BAB 25

781 20 0
                                    

    Selepas menunaikan solat subuh,Nilam terus keluar dari rumah.Dia ingin menziarahi kubur arwah umi dan melawat adik-adiknya di rumah anak yatim.Sudah lama dia tidak menjenguk mereka disana.

   Suasana hening pagi mengiringi Nilam di tanah perkuburan.Kelihatan kubur arwah Puan Rohaya bersih daripada rumput-rumput liar.Pasti Abang Farid yang membersihkan kubur umi.

   "Assalamualaikum,umi.Sara minta maaf sebab lama tak jenguk umi.Sara rindu umi sangat tapi Sara tak sempat nak datang.Ada sahaja halangan."Kata Nilam sebak.

    "Umi,Sara baru ja keguguran.Lepas tu pula Hairul dah tak nak layan Sara.Dia anggap Sara ni pembunuh anak kami.Sumpah umi,Sara tak minta semua ni jadi.Sekarang ni hati Hairul dah berpaling arah.Dia nak kahwin dengan Batrisya dan ceraikan Sara.Sara dah buntu umi."Cerita Nilam seolah olah uminya berada dihadapannya dan mendengar luahan hatinya.Air matanya jatuh menbasahi wajah mulusnya.

    "Apa yang harus Sara buat,umi?Sara tak sanggup kehilangan orang yang Sara sayang lagi.Sakit umi bila kita hilang kasih sayang daripada suami kita.Kalau umi masih ada mesti umi pinjamkan bahu untuk Sara menangis kan?Sa..ra rin..du u..mi."Nilam menangis teresak-esak.Sungguh berat dugaan yang menimpanya.

   Selepas membaca yassin,Nilam beransur pergi.Dia mencalitkan  sedikit bedak di wajahnya kerana dia tidak mahu adik-adiknya melihat wajah sembabnya.

   Kedatangan Nilam disambut mesra oleh adik-adiknya.Sungguh meriah rumah itu dengan gelagat masing-masing.Sungguh Nilam tidak pernah merasa bosan melayan setiap gelagat adik-adiknya itu.

   "Kak Sara,jom kita main teng-teng."Ajak Umairah.

    "Okey jom."

    Permainan itu dipenuhi gelak tawa mereka.Namun malang tidak berbau,Nilam tersalah lompat dan terjatuh menyembah bumi.

    "Ya allah,macam mana boleh jatuh ni?"Tanya Farid yang baru sahaja pulang kerja.Terkejut dia melihat tubuh genit Nilam menyembah tanah.
  
   "Main teng-teng tadi.Terjatuh pula."Jawab Nilam sambil mengurut buku lalinya yang sudah bengkak.

   "Haish,adik ni dah jadi isteri orang pun tak berubah.Still budak-budak kan?"Usik Farid.

    Nilam hanya tersenyum malu.Adik-adiknya memapahnya masuk ke dalam rumah selepas diarahkan oleh Farid.

   Nilam menjerit kecil apabila diurut Mak Leha,tukang masak untuk rumah anak yatim selepas uminya meninggal.

   "Ni adik nak balik dengan apa?"Tanya Farid prihatin.

   "Teksi.Pagi tadi adik datang Pak Mat yang hantar."Jawab Nilam tersekat-sekat menahan sakit.

    "Kalau macam tu,biar abang jela hantar adik balik.Bahayalah   nak naik teksi malam-malam ni."Kata Farid.

   "Tak payahlah abang.Sara tak nak susahkan abang."Balas Nilam.

   "Habis tu kalau abang biarkan adik naik teksi ingat tak susahkan abang ke?"Soal Farid lagi.

   "Kenapa susahkan abang juga kalau adik naik teksi?"Soal Nilam kembali.

   "Macam mana abang nak tahu yang adik abang ni dah sampai rumah?Adik tu dah la tak bawa telefon.Jadi apa-apa kat adik macam mana?Risaulah abang.Orang sekarang bukan boleh percaya sangat.Kejahatan tu ada  di mana-mana sahaja adik.Sebelum abang menyesal,lebih baik abang hantar adik balik rumah."Panjang lebar leteran Farid.Apa korang ingat lelaki tak suka berleter ke?Sekali lelaki berleter boleh cair tahi telinga.

   "Baiklah,abang.Tapi pleaselah jangan membebel lagi.Penat adik dengar."Nilam hanya menurut kata-kata Farid.

   "Lain kali,kalau akak tak nak dengar abang membebel macam mak nenek baik akak dengar cakap abang." Sampuk Umairah yang muncul dari balik pintu.

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now