BAB 17

528 16 0
                                    

   "Hairul tak salah,Sara.Abang yakin dia sendiri tidak menyangka umi akan menghembuskan nafas secepat itu.Sara tak patut menghukum Hairul atas alasan itu.Berdosa Sara bercakap kasar dengan suami Sara."Kata kata Farid ketika Nilam menelefon masih terngiang di telinga Nilam.
    Rasa bersalah mula menyelubungi Nilam.Dia sedar apa yang dia katakan kepada Hairul adalah khilafnya kerana dia tidak patut menyalahi Hairul apabila dia tidak sempat untuk melihat umi untuk kali terakhir.Ini semua sudah tertulis.
   Dia mendail nombor Hairul berkali kali.Namun semua panggilan menghampakannya.Hairul tidak menjawab panggilannya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu Hairul di ruang tamu.Dia ingin meminta maaf atas kekhilafannya.Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka.
   Hairul pulang ke rumah ketika jam sudah menginjak pukul 2 pagi.
   "Awak pergi mana?"Tanya Nilam yang baru keluar dari tandas.
    Namun Hairul tidak mengendahkan pertanyaan Nilam malah dia terus melangkah naik ke tingkat atas.
   'Hmmm..dia masih marah aku lagi ke?Baik aku bagi masa untuk dia tenangkan fikiran dulu.'Kata Nilam dalam hati.
   Selepas dia menghilangkan perit ditekaknya akibat muntah tadi,dia pun naik ke bilik.Dia jadi panasaran apabila melihat kelibat Hairul tidak berada di sekeliling bilik tidur mereka.
   'Mana pula dia pergi?Peliklah.Mungkin dia masih marah kut.'
Kata Nilam lalu merebahkan tubuhnya.Namun belum sempat dia memejam matanya,tekaknya kembali loya.Dia berlari ke bilik air dan memuntahkan isi perutnya.Ini dah masuk kali 3 dia muntah.
    Nilam terlelap pada pukul 4 pagi.Dia merasakan tubuhnya lemah dan tidak bermaya.Nilam bangun apabila ada tangan yang menggoyangkan tubuhnya.
   "Bangun.Dah subuh.Hari ni kau masuk kerja.Jangan nak berangan untuk makan gaji buta."Kata Hairul.
   Nilam tergamam mendengar kata kata Hairul.Dia hanya mengangguk lemah dan berlalu pergi untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat.
Nilam sedikit tersinggung apabila Hairul solat tanpa menunggunya.Namun dia sedar ini salahnya kerana melukakan hati Hairul.
   Selepas menyediakan sarapan,Nilam naik ke biliknya semula untuk bersiap ke pejabat.Dia akui badannya masih lemah tetapi dia tak mahu membuat Hairul lebih marah terhadap dirinya.Hati Nilam sayu apabila makanannya  langsung tidak disentuhi oleh Hairul.
   Sampai dipejabat,seperti biasa banyak mulut sedang memgumpat tentangnya.Dia sudah lali dengan umpatan staf staf syarikat suaminya.
   "Baru je beberapa bulan jadi isteri bos,dah ambil cuti sampai berbulan bulan.Suami kat sini kerja.Dia kat sana entah apalah yang dia buat?"Ujar Kak Mah apabila Nilam sedang membancuh kopi untuk Hairul.
    "Betullah tu.Entah keluar dengan jantan lain."Pedas kata Kak Maziatul.
  Nilam menahan air matanya daripada mengalir.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dirinya akan dikutuk dan dianggap hina dimata semua orang.
   Selepas membancuh air di pantri,Nilam masuk bilik Hairul.Dia meletakkan kopi di atas meja Hairul.
   "Hari ini bos ada lunch meeting dengan Tan Sri Jalal."Kata Nilam."Kalau tak da pape lagi,saya keluar dulu."Kata Nilam lagi selepas Hairul tidak memberi apa apa respon.
  "Hey,sebelum kau keluar bawa sekali kopi kau ni.Aku tak nak minum."Langkah Nilam terhenti apabila diherdik oleh Hairul.
   Nilam mengambil cawan kopi itu lalu membawa keluar.Sewaktu Nilam keluar,Nilam bertembung dengan Kaira.
   "Dia tak nak minum kopi kau dah la.Dia nak minum kopi aku."Kata Kaira lalu melangkah pergi.
   Luluh hati Nilam apabila mendengar kata kata itu.Kini dia sedar yang selera Hairul telah berubah.Dia merasakan yang Hairul jijik untuk meminum atau menjamah makanan yang disediakan olehnya.Buktinya sarapan yang dia masak tidak diusik oleh Hairul.
   Sepanjang di pejabat,Nilam asyik berulang alik ke tandas.Hairul yang keluar untuk makan tengah hari menjadi hairan apabila kelibat Nilam tidak kelihatan.'Aik,pergi mana pula Nilam ni?Ish kenapa aku fikirkan tentang dia.Tak penting pun.Lantaklah dia nak pergi mana pun.Bukan urusan aku.'Ujar hati Hairul lalu meninggalkan pejabat.
   Sementara Nilam masih memuntahkan isi perutnya di tandas.Kak Maziatul dan Kak Mah ketika itu berada di tandas menghinanya lagi
   "Muntah berisi ke?"Tanya Kak Maziatul.
   "Muntah berisi latu.Benih jantan mana lah yang tersemai tu?"Kata Kak Mah pula.
   Pang!Kak Mah tergamam apabila satu tamparan menghinggap dipipinya.
   "Kurang ajar."Kata Kak Mah bengang.
   Kak Mah cuba menampar Nilam kembali.Namun tangannya dihalang.
   "Kamu bertiga masuk office saya sekarang." Bergema jerkahan Hairul di tandas wanita itu.
    "Kenapa kamu bertiga bergaduh?"Tanya Hairul tegas.
   "Nilam yang tampar saya dulu."Jawab Kak Mah.
   "Betul tu.Saya jadi saksi yang Nilam tampar Kak Mah." Kata Kak Maziatul membela Kak Mah.
   "Tapi diaorang yang hina saya.Saya dah penat bersabar dihina oleh mereka."Nilam membela diri.
   "Tapi tu tak bermaksud kau boleh tampar Kak Mah.Kau sepatutnya balas dengan kata kata.Bukan dengan menampar."Kata Hairul.
    Kak Mah dan Kak Maziatul tersenyum sinis apabila majikan mereka menyebelahi mereka.Nilam pula tergamam mendengar pernyataan Hairul.
   "Aku nak kau minta maaf daripada Kak Mah sekarang."Herdik Hairul.
  "Saya minta maaf,Kak Mah."Kata Nilam.
   Nilam berlalu keluar dari pejabat Hairul selepas Hairul mengarahkan mereka bertiga bersurai.Nilam berasa dirinya kerdil apabila Hairul langsung menghukumnya.Kini dia tahu betapa sakitnya apabila dia meletakkan kesalahan kepada Hairul.
   Dia menangis sepuas puasnya di dalam tandas.Tiada siapa yang datang untuk memujuknya.
   Setelah dia berasa sedikit lega,dia keluar dari tandas.Dia mengambil beg tangannya lalu pulang ke rumah tanpa memberitahu Hairul.Sesampai dia di rumah,dia mengemas pakaiannya dan dia mengurungkan dirinya di dalam bilik yang dikhaskan untuk pembantu rumah.Dia sedar tarafnya sama dengan pembantu rumah.






Sorry guys..Nilam takkan marah Hairul lama lama.
Sorry kalau tak best.



#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR

  
  
  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now