Nilam berjalan jalan dalam shopping complex tanpa arah tuju.Banyak kedai telah dia masuki,namun tiada satu barang yang menarik perhatiannya.
Pada mulanya,dia hendak duduk di rumah sahaja.Namun kebosanan melandanya.Dia teringatkan kata kata Hairul sebelum dia keluar.
"Awak,saya nak keluar pergi shopping mall.Boleh tak?"Nilam meminta izin kepada Hairul yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Namun kata kata Nilam tidak diendah oleh Hairul.Dia meneruskan tontonannya seolah olah Nilam tidak wujud ketika itu.Nilam mengambil tangan Hairul lalu menyalam tangan Hairul apabila dia tidak dilayan oleh Hairul.Dia pun memulakan langkah keluar dari rumah.
"Nak keluar dengan jantan latu.Dasar perempuan murahan.Aku harap kau tak balik.Tak delah orang yang nak menyusahkan hidup aku lagi."
Air mata Nilam jatuh apabila mendengar kata kata Hairul.Sungguh pedih hatinya mendengar kata kata itu.
"Aduh."Nilam mengaduh kesakitan apabila dia terlanggar satu benda yang keras.
"Cik tak apa apa ke?"Tanya seorang lelaki lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Nilam.
'Ya allah.Hensemnya.'Puji Nilam di dalam hati.
"Saya tak apa apa.Sorry terlanggar awak tadi."Kata Nilam lalu menyambut huluran lelaki itu.
"Tak pe.Nama saya Ikhram.Awak?"Balas Ikhram.
"Nama saya Nilam.Selamat berkenalan."Ujar Nilam pula.
"Sebagai tanda maaf,sudi tak awak makan dengan saya?"Ajak Ikhram.
"Errr..bukan saya tak sudi tapi saya ada kerja lepas ni."Tolak Nilam.
"Bolehlah.Kejap je saya janji."Ikhram masih tidak berputus asa.Dia dapat merasakan sesuatu yang menarik tentang Nilam.
Akhirnya Nilam bersetuju untuk keluar makan bersama Ikhram.Semasa waktu makan,Ikhram mengambil peluang yang ada untuk mengenali tentang Nilam dengan lebih lanjut.Dia berasa selesa bila bersama Nilam.
Setelah selesai makan,mereka mengambil haluan masing masing.Nilam berharap ini akan jadi pertemuan yang terakhir namun Ikhram mengharap disebaliknya.
Nilam pulang ke rumah pada pukul 8 malam.Ini kerana berlaku kesesakan jalan raya akibat kemalangan.Hairul menunggu Nilam di rumah.
Dia melihat semula gambar gambar yang dihantar mamanya.Hatinya sakit melihat kemesraan pasangan yang ada dalam gambar tersebut.
'Dasar perempuan sundal,dah ada suami tapi keluar dengan jantan lain.Betullah jangkaan aku tadi.Siap kau nanti.'
Apabila Nilam melangkah masuk ke dalam rumah,Hairul melibas tali pinggangnya ke arah kaki isterinya.Nilam mengaduh kesakitan.Namun Hairul masih lagi melibas tali pinggang ke arah tubuh Nilam.Tidak cukup dengan itu,dia menendang dan memukul Nilam tanpa belas kasihan.
"Awak,sakit awak.Jangan pukul saya lagi,awak."Rayu Nilam.
"Kau tahu sakit.Yang kau pergi menggatal dengan jantan lain,kau tak fikir sakit hati aku hah?Dasar perempuan sundal."Hairul terus terusan memukul Nilam.
Kemudian dia mengheret tubuh Nilam yang lemah ke bilik.Dia memaksa Nilam untuk menjalankan tanggungjawab dan memuaskan nafsu serakahnya.
Nilam yang tidak berdaya untuk melawan hanya menurut permintaan nafsu Hairul.Selepas puas,Hairul meninggalkan Nilam begitu sahaja.
Malam itu,Nilam ditemani air mata.Dia tidak menyangka Hairul akan berbuat demikian kepadanya.Walaupun pada awal perkahwinan mereka,Hairul telah melakukan perkara sebegini kepada Nilam tetapi kali ini Hairul tidak ubah seperti binatang.
Nilam menggagahkan dirinya untuk ke biliknya.Dia terserempak dengan Hairul ketika ingin ke biliknya.
"Best kan?Lain kali keluar lagi dengan jantan lain." Sindir Hairul.
"Suka hati saya la nak keluar dengan siapa pun.Bukan awak yang tetapkan peraturan yang jaga hal masing masing.Tapi sekarang napa awak nak halang saya daripada jumpa boyfriend saya?Apa hak awak?" Berdesing telinga Hairul mendengar kata kata Nilam.
Nilam terus melangkah.Dia berasa puas apabila melepaskan amarahnya.Selama ini,dia hanya berdiam.Tetapi kini dia tidak mahu lagi berdiam.Hatinya terlalu terluka.
Hairul tercengang mendengar kata kata Nilam.Sungguh dia tidak menyangka Nilam akan membalas kembali katanya.
'Biadap punya perempuan.Patutlah mama tak sukakan kau.Dia tahu yang anak dia ni berkahwin dengan perempuan sundal.'Hairul kini mempercayai bahawa naluri seorang ibu tidak pernah salah.
Nilam melihat kereta Hairul menghilang dari pandangan matanya.Dia terlalu kecewa dengan Hairul.Walau bagaimanapun,hatinya tetap tertanya tanya ke manakah suaminya hendak pergi?
'Awak,napa awak berubah?Saya minta maaf kalau saya berkasar tadi.
Saya sayangkan awak sepenuh jiwa saya walaupun saya tahu mustahil awak akan membalas kembali cinta saya.Saya rela cinta saya pada awak digelar cinta bodoh.Saya sentiasa cintakan awak seorang sahaja.Hanya nama awak yang ada didalam hati saya.Takkan ada nama lain selain awak.Itu janji saya pada awak.Saya berdoa awak akan terima saya suatu hari nanti.'Kata Nilam sambil mengusap gambar Hairul ketika mereka berada di Pulau Cenang.Dia mencuci gambar itu tanpa pengetahuan Hairul.
Nilam terlelap bersama air mata dan gambar Hairul yang berada dalam dakapannya.#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
![](https://img.wattpad.com/cover/95399528-288-k7251.jpg)
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomansaNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...