Laju kereta Hairul membelah jalan.Dia ingin melihat keadaan Nilam.Setelah tiba di hadapan rumah Nilam,dia menekan loceng rumah Nilam.
Nilam yang merasakan tidurnya terganggu.Dia bangun untuk membuka pintu.Walaupun kepalanya masih sakit,namun dia gagahkan dirinya untuk membuka pintu.
Terkejut beruk dia apabila melihat Hairul tersenyum menampakkan barisan gigi yang memutih.Nilam mengosok matanya berkali untuk melihat Hairul di depannya adalah realiti atau dia bermimpi.
"Awak buat apa kat sini?"Tanya Nilam sebaik sahaja dia sedar yang dia tidak bermimpi.
"Saja.Nak keadaan kau.Tak boleh ke?"Jawab Hairul.
"Bukan tak boleh.Tapi kenapa tak call saya dulu?"Ujar Nilam.
"Aku dah call kau banyak kali.Tapi kau tak jawab."
Kata Hairul.
"Ouh..sorry tak boleh ajak bos masuk sebab saya sorang je dalam rumah."
Kata Nilam serba salah.
"Eh tak palah.Aku faham."
Balas Hairul.
Setelah berbual selama 20 minit,kepala Nilam terasa berdenyut denyut.Dia memicit kepalanya.
"Kau okey tak ni?"Tanya Hairul risau apabila melihat Nilam memicit kepalanya."Kalau kau tak okey,pergilah rehat.Aku tak nak kacau kau."Sambung Hairul.
"Saya okey.Janganlah risau."Jawab Nilam.
Namun selepas mengucapkan kata kata itu,penglihatan Nilam menjadi kabur dan kelam.Dan akhirnya dunianya menjadi gelap.
Hairul mendukung Nilam masuk ke dalam rumah.Tanpa disedari mereka,ada sepasang mata yang memerhati mereka dari awal perjumpaan mereka.Ketika Hairul mendukung Nilam,dia menelefon pejabat agama untuk melaporkan hal ini.
Hairul berasa serba salah untuk meninggalkan Nilam seorang diri di rumah.Akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa ke hospital.Namun,semasa dia hendak mendukung Nilam.Bahunya dipegang oleh seseorang.Dia meletakkan semula Nilam.
"Kami dari jabatan agama islam mendapat laporan bahawa ada pasangan yang bukan mahram tinggal dalam rumah ini."Kata pegawai agama itu.
"Tapi encik kami tak buat apa apa pun."Hairul menafikan kenyataan pegawai agama itu.
Nilam tersedar dari pengsannya.Dia melihat ramai orang dalam rumah sewanya.Dan dia mendengar Hairul sedang mempertahankan dirinya.
"Kenapa ramai sangat dalam rumah saya ni?"Tanya Nilam bingung dengan apa yang jadi sekarang ini.
"Nilam tolong beritahu mereka yang kita tak tinggal serumah.Aku hanya datang sini untuk melihat keadaan kau."Kata Hairul.
Tetapi Nilam tidak berkata apa apa.Dia masih lagi keliru.Dia tidak faham apa yang jadi ketika ini.
"Tolong ikut kami sekarang."Kata pegawai agama itu.____________________________
"Aku terima nikahnya Nur Nilam Qaisara Binti Muhd Nazrul Qayyum dengan mas kahwinnya sebanyak 3000 ringgit tunai."Dengan sekali lafaz,Nilam sah menjadi isteri kepada Hairul.Sungguh dia tidak menyangka hubungannya dengan Hairul akan berakhir begini.
"Kau jangan berangan aku akan layan kau sebagai isteri aku."Bisikan Hairul membuatkan Nilam berasa takut untuk menempuh hidupnya selepas ini.
Setelah selesai majlis pernikahan Hairul dan Nilam di mahkamah syariah,mereka mengikuti Tan Sri Zahid dan Hazwan pulang ke rumah Tan Sri Zahid.Kedua dua mereka diam tanpa bicara.
Pang!!Belum sempat Nilam melangkah masuk,tangan Puan Sri Khatijah selamat hinggap ke pipinya.Pipinya terasa pijar.
