Park Jimin POV
" Doc, macam mana keadaan sepupu saya? " Tanya Chae sebaik sahaja doktor bertugas keluar dari bilik pembedahan.
" Syukur. Dia dah stabil. "
Aku menarik nafas lega. Aku dan Chae kw bilik doktor untuk mengetahui keadaannya dengan lebih lanjut.
Walaupun dia dalam keadaan stabil. Tapi retak dikepalanya agak ketara. Sekarang hanya perlu tunggu Mingyu sedar dalam masa 24 Jam. Jika dia masih tak sedar, pihak hospital terpaksa melakukan pembedahan lagi sekali.
Aku berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
Syukur bila hampir satu hari aku di sini, akhirnya Minggyu sedar. Hanya aku dan Chae yang menunggu Mingyu. Aku bimbangkan keselamatan Chae.
Manakala bangtan pulang ke rumah semalam mengenangkan hari ini hari sekolah.
Aku pula dah terpaksa skip sekolah.
Setelah beberapa jam Mingyu sedar, aku mulakan sesi pertanyaan.
" Kau kemana? Macam mana semua ni boleh berlaku? " Tanya aku tak sabar.
" aku nak ke kedai. Beli ramen semalam. " Mingyu berhenti seketika sebelum menyambung.
"aku tak berapa ingat. Yang aku ingat, aku kena langgar. Kereta tu warna silver. Aku dah mengelak, tapi dia tetap datang ke arah aku. Kejadian tu berlaku dalam sekelip mata. " Mingyu menceritakan keadaannya malam itu. Sesekali dia pegang kepala dia.
" Sengal. " Ujarnya dengan memek muka yang ketara kecomelannya. Dia mencebik.
Nak tergelak pun ada bila tiba-tiba dia buat macam tu. Aku bukan main lagi serious bila bercakap.
" Chae, laparlah. " Ujar mingyu.
Aku hanya jadi pemerhati pada mereka berdua. Chae begitu baik melayan mingyu. Lemah dan lembut. Timbul juga rasa cemburu di hati. Tapi masih boleh mengawalnya.
Chae menyuapkan mingyu makan bila dah sah sah tangan mingyu tak lagi boleh digunakan. Patah. Woo ambil masa berbulan nak baik. Kasihan dia.
Tapi datang idea nak menganggu.
" Nak juga. " Aku menempel di sebelah Chae sambil mengangakan mulut.
Aku menjuihkan bibirku bila tak dilayan.
" Chae. " panggilku.
Tiba-tiba dia tersenyum
" Lapar? " Tanya Chae.Aku mengangguk sambil bibir masih dijuihkan.
" Ni.. " Chae mengangkat mangkuk bubur kepunyaan mingyu.
" Makanan orang sakit. Tak sedap. Nanti lepas Chae siap suap anak pak cik kim ni, kita balik, chae masak ara? " ucap Chae manja.
Cair hati gue.
Aku senyum.
" Ara. "
Setelah semuanya selesai. Aku minta diri untuk pulang ke rumah. Sempat aku menelefon beberapa kawan mingyu untuk tolong tengokkannya.
Dalam keadaan mingyu yang lemah, dia tak boleh ditinggalkan seorang diri. Mahu jadinya keadaan macam dalam drama melayu, naya.
Sebelum aku balik, seventeen dah pun sampai. Melebar senyuman mingyu bila kawan-kawan baiknya datang menjenguknya.
Aku dan Chae balik dengan segera untuk membersihkan diri dan makan.
Di rumah, aku menceritakan semua yang terjadi pada mama dan papa. Papa meminta aku untuk lebih berhati hati.
Dia juga akan mengupah beberapa penyiasat persendirian untuk menyisata tentang perkara yang sedang berlaku. Aku berasa sedikit lega bila papa sudi menghulurkan bantuan.
***
Hari ni hari minggu, aku dan Chae berhasrat untuk melawat mingyu dirumahnya.
Dah 3 hari mingyu pulang kerumahnya, tapi chae dan bangtan masih belum sempat melawatnya.Jadi, aku masuk ke dapur dan memandang chae yang dah mula menyusun bahan di meja untuk menyediakan kek.
Comelnya dia bila rambutnya diikat menjadi messy bun. Aku suka.
Aku juga menolongnya sedikit sebanyak. Tapi asyik kena marah je bila benda yang aku buat tu salah. Salah kan? Memang lah kena marah. Akhirnya aku hanya tolong memerhatikannya.
" Chae nak buat berapa kek ni? " Tanya aku pada Chae yang dah pun mula mengepuk telur.
" 3. " Jawabnya ringkas.
" banyaknya. Untuk siapa? " tanya aku lagi sambil bangun dari kerusi dan mendekati Chae.
Aku berdiri di belakangnya. Tangannya yang tengah mengepuk telur aku pegang.
" Satu untuk mingyu. Satu untuk bangtan. Satu untuk kita, bukan kita untuk family awak." Balasnya.
" Chim buat ni. Chae nak pergi ayakkan tepung dengan serbuk coklat. " Chae menolak aku sedikit dan keluar dari pelukan aku.
'Hm baru nak peluk lama sikit'
" Kepuk sampai kembang tau. " Arah Chae sambil tangannya lincah membuat kerjanya.
Setelah selesai aku punya, aku melihat chae yang telah mencampurkan semua bahan menjadi satu adunan sebelum dituang ke dalam bekas untuk dibakar.
Aku menunggu kek dibakar dalam 30 minit dan akhirnya aku membuka oven.
Lahai aromanya buat aku rasa macam nak makan sekarang. Tapi tulah, panas.
Topping yang dah chae sediakan masa kek dibakar, dituang ke atas kek.
Allahu sedapnya😂
Aku dah menelan air liur tengok kek tu. Tanpa pengetahuan chae, aku kaut sedikit kek dengan sudu dan mula nak berlalu keluar dari dapur.
Hehe.
" Park Jimin. " Namaku diseru pontianak. Seram betul bunyinya .
" Ni siapa punya kerja? " Sebelum aku menoleh, kek yang ada di atas audu aku masukkan semuanya ke dalam mulut dan menelannya. Gila ah panasss terbakar lidah akuuu.
Aku senyum bila jari telunjuk Chae menunjukkan arah kek yang aku usik tadi.
" Tak tahuu. " Ujar aku dengan riak muka yang sedikit takut.
" Sedap tak ? " Tanya Chae bersama senyuman manisnya.
Tak expected langsung dia nak tanya macam ni aku ingatkan dia nak mengamuk.
Aku sengih sebelum menjawab.
" Sedap. "
Aku nampak Chae dah senyum gembira sebelum menyimpan kek tu ke dalam dua bekas untuk diberikan pada mingyu dan bangtan.
Aku punya disimpan di dalam peti.
Aku menolong Chae mengemas dapur. Aku nampak dia gembira dengan apa yang dia lakukan. Aku pun turut gembira bila dia bahagia.
Cuma aku masih bimbang keselamatannya walaupun dah lama kami tidak menerima sebarang ugutan.
Selamat membaca. ❤💕
Vote and comment?
YOU ARE READING
My Sunshine | Park Jimin |
Teen FictionDia nakal. Selalu kacau aku. Aku tak suka dia. I mean. I hate him so damn much. Tapi tiap kali aku ada masalah. Dia yang aku cari. Dan tanpa sedar senyuman dia adalah sunshine yang menyinari hari gelap aku.