"Sayang mama ajak makan malam dekat rumah mama.Nak pergi ke tak?"Tanya Hairul.
Nilam yang sedang menonton cerita kegemarannya di kaca televisyen menoleh sebentar ke wajah Hairul tanda dia meragui ajakan Puan Sri Khatijah.Selama dia berkahwin,tidak pernah pula Puan Sri Khatijah mengajak mereka ke rumahnya.
"Abang main main je kan?" Tanya Nilam pula.
"Main main apa pula?Abang serius la.Mama ajak makan malam kat sana."Jawab Hairul.
"Mama ajak abang seorang je kut?Ada hal mama nak bincang berdua dengan abang?"Soal Nilam masih lagi tidak mempercayai kenyataan suaminya."Takkan mama ajak abang seorang je.Lagipun mana ada hal mama nak bincang dengan abang."Balas Hairul.
Nilam mendiamkan diri dan cuba menghadam kata-kata Hairul.Sungguh dia masih tidak mempercayai ibu mertuanya mengajak dirinya makan malam di rumahnya.Bukan sehari dua dia mengenali ibu mertuanya itu.
"Sayang janganlah fikir sangat pasal benda tu.Sama ada mama ajak ke tak,Nilam tetap kena ikut abang.Takkan abang nak tinggalkan sayang kat rumah sorang-sorang.Sayang tu mengandung.Kalau jadi apa-apa jadi kat sayang,macam mana?Ikut abang ye."Ujar Hairul.
Nilam masih menunjuk riak tidak mempercayai kata-katanya membuatkan Hairul berfikir sejenak tentang perilaku mamanya terhadap Nilam.Dia tidak menyalahkan Nilam kerana bersikap sebegitu.Dia yakin Nilam masih lagi trauma dengan apa yang berlaku kepadanya.Dia juga yakin Nilam berasa berat hati untuk mengunjungi rumah mama.
"Abang..abang."
Panggilan manja Nilam menjaga Hairul daripada lamunan panjangnya.
"Ya.Sayang cakap apa tadi?"Tanya Hairul.
"Apalah yang abang fikirkan sampai Nilam cakap pun tak dengar?"Keluh Nilam.
"Sorry sayang.Apa sayang cakap tadi?Bolehkan sayang ulang sekali lagi?"Ujar Hairul.
"Bila abang nak pergi rumah mama?"Tanya Nilam.
"Petang-petang sikit kita baliklah.Bolehkan?"Balas Hairul.
"Nilam okey je.Ikut abanglah nak pergi pukul berapa."Jawab
Nilam lalu mencuit hidung mancung Hairul."Tapi sebelum kita pergi rumah mama.Jom kita pergi shopping barang baby dulu."Ujar Hairul dengan nada teruja.Tangan Hairul mengusap perut Nilam yang sudah mencecah lima bulan.
"Abang pasti ke yang abang okey?Tak demam kan?"Soal Nilam sambil tangannya mendarat di dahi Hairul untuk memeriksa suhu badan Hairul.
Nilam terasa pelik dengan sikap Hairul.Selalunya bila dia ajak Hairul pergi shopping,
banyak alasan yang dia beri.Tapi sekarang dah terbalik.
Pembawakan budak mungkin."Mana adalah sayang.Abang sihat.Tak demam pun."Jawab Hairul setelah berhenti ketawa selepas mendengar soalan isteri kesayangannya itu.
"Kalau macam itu,sayang pergi bersiap dululah."Kata Nilam sebelum melangkah pergi.
____________________________________
Figura yang berada dihadapannya ditatap dengan renungan tajam.Dia tidak pasti sama ada matanya berbohong atau tak bahawa orang yang pernah menempah nama dihatinya dan membahagiakan buat sejenak kini berada dihadapannya sekarang.Nilam yang berada disisi Hairul mulai dikuasai perasaan cemburu apabila Hairul tidak terkedip merenung wajah Batrisya.
"Apa yang tercegat dekat depan pintu tu?Masuklah,Hairul." Sapaan Puan Sri Khatijah memecah suasana hening sebentar tadi.
Nilam melangkah masuk tanpa menghiraukan Hairul.Hatinya sungguh sakit ketika ini.
"Terasa kedudukan kau terancam ke?"Sinis soalan yang diaju oleh Puan Sri Khatijah.
Nilam mengatur langkah ke dapur tanpa membalas kata-kata sinis Puan Sri Khatijah.Air matanya gugur.
'Padan muka kau.Baru kau tahu macam mana sakit hati aku bila kau perangkap anak aku.'Puan Sri Khatijah ketawa di dalam hati.
"Sabarlah Nilam."Kata Mak Kiah sambil mengurut lembut belakang Nilam.
Nilam menangis teresak esak didalam pelukan Mak Kiah.Sungguh dia merindui arwah uminya.Dia merindui dakapan hangat uminya.
"Mak Kiah..Mak Kiah.
Hidangkan makanan cepat.
Hairul dah lapar tu."Jerit Puan Sri Khatijah dari dalam."Jom masuk dalam.Kita makan dulu."Ajak Mak Kiah.
"Tak pelah.Mak Kiah masuklah dulu.Sekejap lagi Nilam masuk." Ajakan Mak Kiah ditolak lembut oleh Nilam.
Nilam memandang keindahan malam seorang diri.Dia pasti Hairul pasti melupakannya setelah berjumpa dengan bekas tunangnya itu.
"Mana Nilam,Mak Kiah?"Tanya Hairul setelah menyedari ketiadaan isterinya.
"Puan Nilam ada dekat gazebo.Katanya sekejap lagi dia masuk."Jawab Mak Kiah.
"Ala,You ni.Nilam tukan dah besar,pandailah dia cari kalau dia lapar nanti."Kata Batrisya.
"Betul juga tu."
Nilam yang baru sahaja ingin melangkah masuk,tergamam apabila melihat suaminya menyuap Batrisya makan.Sungguh pahit hendak ditelan apa yang dia baru lihat ini.
Nilam meneruskan langkahnya meskipun sakit dihatinya bukan kepalang.Tarikan kerusi mengejutkan Hairul.Nilam menghadiahkan satu jelingan maut kepada Hairul apabila mata mereka bertentangan.
'Perang dingin akan meletus.Memang terbaiklah rancangan mama'Kata Batrisya di dalam hati.
Vote and comment.
P/s sorry pendek je.
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...