Sudah genap seminggu mereka menginap di rumah nenek Hairul.Bukan sahaja kaki Nilam yang terseliuh itu pulih.Malah hubungan mereka yang mengalami keretakan akhirnya membaik.
Nilam yang sudah terjaga daripada tidur enaknya menyentuh seraut wajah yang menjadi penghuni hatinya meskipun dia telah banyak terluka oleh sikap orang itu.Nilam yang leka merenung wajah Hairul terkejut apabila terdengar deringan telefon.
Nilam berpura-pura tidur apabila figura Hairul bangun dan menjawab panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum,mummy.Ada apa call awal-awal pagi ni?"
Tanya Hairul separuh sedar."Duk mana sekarang ni?Bila nak masuk pejabat?"Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir Puan Sri Khatijah.
Mana hati tuanya tidak risau apabila anak tunggalnya tidak pulang-pulang.Dia merasakan rancangannya untuk menyatukan Hairul dengan Batrisya tidak akan berlaku.Dia tidak mahu menantu bukan pilihannya bersama anaknya lagi.Kalau dia mahu mereka berdua bercerai.Baru puas hatinya.
"Duk kampung lagi.Rul dah bagitahu daddy yang Rul tambah cuti.Nak luangkan masa dengan isteri Rul dan nenek."Jawab Hairul sambil tersenyum melihat seraut wajah sedang enak diulit mimpi di sisinya.
" Habis tu kerja yang bertimbun di atas meja bila nak siapkan?"Marah Puan Sri Khatijah.
"Alaa..nanti Rul siapkanlah.Sekarang ni Rul nak sambung tidur.Bye mummy."Kata Hairul lalu mematikan panggilan.
"Siapa call abang pagi-pagi buta ni?"Tanya Nilam sebelum sempat Hairul mengeratkan pelukan.
" Eh,dah jaga ke?"Pertanyaan Hairul dibalas dengan anggukan kecil."Mummy call tanya bila abang nak balik sana."Jawab Hairul.
Nilam menganggukkan tanda faham benar perangai mertuanya itu.Dia melonggarkan pelukan lalu bangun dari pembaringan.
"Nak pergi mana sayang?Abang tak puas lagi peluk sayang." Tanya Hairul tidak berpuas hati.
"Abang sambunglah tidur.Nilam nak pergi tolong nenek siapkan breakfast." Kata Nilam tanpa mempedulikan wajah cemberut Hairul.
"Tapi abang nak tidur dengan bantal peluk abang."Rengek Hairul lagi.
Nilam melangkah ke arah Hairul lalu meletakkan bantal peluk yang jatuh di bawah katil ke sebelah Hairul.
" Nah,peluklah bantal ni.Bye!"Kata Nilam lalu berlari anak keluar dari bilik tidur mereka.
"Nenek masak apa tu?" Sergah Nilam sambil menuruni tangga ke dapur.
"Opocot mak kau jatuh."Nek Salmah melatah akibat terkejut disergah oleh Nilam.
Nilam ketawa kecil mendengar latahan Nek Salmah.
" Haish,bertuah punya cucu.Nak tercabut jantung nenek dibuatnya."Kata Nek Salmah
"Sorry nenek.Tak sengaja.Janji tak buat dah." Kata Nilam tersenyum sumbing lalu mengangkat tangan seperti berikrar.
"Lain kali jangan buat dah.Bagi salam apa dulu.Jangan main sergah je.Nanti tak pasal nenek pindah rumah pulak."Kata Nek Salmah.
"Pindah mana pula,nek?Sampuk Hairul yang entah muncul dari mana.
"Pindah duk batu dua lah jawabnya." Balas Nek Salmah.
"Apa nenek ni cakap macam tu pula?Sampai hati nak tinggal Rul."Rengek Hairul lalu memeluk lengan Nek Salmah.
"Ala..nenek gurau jelah." Kata Nek Kiah lalu mencuit dagu cucunya itu.
Memang Hairul adalah cucu paling dia rapat berbanding cucunya yang lain.Mungkin sebab Hairul sering menemaninya apabila cuti.
"Nek,batu dua tu kat mana?Nilam tak pernah dengar pun tempat tu." Tanya Nilam yang telah lama mendiamkan sebab bingung memikir tempat yang Nek Salmah mahu berpindah.
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...