Bunyi ketukan mengejutkan Nilam dari tidur yang nyenyak.Dia membuka pintu biliknya selepas dia membasuh wajahnya.
"Ohh..Amin.Ada apa?" Tanya Nilam.
"Kak Nilam diminta memakai baju ni dan keluar pergi ke pantai."Kata Amin berhati hati.
Nilam ketawa kecil.Dia terhibur dengan gelagat Amin yang menyampai pesanan seperti robot.
"Siapa suruh ni?"Tanya Nilam meminta kepastian.
"Orang yang pernah beri bunga dan coklat.Datang tau kak.Kesian dia siapkan semua ini untuk akak." Jawab Amin lalu melangkah pergi.
Nilam masuk semula ke bilik.Dia merenung gaun warna ungu itu.Dia teragak agak hendak memakai gaun itu.Kepala dia mula memikirkan tentang perkara negatif.
Namun sepucuk surat yang jatuh berjaya menghapuskan fikiran negatif.Nilam membaca surat itu.
Assalamualaikum,pemilik hatiku..
Apa khabar engkau hari ini?Aku bersyukur kerana engkau masih lagi boleh menatap keindahan alam ini. Duhai pemilik hatiku,mengertilah akan luahan hatiku ini.Sesungguhnya aku tidak mampu lagi untuk menafikan perasaanku ini.Andai aku bisa mengundurkan waktu,ingin saja aku mengembalikan saat saat bahagia kita.
Andai cinta masih ada,
Andai rindu masih ada,
Andai engkau masih setia,
Izinkan aku untuk membahagiakan dirimu.
Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu.Setelah membaca surat itu,Nilam berasa serba salah.Dia takut untuk pergi berjumpa dengan pengirim surat ini.Kini dia berasa berdosa kerana menduakan suaminya.
'Ya allah,apa yang harus kulakukan?Aku tidak sanggup untuk menduakan suamiku.Jika aku mengetahui ini yang akan terjadi,aku tidak akan menerimanya.Aku leka hingga aku terlupa tentang statusku sebagai isteri Hairul'
Setelah hampir setengah jam memikir,akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke pantai dan berterus terang tentang status dirinya kepada pengirim surat itu.
Nilam terkejut apabila ada sebuah meja di tepi pantai.Langkahnya diiringi dengan kelompak bunga ros dan lilin.Sungguh dia tidak menyangka impiannya menjadi kenyataan.
Mata Nilam melilau mencari pengirim surat itu.Namun tiada sesiapa pun selain dirinya di pantai itu.Tiba tiba Nilam terdengar bunyi petikan gitar.Muzik latar mula kedengaran.Lelaki bertopeng berjalan di menuju ke arah Nilam.
Aku tak bisa menidakkan rasa cinta..
Meski ku tak bisa melupakan salahmu..
Resah hatiku..
Nilam tergamam mendengar nyanyian itu.Dia amat mengenali suara itu.Suara lelaki yang dia rindui.
Hairul berdiri di hadapan Nilam dan mengenggam erat tangan Nilam sebelum dia menyambung nyanyiannya.Maafkan diriku melukakanmu..
Cinta jangan engkau
pergi..
Jauh dari diriku lagi..
Sesungguhnya cinta kita..
Setia ke hujung nyawa..
"Maafkan saya.Saya janji akan bahagiakan awak selepas ini." Kata Hairul.
Nilam tidak selesa berada dekat dengan Hairul.Walaupun Hairul memakai topeng,namun dia kenal suara Hairul.Dia ingin meninggalkan tempat ini sekarang.Dia cuba melepaskan genggaman Hairul dan dia berjaya.
Apabila melihat Nilam ingin melangkah pergi dari situ,dia menarik tangan Nilam supaya Nilam dapat mendengar luahan hatinya.Bila tersedar betapa tulus cintamu..
Biar apa pun yang menghalangnya..
Takkan pernah bisa dari diriku menjaga cintamu..
Tuhan tolonglah aku..
Satukan aku dan dirinya selamanya..
"Hairul tolong lepaskan tangan saya."Nilam cuba merentap tangannya.
"Awak tolong beri saya peluang kedua untuk saya bahagiakan awak.Saya sayang awak sangat sangat.I love You,Nilam."Hairul meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
"Senangnya hidup awak kan?Buat salah minta maaf.Saya boleh maafkan awak tapi luka di hati saya?"Ujar Nilam.
"Luka hati awak takkan sembuh kalau awak tak benarkan saya untuk merawat hati awak.Please give me last one chance to give you happiness."Hairul merayu kepada Nilam.
"Luka memang boleh dirawat.Tapi parut takkan hilang."Kata Nilam lalu melangkah pergi meninggalkan Hairul sendirian.
'Kenapa awak hadir semula untuk merayu cinta yang saya tidak mahu lagi?Saya takut untuk memberi awak peluang.Saya takut awak sia siakan peluang itu dan lukakan hati saya lagi!Saya sudah tidak sanggup untuk terluka untuk kali kedua!Maafkan saya.'Nilam berkata dalam hatinya.
"Awak saya akan terus menunggu awak.Saya takkan berputus asa untuk memujuk awak kembali.Saya takkan biarkan awak terluka lagi.Saya akan tunggu awak sampai awak maafkan kesalahan saya." Laung Hairul.
Nilam mempercepatkan langkahnya.Dia takut dia akan jatuh dengan pujukan Hairul.Maaf pendek..vote and comment
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...