36- Ugutan

256 44 16
                                    

Park Jimin POV

Aku bangun pagi ni dengan bersemangat. Tak sabar nak pergi sekolah dengan Chae. Pergi pegang tangan. Balik nanti pun pegang tangan.

Dah berangan dah aku ni. Nampak tak? Sweet couple of the year. Awww.

Lepas aku siapkan diri, aku turun ke dapur. Nampak Chae dah pun berada di meja makan. Tolong mama sediakan makanan walau dalam rumah ni memang ada maid 🙆

Tapi, mama tak benarkan, makanan disiapkan oleh maid. Kata mama, dia perlu alirkan haba kasih sayang dalam makanan. Jadi hal kemas rumah, maid buat dan dia akan memasak.

Bagi aku, maid dalam rumah ni memang bertuah.

Aku berjalan ke meja makan dan duduk di sebelah Chae.

" Selamat pagi Chae. " Tanganku menyambar roti yang telah dibakar dan menyuapkan ke dalam mulut.

" Selamat pagi. " Balas Chae pula.

" Selamat pagi untuk Chae jeke? Dah tak nampak mama dan papa ni? " Perli mama dengan nada sinis.

" Jealous la tu. " aku ketawa kecil, sebelum bangun dari kerusi dan dekatkan diri pada mama.

" Selamat pagi mama. " aku mencium dahi mama seperti biasa.

" Selamat pagi papa. " aku buat gaya nak berkawad pada dia.

" Ceria benar chim harini " Tegur mama sambil menyapukan Jem strawberi pada roti bakarnyanya.

" Memang laa. Dah buah hati ada depan mata. Mahunya tak ceria. Dia tu macam saya jugak. Tak ada awak, tak cerialah hari saya." Sampuk papa.

Ujaran papa buat aku dan Chae ketawa kecil. Aku dan Chae habiskan makan sebelum keluar.

" Kamu tak nak tunggu seulgi? " Tanya papa.

" tak nak. " Aku menarik tangan chae dan bow kepada papa dan mama sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah.

Sepanjang perjalanan, aku langsung tak lepaskan tangan Chae. Bibir aku pula asyik nak senyum je memanjang. Kalau pandang muka Chae, lagi rasa nak senyum melebar. Haih, angau tahap gaban ni.

Aku hantar Chae sampai tempat duduk dia.

" Belajar leklok. " Aku usap kepala dia sebelum duduk di tempat aku.

Masa rehat pula, aku tak sekali dengan Chae. Aku duduk dengan Bangtan. Aku beri sedikit kebebasan pada Chae untuk nikmati makan dia dengan kawan dia.

Kalau selalu sangat dengan BTS, orang lain akan naik segan dengan dia. Aku nak dia jadi macam budak biasa. Ramah dengan semua orang.

Aku gembira nampak dia ketawa dengan kawan-kawan dia. Tapi ada sesuatu yang buat aku risau tentang dia.

Pasal cerita dia , tentang ugutan tu.

Aku akan ajak bangtan untuk siasat siapa punya angkara. Untuk keselamatan dia.

Sekolah berakhir dengan begitu baik bagi aku. Tapi tidak kepada eunna, kawan kepada Chae. Dia mengalami masalah. Dituduh melakukan perkara yang aku tak pasti, tapi yang pastinya, perbuatan dia telah memalukan sekolah. Mencemarkan nama sekolah.

Pelik. Sesungguhnya dia nampak baik. Diam. Nerd. Berbeza dengan Taehyung. Tu yang aku mampu describe tentang dia.

Aku tunggu Chae yang menyimpan bukunya di loker.

Katanya, nak ke rumah dia sekejap. Aku ikutkan saja. Tapi kali ni bangtan sibuk nak ikut sekali. Chae tak ada masalah. Lagi dia suka sebab boleh kerah bangtan untuk kemas rumahnya. Nakal betul.

Sampai depan rumah Chae, kami berlapan begitu terkejut.

" Omoo ! " Taehyung dah menutup mulutnya dengan kedua tangannya.

" Siapa buat ni?! " Tanya Jungkook pula terkejut.

" Oh this is shit ! " Ujar Yoongi hyung dengan emosi yang tak tahu nak diungkap. Swag. Kepalanya disengetkan masa membaca tulisan tersebut.

" arghhhhh omg omg " Jhope hyung macam biasa dengan emosi terlebih penakutnya.

" Takpe. Kalau kita jumpa dia, aku masak kepala dia macam aku masak kari kepala ikan. Huh ! " Ujar Jin hyung pula. Penumbuk digenggam.

" Aku tak nak makan hyung. " ujarku pula dibalas tunjallan oleh jin hyung di dahi.

Aku pandang tulisan tu.
Ianya bukan darah. Tapi gincu merah.

Tulisan di pintu rumah Chae.

JAUHI JIMIN ATAU KAU MATI. JAUHI BANGTAN JUGA!

Chae terkaku. Dia pandang aku dengan mata berair.

Namjoon hyung menepuk bahu Chae perlahan.

" No worries. Kita akan cari tahu siapa angkara ni. " Ujar Namjoon hyung pada Chae dan menerima anggukan dari pada yang lain. Lol, see? Leader yang cool.

" Jom kita kemas rumahh Chaee ni!! " Ujar Jhope hyung dengan gembiranya. Cuba membuatkan suasana yang tegang tadi jadi lebih ceria.

Chae senyum dan mula membuka pintu rumahnya. Aktiviti mengemas dilakukan. Tapi tak berat pun sebab rumah dah memang kemas, cuma perlu menyapu lantai , mop lantai dan mengelap habuk tingkap.

Semasa mengemas baru chae perasan yang biliknya seperti dipecah masuk. Macam tokanh pecah bila lacinya, cadarnya diserakkan. Semua barang dimejakan dibuang ke lantai.

Aku pelik. Siapa dia. Macam mana dia tahu tu bilik Chae. Tulisan seperti di luar pintu memenuhi bilik Chae. Kesian dia. Makin bahaya bila musuh dah tahu tempat tinggal chae. Macam-macam boleh terjadi.

Nasib baik semalam aku dah bawa Chae pulang ke rumah aku. Kalau tak? Cuba bayangkan apa yang akan terjadi pada Chae.

Chae menangis sebab terlalu terkejut. Mulutnya ditekup. Tahan daripada tangisan berbunyi.

" Uljima chagiyaa. We will find out who was responsible to this. Soon. I promise you " aku memeluk bahu Chae.
Chae mengangguk. Aku bantu Chae mengelap semua kata-kata yang diconteng. Tingkap pula, aku akan gantikan yang baru.

' Chim akan buat semuanya untuk Chae. Kita akan tangkap siapa pelakunya.  ' Desis hati aku sambil memerhati Chae yang cuba memadam contengan di cermin bilik airnya.







Selamat malam💕

Votment?

My Sunshine | Park Jimin |Where stories live. Discover now