Park Jimin POV
Aku melangkah masuk ke sekolah. Aku nampak semua ahli Bts dan tunggu aku dekat satu kerusi. Hai, takkan hari pertama dah nak buat mesyuarat kut. Aku berjalan ke arah mereka.
"Woi. " Sapaku menepuk bahu Taehyung. Dia angkat tangan. Buat high five.
Aku duduk dalam kumpulan dan berbual tentang kelas yang kami akan duduki. Lepas tu kami bangun untuk ke kelas masing-masing tapi aku nampak satu figura ni.
"Cantik.." Desis hati aku.
Tapi aku tak pernah nampak pun budak tu tahun lepas. Budak baru mungkin. Tak pun aku tak perasan kewujudan dia sebab sekolah ni besar kot.
Then tiba-tiba otak mereng aku memang jadi mereng. Aku rasa macam nak pergi kacau budak ni. Aku apa lagi, terus berjalan dekati budak perempuan tu.
"Hai awak. " Tegurku.
Dia berjalan. Tak layan aku. Pandang pun tak nak. Tak cukup handsome lagikah rupaku ini? T.T
Aku sekat laluan dia.
"Tepi sikit. " Ujarnya.
"Tak nak. " Aku senyum manis pada dia.
"Nak lalu lah! Tepi ah sikit! Dah lambat ni." Marah dia. Tegang semacam muka."Alolo garangnya. " Aku buat muka comel siap kelip-kelip mata.
Dia merengus. Dia cuba tolak badan aku. Tapi apalah daya seorang yeoja. Aku terus gagahkan diri.
"Get off! " Jerit gadis manis ini. Aku pandang dia. Alis mata dia lentik. Kening dia lawa. Bibir dia pink gitu. Hidung biasa-biasa je. Dan pipi dia gebu. Menariknyaaaaa .
Aku senyum lagi. Makin garang, makin galak aku usik dia.
"Nak nombor phone." Pintaku.
"Tak ada." balasnya.
"Fine. Tak boleh pergi selagi awak tak bagi no fon awak dekat saya. " ujarku. Sempat aku kenyit mata pada dia.
Dia tarik pen dan tarik tangan aku. Dia tulis nombor fon dia dekat tangan aku. Aku senyum.
'Halah senang sangat.' desisku dalam hati dan mencebik.
"Terima kasih sayang. You may go." Aku alihkan badan aku sedikit dan bagi dia laluan.
Aku dah bagi laluan. Tapi sayangnya dia tetap rempuh kuat bahu aku. Nasib aku kuat. Kalau tak dah melayang dah badan aku.
Aku pandang tangan aku. Sekuntum senyuman mekar dibibir.
'Hari pertama dah dapat awek. ' Bisikku dalam hati dan mengatur langkah ke kelas.
Aku agak lewat masuk kelas. Tapi siapa peduli. Daddy aku agak berpengaruh dan yeah cikgu tak berani nak tegur perangai aku walau aku buat perangai buruk. Buli ke , tak siap kerja rumah ke , ponteng ke , pau duit orang ke.
Eh! Aku tak pau duit orang. Well, aku datang dari family yang berada. Maka aku tegaskan.
Pangkat dan duit is everything.
Aku masuk kelas dan halau sorang budak yang duduk sebelah Taehyung . Dia tunduk dan terus bagi aku tempat duduk dia.
"Kau pergi mana?" Soal Taehyung pada aku.
"Cari awek jap tadi. " Aku buka buku.
"Awek hotak kau harini first day sekolah." Balas Taehyung walaupun matanya masih tumpu pada papan hitam di depan.
"Diam ah kau. " Aku menyalin semua nota yang Puan. Han tulis dekat papan hitam.
Taehyung pandang aku pelik.
"Sejak bila rajin bro? " Soal Taehyung
"Sejak dapat awek baru. " Aku senyum tanpa pandang Taehyung.
"Erk. " Taehyung mencebik dan teruskan menyalin.
Sempat aku salin semula nombor budak tu pada kertas. Takut tertanggal. 😂 Tak pasal melepas.
Berharap anda sukakannya ahaha. Kalau tak dpt smbutan pun tetap nak published ahahahahahaha.
YOU ARE READING
My Sunshine | Park Jimin |
Novela JuvenilDia nakal. Selalu kacau aku. Aku tak suka dia. I mean. I hate him so damn much. Tapi tiap kali aku ada masalah. Dia yang aku cari. Dan tanpa sedar senyuman dia adalah sunshine yang menyinari hari gelap aku.