SPECIAL CHAPTER

302 41 29
                                    

Park Jimin POV

Mulai hari ini, aku ambil cuti sebulan untuk menjaga Chae yang sarat mengandung dirumah. Perut dia besar. Aku tengok pempuan lain mengandung jugak, tapi tak adalah sebesar dia. Tebal betul kulit perut dia.

Kami langsung tak scan untuk tahu jantina anak kami. Sebab Chae yang melarang. Dia kata, perempuan ke lelaki ke sama je. Semua tu anugerah. Semua tu rezeki. Tak payah tahu pun tak apa. Asalkan, dia lahir nanti, sihat dan sempurna.

Aku lepas dengar penjelasan Chae, jadi tak jadi nak minta dia scan.

Aku masuk ke bilik selepas siap meyediakan sarapan untuk Chae. Breakfast in bed. Takpa, bukan selalu. Time aku cuti nilah boleh bermanja.

Dulang ditangan diletakkan di atas laci sebelah katil. Dan aku naik ke katil untuk mengejutkan Chae.

" Chae, bangun sayang~ " Aku kejutkannya yang masih lena di atas katil. Perutnya yang berusia 8 bulan 3hari aku usap perlahan. Mata pula tak lepas memandamg muka Chae. Alis matanya yang lentik, hidungnya yang tak mancung, bibirnya yang merekah merah. Cukup sempurna pada mata aku.

Aku menarik nafas.

" Chagiyaa~ " Bisikku di telinganya. Dan dia mula merengek manja.

" Awal lagi. " ucapnya perlahan sambik tangan meraba selimut.

" Mana ada awal sayang. Dah dekat pukul 9pagi ni. Dah bangun, breakfast dulu. Kesian baby tu lapar. " Ujarku.

" Yelaa. " Chae bangun perlahan. Matanya ditenyeh perlahan.

Alahai comelnya.

" Ni , Chim ada siapkan breakfast untuk kita. Pie dan segelas susu. " Tangan aku lantas mencapai dulang disebelah dan letakkanya di atas katil. Selimut aku tolak tepi untuk bagi ruang pada dulang.

" mashitaaa~ . " Ucap Chae. Matanya yang tadi mengantuk terus jadi bulat saat tengok makanan. Satu sifat yang buat dia makin comel pada mata aku. Dalam beberapa saat je boleh jadi segar.

Tangan dia laju mengambil pie diatas pinggan. Aku memerhati dia yang makan dengan berselera.

" Dua jeke? " Tanyanya.

Aku mengangguk.

Dia mula menjuihkan bibirnya. Mukanya pula lain. Macam orang nak menangis.

" Mana cukup. " Ujarnya lagi.

Aku membesarkan mataku.

" Mwoya? Tak cukup? "

Chae mengangguk.

" Takpe, chae makan chim punya ya. Chim ada satu. " Aku mengambil aku punya dan letakkanya di dalam pinggan Chae.

Chae terseyum gembira. Dia makan dengan berselera. Aku pula hanya memerhati.

Kriukkkkk~

Ah-

Perutku berbunyi. Chae memandang aku.

Dia berhenti mengunyah.

Dia memandang pie yang tinggal suku dalam pinggan.

Dia capai dan

" Ngangaa~ " Suruhnya.

" Ha? " Dan pie tersebut terus di sumbat kedalam mulutku.

" Makan. " chae senyum dengan mulutnya yang masih dipenuhi dengan pie. Aku senyum dan mengunyah. Perlahan kepalanya aku usap.

Ah~ hari yang indah.

...

"

My Sunshine | Park Jimin |Where stories live. Discover now