BAB 12

666 18 0
                                    

   Apabila Hairul mengetahui keberadaan Nilam.Dia telah rancang pelbagai kejutan untuk meraih semula cinta Nilam.Semua kejutan yang dia rancang adalah semua impian Nilam yang dia ingin penuhi.Dia ingin menjadikan Nilam sebagai wanita yang paling bahagia.
   "Saya akan pastikan awak bahagia lepas ini.Saya akan layan awak macam mana yang awak sepatutnya dapat.Saya akan jadikan awak wanita terbahagia di dunia ini.Saya akan ciptakan syurga kita berdua.Saya rindukan awak,Nilam." Kata Hairul sendirian.                            Selama ketiadaan Nilam,dia hanya bercakap dengan gambar Nilam.Dia juga tidak melayani ibu bapanya yang datang untuk melihat keadaannya.Hati Puan Sri Khatijah diragut rasa serba salah kerana dia yang cuba meruntuhkan masjid yang dibina oleh anaknya sendiri.
  "Hairul akan pergi ke Terengganu."Hairul memberitahu orang tuanya atas kepergiaannya.
   "Hairul nak buat apa disana?"Tanya Puan Sri Khatijah hairan.
   "Hairul nak pujuk hati isteri Hairul balik.Hairul tak sanggup kehilangannya."Balas
Hairul.
    "Pergilah Hairul.Pasal syarikat jangan risau.Papa akan uruskan sementara."Tan Sri Zahid menyokong Hairul.Dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang tidak ceria seperti selalu.
   Hairul bertolak ke Terengganu setelah segala persiapan kejutan untuk Nilam telah siap.Apabila dia disana,dia cuba untuk tidak menunjukkan dirinya di hadapan Nilam.Biarlah Nilam tenang dahulu.
   Selama seminggu,dia hanya memerhatikan Nilam dari jauh sahaja.Dia masih tidak berani untuk berdepan dengan Nilam.Dia telah menjalankan misinya secara senyap senyap.
   "Adik,abang nak minta tolong sikit boleh tak?" Tanya Hairul kepada salah pekerja chalet itu,Amin.
   "In shaa allah.Apa yang boleh saya bantu?"Balas Amin.
   "Adik kenal tak dengan Puan Nilam?"Tanya Hairul.
   "Kenal.Yang badan dia comel comel tu kan?" Tanya Amin pula untuk mendapatkan kepastian.
  "Betullah tu.Tolong beri bunga ini dekat dia.Tapi kalau dia tanya siapa yang beri.Jawab tak kenal tau."Kata Hairul.
   "Boleh tu memang boleh.Tapi abang ni siapa dengan Puan Nilam?"Tanya Amin.Dia teragak agak untuk mengambil bunga yang dihulurkan oleh Hairul.
   "Abang ni suami dia.Tolong abang tau."Jawab Hairul.
   "Baiklah."Balas Amin.
  Ketika Amin ingin menyerahkan bunga kepada Nilam,Hairul bersembunyi disebalik rimbunan pokok yang renek.Apabila dia melihat Nilam tersenyum menerima bunga,dia berasa gembira.Sungguh dia merindui senyuman manis milik Nilam.Selama dia berkahwin dengan Nilam,senyuman manis itu tidak menghiasi wajah Nilam.Itu yang membuat dia berasa serba salah.
   'Maafkan saya awak.Sebab hilangkan senyuman di wajah awak.'Ujar hati kecil Hairul.
  Masih ada satu lagi impian Nilam yang belum dia penuhi.Dia sedang mengumpul kekuatan untuk memenuhi impian Nilam yang terakhir.Ini kerana pada waktu itu dia harus muncul dihadapan Nilam.
  
____________________________
 

  Sudah beberapa hari Nilam tidak menerima bunga atau coklat seperti yang dia terima sebelumnya.Walaupun sedikit kecewa,dia tetap menghargai apa yang dia telah terima.
     Nilam mengambil angin di pantai.Selama dia berada disini,pantai adalah tempat wajib dia akan datang setiap hari.Dia merasa tenang apabila dia datang ke pantai.
   Ketika berada di pantai,dia terdengar petikan getar.Susuk badan yang memetik gitar itu seperti dia mengenali.Namun dia gagal mengingatinya.
   Hairul yang dapat merasakan Nilam berada dibelakangnya,bergegas meninggalkan pantai.Dia tidak mahu merosakkan rancangannya yang terakhir.
   "Amin..sini kejap."Laung Nilam apabila mendapati Amin sedang meronda.
   "Ada apa kak Nilam?" Tanya Amin sebaik sahaja tiba dihadapan Nilam.
   "Amin kenal tak lelaki tu?"Tanya Nilam sambil menunjukkan lelaki yang dimaksudkan.
   "Tak kenal pun.Tapi dia menginap disini juga." Jawab Amin.
   "Ouh..tak palah.Terima kasih,Amin."Kata Nilam.
   "Sama-sama kak Nilam.Amin pergi dulu."Balas Amin lalu melangkah pergi.Dia risau Nilam mulai mengesyaknya bersubahat dengan Hairul.
  Nilam duduk di bangku yang disediakan.Dia mengeluarkan gambar Hairul.Sungguh dia merindui lelaki itu.
  "Napa awak tak cari saya,Hairul?Awak tak rindukan saya ke?"Air mata Nilam gugur apabila dia bertanya soalan itu.
   'Saya datang cari awak,Nilam.Saya pun rindukan awak.Saya harap awak bersabar ye.Saya akan muncul depan awak bila waktu sesuai.'Hairul hanya mampu menjawab soalan Nilam di dalam hati.Dia tidak jadi pulang ke biliknya kerana dia tertinggal barang.Namun langkahnya terhenti apabila mendengar Nilam berkata kata.Sayu hatinya mendengar soalan Nilam.
  Dia akan memenuhi permintaan Nilam pada malam itu juga.Dia sudah tidak sanggup melihat Nilam bersedih.Ingin sahaja dia pergi ke Nilam dan mengelap air mata yang membasahi wajah Nilam.Namun apakan daya,dia tak mampu untuk melakukannya.


Vote and comment..

#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now