Azan subuh mula berkumandang setelah Nilam selesai menunaikan solat tahajud.Setelah menunaikan solat subuh,Nilam bersiap siaga untuk ke pejabat.Hari ini merupakan hari pertama,dia mulakan kerjayanya sebagai personal assistant CEO syarikat H.I Holdings.
Setelah sampai di hadapan bangunan yang tersergam indah.Hati Nilam mula merasa debar.Pelbagai andaian bermain di benak fikiran Nilam.
"Relax Nilam.Boskau tu manusia juga bukannya beruang.Dia tak makan kau pun."Kata Nilam untuk menenangkan hatinya yang sedang bergelora.
Setelah memasuki bangunan itu,tanpa disedari Nilam telah melanggar seorang lelaki.
"Haish..kenapalah bodoh sangat???Jalan tengok jantan mana la." Berdesing telinga Nilam mendengar kata kata lelaki itu.
'Biadap punya mamat.Aku tak sengaja kut.'
"Sorry,saya tak sengaja." Nilam tetap memohon maaf walaupun hatinya sedang membara dengan kata kata lelaki itu.
"Kenapalah perempuan ni bodoh sangat?Bila buat salah je minta maaf.Menyampah aku." Kali kedua telinga Nilam berdesing mendengar kata puaka yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Saya nak 10 ribu."Kata Nilam lalu menghulurkan tangannya ke arah lelaki itu.
"Kenapa pula kau minta 10 ribu kat aku?Bukannya kau cedera pun."Kata lelaki itu.
'Harap muka je hensem tapi otak lembap.Tadi dia yang kata menyampah bila perempuan minta maaf.Bila minta duit pula dia buat tak faham."Nilam mengutuk lelaki itu.
"Tadi bukan ke awak kata yang awak menyampah bila perempuan minta maaf.And now i want your money."Kata Nilam melepaskan geramnya.
"In your dream,sweetheart."Kata lelaki itu sebelum melangkah pergi dari situ.
"In your dream,sweetheart."Nilam mengajuk kata kata Hairul dengan muka menyampah yang teramat sangat.
"Siapalah yang teringin nak jadi sweetheart dia! Perangai macam beruk.Tak dak adab.Kurang ajar.Mulut puaka."Nilam memaki hamun lelaki itu setelah lelaki itu memasuki lift.Banyak mata yang melihatnya memaki hamun,namun dia tidak peduli.
____________________________Nilam pulang ke rumah sewanya pada pukul 10 malam.Ini semua angkara bosnya a.k.a Mr. Beruk yang dia jumpa pagi tdi.Teruk dia dianiyai oleh Hairul.Tak sempat punggungnya panas,dia dikerah membuat kerja yang bukan sepatutnya.
Hendak menolak takut dipecat.Inilah nasib kerja makan gaji.
"Kau ni PA aku?"Tanya Hairul.
Nilam cuma menjawab soalan Hairul dengan anggukan.Hilang moodnya untuk bekerja.Kalau tak fikirankan tentang masa depannya,memang dia akan angkat kaki bila dapat tahu yang Mr. Beruk adalah bosnya.
"Kau dah bisu ke lepas langgar aku,hah?Kau kenalkan diri kau sekarang" Tengking Hairul apabila Nilam tidak mengeluarkan suaranya.
Nilam terkejut apabila mendengar jerkahan Hairul.Air matanya mula berlinang.Seumur hidupnya tiada seorang pun yang menengkingnya.
"Tak..tak..tak saya tak bisu.Saya Nur Nilam Qaisara Binti Muhd Qayyum."Jawab Qaisara tergagap gagap.
Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Dia tidak mahu nampak lemah di depan lelaki egois ni.
"Kau tunggu apa lagi?Pergilah buat kopi kat aku sekarang!"Kata Hairul dengan kerasnya.
Nilam keluar dengan linangan air mata.Semua pekerja lain saling berbisik antara satu sama lain.Sebelum Nilam menghantar kopi dia membasuh mukanya supaya Hairul tidak dapat mengesan bahawa dia menangis.
Nilam menghidangkan kopi di atas meja Hairul.Dia keluar setelah diarah oleh Hairul untuk mencari fail projek di bilik stor.
'Padan muka kau.Kurang ajar dengan aku kan?' Hairul ketawa selepas Nilam keluar dari pejabatnya.
Nilam berasa sakit hati apabila mengenangkan perkara itu.Setelah puas menyelongkar fail yang berhabuk,Hairul datang di depan pintu stor dan ketawa berdekah dekah.Rupa rupanya Hairul sengaja mengenakan dia.Fail projek yang Hairul minta tidak pernah wujud.
Nilam mengosongkan fikirannya lalu melelapkan mata.Dia mahu berehat.Dia sendiri tidak tahu apa yang bosnya akan lakukan kepadanya esok.____________________________
Hairul berasa sangat gembira kerana dapat mengenakan minah selekeh itu.Hairul berfikir apa yang dia akan arahkan minah selekeh tu buat.Bukan apa dia sakit hati apabila perempuan itu memaki hamunnya.Walaupun dia melangkah pergi tapi telinganya dapat maki hamun yang dilempar oleh Nilam.
"Eh kau dah kenapa?" Sapaan daripada Azizi mengejutkan Hairul dari lamunannya.
"Ish kau ni.Nak tercabut jantung aku tau.Nak aku mati cepat ke?"Marah Hairul.
"Eleh nak gurau pun tak boleh.Dia yang berangan sampai kita duk depan mata dia pun tak perasan." Kata Azizi.
"Weyh..tolong jangan buat ayat macam tu boleh tak?Geli geleman aku dengar."Kata Hairul.
"Hahaha..gurau ja."Kata Azizi."Macam mana ngan PA baru kau tu?Cun tak?Sexy tak?"Tanya Azizi.
"Tak cun.Tak sexy.Selekeh adalah.Lembap."Kata Hairul.
Azizi ketawa berdekah dekah mendengar rungutan Hairul.Azizi sudah pasti yang calon PA Hairul yang dipilih oleh Puan Sri Khatijah semestinya yang menutup aurat.
"Woi,tak payah la gelak.Aku sakit hati ni."Bengang Hairul apabila Azizi berterusan gelakan dia.Semua mata di kedai mamak itu memandang ke meja mereka.Jahatkan Hairul..teruskan membaca untuk mengetahui kejahatan
Hairul.#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...