BAB 22

551 19 9
                                    

     Setelah pulang daripada rumah Puan Sri Khatijah,Nilam terus mengurungkan diri di dalam bilik.Dia sedikit terkilan kerana sepanjang perjalanan pulang daripada rumah Puan Sri Khatijah Hairul tidak bercakap walau sepatah dengannya.

  Malam itu,Nilam tidur seorang diri tanpa ditemani oleh sang suami.Entah di mana Hairul tidur pun dia sendiri tidak tahu dan dia malas untuk ambil tahu.

   Selepas menyiapkan sarapan buat santapan Hairul,Nilam naik ke bilik untuk bersiap pergi ke klinik.Hairul yang baru sahaja bangun daripada tidur menjadi hairan apabila isterinya bersiap pada awal pagi itu.Setahu dia,Nilam telah berhenti kerja selepas kes ditolak oleh Kak Mah.Lagipun hari ini hujung minggu.

   "Sayang nak pergi mana cantik - cantik ni?"Tanya Hairul kebingungan.

  Nilam terkedu apabila Hairul menanyakan soalan itu.Selalunya Hairul yang sering mengingatinya tentang pemeriksaan ini.Namun hari ini Hairul telah lupa tentang pemeriksaan hari ini.

   'Selalunya abang yang ingat.
Kenapa hari ini abang tak ingat?Hmmm..sampai hati abang.'Sayu hati Nilam.

   "Nilam nak keluar kejap."Balas
Nilam berjauh hati dengan sikap Hairul selepas pulang daripada rumah Puan Sri Khatijah.

   "Ya.Abang tahu Nilam nak keluar.Tapi Nilam nak ke mana?" Suara Hairul naik seoktaf apabila jawapan yang Nilam berikan tidak menjawab soalannya.

    Nilam tersentak apabila mendengar suara Hairul meninggi.Ini kali pertama Hairul meninggikan suara setelah mereka berbaik.

   "Nilam nak pergi mall kejap.
Nak beli barang sikit."Balas Nilam.

    "Kan senang kalau kau jawab macam tu tadi."Tengking Hairul lalu berlalu pergi.

   Air mata Nilam mulai bergenang.Namun dengan seribu daya,dia cuba menahan empangan air mata daripada pecah.Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang perasaannya.
Biarlah dia saja yang rasa.

    'Ya allah,kenapa sikap suamiku berubah seperti dulu.Kau lembutkan hatinya kembali.Kau pelihara hubungan dan jodoh kami.Agar kami akan bahagia di dunia dan di akhirat.'Rintih hati kecil Nilam.

  "Hey,kau jangan ingat yang aku akan berdiam diri.Aku akan rampas balik Hairul daripada kau.Dasar pisau cukur.Aku akan dapatkan Hairul meskipun aku terpaksa menggunakan cara yang halus."Itulah yang diucapkan oleh Batrisya ketika Nilam sedang membasuh pinggan di dapur malam semalam.

   Andai perkara itu benar - benar berlaku,Nilam tidak dapat membayangkan nasib dirinya dan anak di dalam kandungannya.Nilam mengusap lembut perutnya yang kian menampakkan bentuk.Namun dia harap kasih sayang  Hairul  buatnya dan anak mereka kekal selamanya.

     "Abang,Nilam pergi dulu,ye. Maafkan Nilam kalau Nilam ada buat salah atau melukakan hati abang.Maafkan Nilam ye."Kata Nilam lalu mengucup tangan Hairul.

     Jatuh air mata Nilam sewaktu dia mengucup tangan Hairul.
Sedangkan Hairul tidak mempeduli tentang tangisan Nilam.Apabila kata - katanya tidak dipedulikan oleh Hairul,Nilam mengesat air mata dan bergegas ke klinik.

     'Mungkin kasih sayangnya berpaling semula ke Batrisya.Nilam rela kalau abang ingin menikahi Batrisya kerana Nilam tahu itu akan membahagiakan abang.'

____________________________________

    Selepas habis pemeriksaan, Nilam pun melangkah keluar daripada klinik dengan gembiranya.Dia telah mengetahui jantina anak mereka.Dia bakal menimbang cahaya mata lelaki.

