13- Usik

329 54 5
                                    

Park Jimin POV

Pagi last untuk kem ni. Aku bangun, buka zip khemah dan hirup udara segar. Lepasni mesti rindu saat- saat bermakna aku dengan Chae. Aku pandang khemah yang dihuni Chae , Minjae dan Eunna. Dah terbuka. Tak ada orang.

Pergi bersihkan diri mungkin.

Aku juga bangun dan membersihkan diri. Setelah siap. Aku nampak Jin hyung sedang bertungkus lumus siapkan sarapan untuk kami.

Aku merajinkan diri untuk membantu apa yang mampu.

***

Lepas semua kenyang malantak. Kami diberikan kebebasan sampai pukul 11 pagi. Ada yang bersiar-siar di taman berdekatan, ke sungai. Tak lupa kami juga mengambil gambar.

Masa ni juga ada yang dah siap-siap berkemas. Kira-kira pukul 3 kami akan bertolak balik ke sekolah. Sungguh akan aku rindui saat manis aku dengan Chae.

" Chae! " panggilku setelah nampak Chae yang duduk di atas satu batu di tepi sungai.

" sorang je? " sapaku.

" eh tak. Berlima ni. Tak nampak ke? " balas Chae sombong.

" orang nak beramah mesra je. " kataku.
" tak mesra pun takpe. " Balas Chae pandang ke arah lain.

Aku keluarkan phone.

Aku tunduk lihat Chae yang duduk.

Aku buka camera. Ingat nak ambil gambar dia. Tapi tak syok ah tak nampak muka.

" Chae . " panggilku.

Tapi dia endahkan.

" Chae! " panggilku lagi.

" apa?! "

Click! Gambarnya yang sedang marah aku ambil.

" Park Jimin ! " Aku cepat-cepat lari dari Chae. Kalau tak lari mahu kena pelengkung dengan dia. HAHAHA.

Sampai dekat khemah. Aku nampak Chae mengah kejar aku.

Ha tu lah. Orang malas bersenam. Berlari sikit dah mengah. Tengok aku ni. Gagah perkasa.

" Park Jimin! Bagi fon tu! " Minta Chae.

Aku mencebikkan bibir.

" tak nak. " aku kelip kelip mata pada dia.

Muka dia dah macam incredible hulk. Tapi versi comel.

" Delete lah gambar tadi! Buruk! " marah Chae lagi.

" tak kesah lah buruk ke lawa ke, asalkan dapat buat peneman masa nak tidur. " aku menoleh dan berjalan menjauhi Chae.

Chae tarik bahu aku. Fon, aku sumbat dalam poket seluar aku.

" Bak la sini fon tu. " Chae mengecilkan matanya.

" nak ? Meh ambik sendiri dalam poket ni. " Aku ketawa.

Aku berani kerat jari kalau dia berani sentuh peha aku. HAHAHA. Innocent Chae dimain mainkan oleh Park Jimin si Playboy.

" Gatal sangat dah ke nak kena raba?! " jerit Chae pada aku.

Sumpah aku terkejut. Orang yang berdekatan melihat kami.

Aku telan air liur.

" Gambar je pun. " aku berkata perlahan.

" ppalli Jimin. " Amaran Chae.

" no way. Nak , ambil sendiri. " aku berjalan tinggalkan Chae.

Aku dah cakap dia tak berani sentuh aku. Aku tengok Chae dari ekor mata. Dia mengeluh. Mukanya merah menahan marah.

HAHAHA. padan muka.

Sedang berjalan. Aku keluarkan semula Fon aku. Tatap gambar Chae tadi.

' Cantiknya macam bidadari. ' bisik hati aku. Aku set sebagai wallpaper fon aku dan masukkan semula dalam poket.

***

Jam sebelas, kami berkumpul dan Jhope hyung mengumumkan pemenang pertandingan menyanyi kelmarin. BTS mendapat tempat kedua. Syukur dah.

Johan adalah EXO. Memang dorang layak. Dorang juga punya fans yang ramai. Tempat ketiga pula disandang Seventeen. Bagi aku, keputusan ni betul- betul adil walau ada pihak yang tak berpuas hati. Pertandingan macam ni je pun. Tak perlu kecoh - kecoh.

***

Naik dalam bas, Chae cuba mengelak dari duduk dengan aku. Tapi tak terdaya bila Taehyung dah tarik eunna awal - awal. Jhope pula dan duduk dengan Minjae. Jungkook pula dah ambil tempat disebelah Yoongi hyung. Dan jin hyung pastinya dengan pasangannya Namjoon hyung.

Chae mendengus saat tengok muka aku. Aku daratkan punggung aku di seat sebelah Chae.

" Senyumlah sikit Chae. " Ujarku.

Chae diam pandang luar tingkap.

" Chae, terimalah hakikat yang kita memang berjodoh. " Kataku lagi.

" shut your fucking mouth up! " Chae mendengus marah.

Aku menjuihkan bibirku.

" kasarnya . macam yoongi hyung. " Ucapku.

Chae diam. Dia jeling aku.

Aku dekatkan bibir aku pada dia.

" Beribu kali awak tolak saya. Beribu kali saya akan cuba mendekati awak. Bencilah saya sekarang, tapi jangan menyesal kalau suatu hari nanti awak rindukan saya, rindukan setiap usikan saya. " Aku bisik.

Chae yang tadi kononnya tidur. Membuka kelopak matanya.

" awak nak ke mana? " tanya Chae.

Aku diam. Pejamkan mata.

"Jimin! Jawablah. " Chae mengongcangkan lenganku. Aku pejam mata.

Biarkan soalannya sepi tanpa jawapan.






Double update today. Hope enjoy.
Thanks reader. Thanks yang tangannya rajin meng 'vote'
Ily 💕

Nantikan part seterusnya.

My Sunshine | Park Jimin |Where stories live. Discover now