal kau. Zahir dan batin kau. "
Aku pegang kepala aku. Apa benda semua ni?
Semua kata-kata yang hadir dalam otak aku buat aku tertekan.
" aku cuma nak bahagia. " bisikku perlahan pada diri aku sendiri.
Aku ambil tuala dan siapkan diri. Setelah memakai sedikit losyen dan wangian. Aku ke katil.
Jam dah dekat 11.30 malam. Aku rasa, masa yang sesuai untuk aku tidur. Semasa aku menarik selimut.
Aku teringat kata-kata Hanbin.
[Flashback]
Mata aku mula memberat. Aku menoleh ke kiri. Memejamkan mata. Tapi tiba-tiba aku rasa seperti ada seseorang memerhatikanku.
Aku abaikan. Mungkin hanya khayalan. Sebab aku terlalu rindukan sentuhan Chim. Rindukan renungan dia. Aku melepaskan keluhan sebelum aku dilena tidur.
Tapi aku tersentak bila terasa seperti ada benda berat menghempap badan aku. Aku cepat-cepat buka mata.
Aku nampak Hanbin. Pantas tangan aku menolak dia.
YOU ARE READING
My Sunshine | Park Jimin |
Teen FictionDia nakal. Selalu kacau aku. Aku tak suka dia. I mean. I hate him so damn much. Tapi tiap kali aku ada masalah. Dia yang aku cari. Dan tanpa sedar senyuman dia adalah sunshine yang menyinari hari gelap aku.