Suasana sayu menemani Hairul yang berseorang di tanah perkuburan. Walaupun sudah seminggu Puan Sri Khatijah sudah kembali ke rahmatullah, Hairul tidak pernah lupa untuk menziarahi kubur ibunya setiap hari. Dia masih terkilan dengan apa yang berlaku.
"Mummy, sihat harini? Rul rindu mummy sangat-sangat." Ucap Hairul sesudah membaca yaasiin.
"Rul tak kuat nak hadapi semua ni. Rul nak mummy ada kat sini. Kalau Rul tak buat perangai mesti mummy akan ada kat sini lagi. Maafkan Rul, mummy." Kata Hairul lagi. Hairul mengesat air mata yang tak pernah kering setiap kali dia menziarahi kubur ibunya.
"Adik." Panggilan itu mengalihkan pandangan Hairul ke arah pemilik suara itu. Hairul terus memeluk tubuh abangnya.
"Rul tak kuat abang. Rul rindukan mummy. Daddy pun masih bersedih. Kenapa along balik lambat sangat?" Kata Hairul sambil menangis di bahu Hazwan.
"Along minta maaf. Ini tiket flight yang paling awal ada. Rul kena kuat. Daddy perlukan semangat kita." Pujuk Hazwan sambil menepuk perlahan bahu adiknya itu.
Sementara Hairul menemani abangnya menziarahi kubur ibu mereka, fikirannya melayang teringat isterinya. Sejak Puan Sri Khatijah tiada, hubungan mereka menjadi keruh semula. Bukan niatnya untuk melayan Nilam seperti itu. Tapi hatinya menyalahkan Nilam atas kematian Puan Sri Khatijah kerana Puan Sri Khatijah menghembuskan nafas terakhirnya saat di bawah jagaan Nilam.
"Puaslah hati kau sekarang, kan? Dulu kau bunuh anak aku, sekarang mummy pula. KAU MEMANG PEMBAWA MALANG!" Tengking Hairul saat mendapat berita yang mummynya sudah tiada.
"Hairul, istighfar banyak-banyak. Ingat Allah. Ini bukan salah Nilam tapi sudah ajal mummy." Pujuk Tan Sri Zahid.
"Maafkan Nilam, sebab tak pandai jaga mummy." Kata Nilam lalu melangkah pergi meninggal Hairul dan bapa mertuanya.
"Adik ooo adik." Suara Hazwan menyentak lamunan Hairul.
"Berangan apa sampai abang panggil banyak kali tak dengar?" Tanya Hazwan.
"Mana ada berangan. Letih sikit." Jawab Hairul.
Dari riak wajah adiknya, Hazwan tahu rumahtangga adiknya sedang bergolak. Tetapi dia tak dak hak untuk mencampuri urusan rumahtangga adiknya.
"Dah jom balik. Rul dah tak sabar nak peluk Hana."
"Asyik peluk anak orang ja. Anak sendiri bila pula?" Duga Hazwan untuk melihat reaksi adiknya.
Hairul hanya tersenyum dan melangkah pergi. Hazwan tahu adiknya menyalahi Nilam atas kematian Puan Sri Khatijah.
"Rul, sampai bila nak salahkan Nilam? Tak kesian ke kat dia?" Tanya Hazwan lagi, tidak berpuas hati apabila Hairul mengabaikan soalannya.
"Along stop it. Rul tak nak cakap pasal ni lagi!" Balas Hairul.
Sesampai di rumah, laju sahaja kaki Hairul menghala ke arah Raihana yang sedang enak diulit mimpi. Belum sempat dia mengusik pipi montel itu, wajah kak longnya menyinga di sebalik dinding.
"Pergi mandi dulu sebelum sentuh Hana. Awak tu dari kubur. Tak elok." Kata Zinnirah.
"Okeylah. Nak cuit sikit pun tak boleh." Balas Hairul dengan suara merajuk.
"Bukan tak boleh. Tapi mandi la dulu. Lepas mandi, kita makan." Kata Zinnirah lagi.
"Okey kakak ipar tersayang." Kata Hairul lalu bangun dan melangkah pergi dari ruang tamu.
______________________________________
"Bagus kan kau ni? Kak long yang sarat tu juga kena masak, kau boleh pula bersenang-lenang kat bilik. Tapi bila fikir balik, bagus juga kau tak masak. Kalau tak semua keluarga aku mati diracun." Tanpa soal, Hairul terus menghentam Nilam yang baru sahaja keluar dari tandas.
YOU ARE READING
STUPID LOVE
Lãng mạnNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...