BAB 14

587 15 0
                                    

"Kenapa awak hadir bila saya dah tak nak cinta itu?Kenapa awak hadir bila hati saya dah hancur disebabkan awak?"Tanya Nilam kepada gambar Hairul.
   "Sebab saya sayang awak.Sebab saya cintakan awak.Sebab saya perlukan awak dalam hidup saya."Suara gurau Hairul mengejutkan Nilam yang sedang mengambil angin malam di pantai.
   Nilam bangun dan hendak berlalu pergi.Belum sempat dia melangkah,Hairul memeluk Nilam dari belakang.
  "Please don't leave me cause I love you very much.
I think i cannot live without you.I will do anything to make you happy.Please give me another chance. " Kata Hairul lalu mengeratkan pelukannya.
    "Lepaskan saya,Hairul.Saya tak selesalah."Kata Nilam cuba merungkai pelukan.
   "Saya akan lepaskan awak lepas awak janji untuk dengar penjelasan saya. " Bisik Hairul ditelinga Nilam.
   "Saya janji."Dengan penuh keterpaksaan Nilam menabur janji.
  Bukan niat Hairul untuk memaksa Nilam berjanji tapi ini saja jalan yang ada untuk dia menjelaskan perkara yang berlaku kepada Nilam.Dia tahu Nilam takkan mungkir janji yang dia buat.
   Hairul melepaskan pelukannya.Dia dan Nilam mengambil tempat di hadapan laut yang terbentang luas di hadapan mereka.
   "Saya sayangkan awak.Tapi saya tak tahu saya mulai sayangi awak.Saya menyimpan niat untuk mengajak awak kahwin lepas kita mengenali lebih lanjut."Kata kata Hairul terhenti sebentar.Selepas dia mengambil nafas panjang dia menyambung ceritanya.
   "Tapi saya tak sangka takdir akan satukan kita dengan cara yang kita tak pernah sangka.Pada hari pertama kahwin saya dah lukakan hati awak.Saya dah cederakan tubuh badan awak.Kejam kan saya?"Kata Hairul.
   "Memang awak kejam.Awak langsung tak nak dengar penjelasan saya."
Balas Nilam.
   "Ya,memang saya bodoh waktu tu.Saya terus percaya pada mesej yang saya terima."Kata Hairul lalu dia meraup wajahnya tanda dia betul betul menyesali atas perbuatannya.
   "Bila awak tak de saya rasa sunyi.Saya dah pernah hilang orang yang saya sayang sebab panas baran dan ego saya.Saya tak nak hilang awak atas sebab yang sama."Kata Hairul lagi.
   "Maaf,Hairul.Saya tak sanggup berada disisi awak.Cukuplah sekali hati saya disakiti.Saya tak sanggup untuk serahkan hati saya untuk awak sakiti."Kata Nilam.
  Nilam berlalu pergi begitu saja.Ahh!Lantaklah orang nak kata dia ego.Dia dah penat dilukai.

____________________________

  Hairul mengemas barang barangnya.Dia bukan mengalah untuk pujuk Nilam.Tapi dia ingin memberi ruang dan masa untuk Nilam berfikir.
   Andai perpisahan yang diingini Nilam,dia rela  lepaskan Nilam untuk bersama lelaki lain yang akan menghargai Nilam.
  "Amin terima kasih sebab tolong abang selama ni." Kata Hairul lalu menghulur tangannya untuk berjabat tangan dengan Amin.
  "Sama sama abang.Tapi takkan abang dah berputus asa untuk memujuk kak Nilam?"Tanya Amin.
  "Taklah.Abang cuma bagi apa yang kak Nilam nak." Balas Hairul.
  "Abang pergi dulu.Assalamualaikum."Kata Hairul lalu masuk ke dalam perut kereta.
  Nilam hanya memerhati dari jauh,kereta Hairul meluncur laju meninggal perkarangan chalet itu.'Cakap ja lebih.Baru beberapa hari dah putus asa.Macam manalah aku nak percaya dengan kata kata kau?'Ujar hati Nilam sebelum dia melangkah pergi.
   Tiba tiba telefonnya berdering.Nama Abang Farid terpapar di skrin.
  "Ada apa abang call Nilam ni?"Tanya Nilam sebaik sahaja salam dijawab.
  Farid jarang    menghubunginya melainkan ada perkara yang penting.
  "Umi sakit tenat.Abang nak Nilam balik sekarang juga."Jawapan yang diberi oleh Farid meragut separuh dari nyawa Nilam.
  Tanpa menjawab kata kata  Farid,Nilam mematikan panggilan dan berlari ke biliknya.Setelah mengemas barang barangnya,dia bertolak ke Kuala Lumpur dengan segera.
  "Ya allah kau lindungilah umi.Aku tiada sesiapa di dunia ini selain umi."Kata Nilam.
  Perjalanannya ditemani air mata yang tak henti henti mengalir.Sungguh hati dia resah selepas mendapat berita itu.Pelbagai fikiran negatif mula menghantuinya ketika itu.Dia tidak sanggup untuk kehilangan satu satunya orang yang dapat dia menumpang kasih seorang ibu.



#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR

  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now