    Dia tidak sabar untuk memberitahu Hairul tentang perkara ini.Pasti Hairul teruja apabila mendengar berita ini.Kerana dari awal kandungannya,Hairul sering mengatakan dia ingin memiliki anak lelaki.

   Nilam berjalan sambil melihat gambar cahaya matanya yang masih kecil itu.
Tanpa disedari Nilam,ada sebuah kereta menuju ke arah Nilam dengan lajunya.
Pemandu itu tersenyum puas apabila figura Nilam telah terbaring kaku di atas jalan.
Ramai yang menolong membawa Nilam ke hospital.

   Ketika Hairul sedang makan bersama Asyraf,telefonnya berdering.Setelah melihat nama pemanggilnya ialah Nilam.Dia cepat menjawab panggilan itu.Perasaanya tak tenteram sejak Nilam meminta izin untuk keluar.Seperti ingin jadi sesuatu.
"Assalamualaikum,sayang.Kat mana ni?Banyak kali abang call tak berjawab."Sapa Hairul sebelum pemanggil disana berbicara.

  "Waalaikumussalam,ni suami tuan telefon ni ke?" Jawab orang yang menelefon Hairul untuk memberitahu tentang Nilam.
  
    Hairul terkedu apabila suara lelaki yang menjawab.

   "Ya.Mana isteri saya?Kenapa telefon isteri ada dengan awak?"Soal Hairul bertubi - tubi.

    "Bawa bertenang,Encik.Saya
nak beritahu yang isteri Encik terlibat dalam kemalangan langgar lari.Sekarang isteri Encik dikejar ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Saya akan serahkan barang isteri Encik kepada nurse yang bertugas menjaga isteri Encik."Balas lelaki itu.

   Tanpa menunggu lebih lama,Hairul bergegas ke hospital untuk melihat keadaan isterinya.Sungguh dia terkilan kerana tidak bersama dengan Nilam ketika Nilam dan anaknya amat memerlukannya.

    Suasana di dalam wad yang menempatkan Nilam terasa sayu.Berita yang diterima masih tidak dapat dihadam olehnya.Sungguh berat untuk dia menerima.Wajah pucat Nilam direnung sedalam dalamnya.Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.Air mata jantannya jatuh setiap kali dia memikirkan reaksi Nilam setelah tahu yang dia telah mengalami keguguran.

    "Sayang abang minta maaf sebab meninggikan suara.Abang minta maaf sebab abang tak mampu menyelamatkan baby kita.Sepatutnya abang teman sayang buat checkup.Tapi abang bodoh sebab tak ingat tarikh hari ini.Dan abang bodoh sebab tak rasa apa - apa bila sayang minta maaf sehingga menangis.Abang ni memang dungu dan layak digelar lelaki tak berguna.Abang tak mampu jaga sayang dengan baby.Abang harap sangat sayang boleh terima yang baby dah pergi meninggalkan kita walaupun abang tahu perit untuk sayang terima.Abang minta maaf sayang."Kata Hairul sebak lalu mengucup dahi Nilam sebelum dia melangkah keluar dari wad Nilam.

     Dia sudah tidak sanggup memandang wajah pucat lesi Nilam.Tiada seri yang menghiasi wajahnya.Sayu hatinya melihat keadaan Nilam sebegitu.

   Selepas figura Hairul hilang daripada pandangan matanya,Nilam menangis teresak - esak.Sebenarnya dia telah sedar dan mendengar setiap bait ayat yang diucapkan oleh Hairul.Sungguh sakit hatinya apabila mengetahui berita itu.
  
    "Maafkan mama,baby.Mama tak mampu jaga baby sampai baby dapat melihat dunia.
Maafkan mama,baby.Kerana sikap cuai mama,baby tak sempat tatap wajah mama dengan papa.Maafkan mama."Kata Nilam sambil mengusap perutnya yang kembali kempis.Air matanya tak berhenti menitis.

   Dia memejam kembali matanya setelah mendengar suara Hairul.Mungkin Hairul sudah kembali.Sebolehnya dia tidak mahu Hairul tahu dia telah sedar.Biarlah dia mengubat luka dihatinya dahulu.









Okey tak chapter ni??Sis dh cuba beri sehabis baik..harap korang enjoy..KEEP VOTE AND COMMENT K..HRP LPS NI TAK DE YG JADI SILENT READERS.




#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR

  

  
 

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now