"Dasar perempuan tak sedar untung,aku dah beri kerja kat kau.Tak cukup lagi?Sampai kau nak jadi menantu aku hah?"Kata Puan Sri Khatijah.
Nilam tidak mampu menjawab soalan Puan Sri Khatijah.Mulutnya bagai dikunci.Dia hanya mendiamkan diri dan menyebabkan Puan Sri Khatijah bertambah marah.
"Hey perempuan,asal kau diam?Betulkan apa yang aku cakap kan?Dasar perempuan pisau cukur," Tengking Puan Sri Khatijah lagi.
"Dah latu,Tijah.Nanti darah tinggi awak naik pula."Tan Sri Zahid cuba memujuk isterinya.
"Demi Allah,saya tak pernah bermimpi untuk jadi menantu Puan Sri.Saya sedar siapa saya dengan Hairul.Jauh perbezaan antara kami.Saya tahu hakikat yang enggang tidak mampu terbang tinggi bersama pipit."Kata Nilam.Dia tidak sanggup lagi dirinya dihina kerana latar belakang hidupnya.
"Berambus kau dari sini." Kata Puan Sri Khatijah lalu menolak tubuh Nilam keluar dari rumahnya.
Hairul dari tadi tidak kelihatan.Dia terus naik ke biliknya selepas melihat Puan Sri Khatijah menampar wajah Nilam.Kini sausana mula menjadi tenang.Dia malas hendak mengambil tahu tentang apa yang terjadi.
Tiba tiba telefonnya berdering.
Unknown person.
Kau dah diperangkap oleh Nilam.Dia pura pura pengsan.Dia yang rancang semua ini dari awal lagi.Hati Hairul menjadi panas apabila membaca mesej itu.Dia terus keluar dari biliknya dan mencari Nilam.Namun kelibat Nilam tidak kelihatan.
"Papa,Nilam mana?" Tanya Hairul apabila melihat Tan Sri Zahid sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
"Mama dah halau dia keluar dari sini."Jawab Tan Sri Zahid ringkas.
Tanpa membuang masa lagi,Hairul pergi ke rumah sewa Nilam.Nilam keluar dari rumah dengan muka yang sembab.Walaupun agak terkejut dengan kehadiran Hairul,namun dia tetap mempelawa Hairul masuk ke rumahnya.
Namun pelawaan baiknya dibalas kasar oleh Hairul.Hairul menampar pipi Nilam.Nilam agak terkejut dengan tindakan Hairul.Hari ini dua kali pipinya ditampar.Terasa ada darah mengalir di tepi bibirnya.
"Napa awak tampar pipi saya?"Tanya Nilam keliru.
"Kau tanya aku kenapa? Selama ni aku ingat kau ni suci tapi sebenarnya kotor.Sanggup kau perangkap aku demi kebaikan kau."Marah
Hairul.
"Saya tak faham.Saya tak perangkap awak pun." Nilam menafikan kenyataan Hairul yang membabi-buta.
"Dah tak payah berlakon la.Aku menyampah tengok lakonan palsu kau tu." Pedih kata kata Hairul.
"Ikut awaklah nak cakap apa pun."Kata Nilam mengalah.
Tanpa diduga,Hairul menolak tubuh Nilam dengan kasar.Hairul terus terusan memukul Nilam.Bukan itu sahaja,dia telah merogol Nilam.Nilam tidak berdaya untuk menghalang tindakan Hairul yang semakin ganas.Akhirnya dia berserah kerana dia sudah kehabisan tenaga.
'Ya Allah,kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini.Kau lembutkanlah hati suamiku supaya dia sedar akan kesilapannya.'Nilam merintih di dalam hati.
Selepas puas mengerjakan Nilam,Hairul meninggalkan Nilam dengan 100 ringgit kepada Nilam.Dia melayan Nilam tidak ubah seperti seorang pelacur murahan.Sungguh pilu hati Nilam diperlakukan begitu.
'Hairul..napa awak sanggup layan saya macam pelacur?Apa salah saya?' Nilam menangis teresak esak mengenangkan nasibnya selepas ini.Entah dugaan apa lagi yang akan diterimanya.#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...