BAB 28

560 9 2
                                    


"Sayang.. bangun sayang. Kenapa ni?" Kejut Hairul sambil menggerakkan tubuh Nilam perlahan.

Nilam membuka mata lalu memeluk erat tubuh Hairul. Dia menghambur tangisan di bahu Hairul. "Abang jangan tinggalkan Nilam. Jangan kahwin dengan Batrisya. Nilam janji Nilam akan jadi isteri yang terbaik untuk abang." Kata Nilam masih dengan esakkan.

"Huushhh.. Abang takkan duakan sayang. Abang ada kat sini kan? Jangan nangis dah." Pujuk Hairul lalu mengerat pelukan. "Cuba cerita kat abang, sayang mimpi apa?" Sambung Hairul setelah melihat Nilam mulai tenang.

"NIlam mimpi abang kahwin dengan Batrisya." Balas Nilam malas. Sejujurnya hatinya masih terasa sakit meskipun itu hanya mimpi. Sakit yang terasa seolah-olah berlaku.

Hairul ketawa kecil melihat muka cemberut isterinya itu. Dia tahu isterinya terasa tergugat dengan kedudukannya ketika ini. Walaupun baginya kedudukan NIlam ketika ini tetap utuh dihatinya. Sungguh dia mencintai wanita ini setulus hatinya dan dia takkan gantikan tempat Nilam dengan sesiapa.

"Jangan risau ye, sayang. Abang takkan duakan sayang. Abang takkan kahwin lain. Cukuplah Nilam sahaja untuk abang." Kata Hairul lalu mencium lembut dahi Nilam.

"Eh Nilam ada kat mana ni? " Tanya Nilam kebingungan.

"Sayang ada kat hospital. Takkan sayang tak ingat apa jadi semalam?" Jawab Hairul.

"Ingatlah. Batrisya tolak Nilam semalam. Pastu Nilam tak ingat dah." Balas Nilam polos.

Hairul tersenyum mendengar jawapan Nilam. Terhibur hatinya melihat isterinya yang naif serta polos. Namun disebabkan itu juga, NIlam sering ditindas.

"Dah jom kita balik. Mesti nenek risau." Kata Hairul.

"Sayang pergi mandi dulu. Busyuk masyam." Sambung Hairul sambil menutup hidungnya seolah-olah Nilam berbau.

"Abang ni kan. Nilam mana pernah busuk." Kata Nilam lalu menghadiahkan cubitan manja di paha Hairul.

"Sakitlah sayang. Abang pergi bayar bil hospital kejap. Dah pergi mandi." Ujar Hairul sambil menggosok pahanya.

"Sayang mandi wangi-wangi tau. Auuummm." Berbahang muka Nilam disakat oleh Hairul. Hairul ketawa mengekek melihat wajah memerah isterinya itu. Dia berharap bahagia yang dikecapi ketika ini akan kekal selamanya.

______________________________________

"Abang, kita nak pergi mana ni?" Untuk sekian kali Nilam menanyakan hal yang sama kepada Hairul.

Hairul hanya membiarkan soalan yang diajukan Nilam tidak terjawab. Jika dia menjawab, pastinya rancangannya gagal. Nilam sudah menarik muka apabila soalannya masih diabaikan. Setelah penat berfikir, akhirnya Nilam terlelap.

"Sayang bangun. Kita dah sampai." Kejut Hairul.

Nilam mengeliat kecil lalu ingin membuka ikatan dimatanya. Namun tangan Hairul lebih pantas menghalang Nilam dari membuka ikatan tersebut.

"Janganlah buka lagi, sayang. Meh abang pimpin tangan sayang." Kata Hairul lagi.

Nilam pun akur dan mengekori langkah Hairul. Dia dapat mendengar Hairul membuka pintu tetapi dia masih tidak dapat meneka keberadaan mereka ketika ini.

"Abang bawa Nilam pergi mana? Creepy ja rasa." Kata Nilam polos.

"Hahaha. Mana ada creepy sayang. Sayang mesti suka dengan tempat ni." Balas Hairul pula. "Okey. Ready ea? Abang kira sampai 3 lepastu sayang buka mata okey." Sambung Hairul lagi sambil membuka ikatan di mata Nilam.

Hairul mulai mengira dan Nilam membuka matanya perlahan-lahan. Dia terpegun dengan kekemasan dan kecantikkan dekorasi dalaman yang terpampang dihadapan matanya.

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now