Nilam tersenyum melihat dirinya.Gaun berwarna ungu yang diberi oleh Hairul melekap di tubuhnya.Dia mengenakan sedikit makeup untuk menaikkan seri wajahnya.
Hairul mengajak Nilam untuk menemani dia ke majlis hari jadi anak buahnya.Nilam tidak menolak permintaan Hairul kerana dia tidak buat apa apa malam itu.Daripada dia terperuk dalam bilik lebih baik dia mengikut Hairul.
Nilam mendengar bunyi enjin dibawah.Dia yakin Hairul telah sampai untuk menjemputnya.
"Wow.Cantiknya kau Nilam.Pandai aku pilih baju tu."Kata Hairul apabila Nilam berada didepan matanya.
Nilam tersenyum malu.Dia tidak pernah dipuji sebegini seumur hidupnya.
"Thanks,awak.Jomlah kita pergi sekarang.Nanti lambat pulak."Kata Nilam.Dia berasa tidak selesa apabila Hairul memandangnya.
"Okey jom."Ujar Hairul lalu membukakan pintu untuk Nilam.
Tanpa disedari mereka,ada mata yang sedang melihat gelagat mereka.
Setelah menempuh perjalanan selama setengah jam,akhirnya mereka tiba di rumah abang Hairul iaitu Mohd Hazwan Idrus.Kedatangan mereka disambut dengan meriah.
"Mama,adik dah bawa balik calon menantu mama." Laung Hazwan.
"Ish,apa kau ni?Dia ni PA aku la."Marah Hairul apabila Hazwan berkata demikian.Dia merasakan semua mata memandangnya.
Nilam tersenyum melihat gelagat adik beradik ini.Seumur hidupnya dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang abang atau kakak.Selama ini,dia hanya menumpang kasih sayang adik adiknya di rumah anak yatim.
"Hoi,berangan apa hah?"Sergah Hairul apabila melihat Nilam sedang memikirkan sesuatu.
"Ish,awak ni.Suka sergah saya.Terkejut tau tak." Marah Nilam.
"Sorry,kau fikir apa?Sampai aku panggil banyak kali kau tak dengar."Tanya Hairul.
"Mana ada fikir apa apa." Nafi Nilam.
"Tak payah nak menipu.Aku tau kau fikir sesuatu.Baik kau cakap."Kata Hairul.
"Suka paksa orang.Saya cuma rindukan dengan adik-adik saya je."Jawab Nilam.
"Asal kau tak pergi melawat diaorang?"Tanya Hairul lagi.
"Saya takut umi marahkan saya sebab umi tak tahu saya dah bekerja dan selalu hantar duit kat diaorang.Sebenarnya saya lari dari rumah anak yatim tu.Sebab
saya kesian kat umi cari duit sorang sorang."Jawab Nilam sayu.
"Serius ke?"Tanya Hairul terkejut."Bukan apa,aku tengok muka kau tak dak pun ciri ciri budak nakal."
Sambung Hairul selepas Nilam mengangguk kepalanya setelah dia bertanya.
"Mak su..mak su.."Panggil seorang kanak kanak perempuan yang berusia 4 tahun sambil berlari ke arah Nilam.
Nilam terkejut apabila kanak kanak itu naik dan duduk atas ribanya.
"Comelnya awak.Nama apa ni?"Kata Nilam teruja melihat kecomelan kanak kanak itu.
"Nama dia Raihana.Anak buah aku."Jawab Hairul.
"Ouh..Raihana.Comel sangat anak buah awak ni."
Kata Nilam.
"Tengoklah siapa pak su dia."Kata Hairul sambil mendabik dadanya.
"Perasannya awak ni."Ujar Nilam lalu terus melayan kerenah Raihana.
Selepas selesai majlis hari jadi Raihana,Nilam dan Hairul meminta diri untuk pulang.Raihana menangis apabila melihat Nilam melangkah pergi.Dia menjadi rapat dengan Nilam.____________________________
Keesokannya di pejabat,Nilam merasakan ada mulut yang sedang mengatakan sesuatu kepadanya tetapi dia tidak tahu.Syaf juga tidak menegurnya seperti selalu.Dia tidak tahu apa salahnya.
"Perempuan tu memang tak tahu malu ke?Ada ke patut keluar dengan majikannya sendiri.Nak gunakan En. Hairul untuk kesenangan dia latu.Dasar perempuan pisau cukur."
Kata Kak Mah.
Nilam terdengar perbualan itu semasa dia hendak ke pantri untuk membancuh kopi untuk Hairul.Dia pasti perempuan yang dibicarakan oleh Kak Mah itu ialah dirinya.
Nilam melangkah masuk ke pantri dengan selamba tanpa memikirkan apa yang didengarinya sebentar tadi.
Dia tidak mahu memanjangkan hal ini.Biarlah mereka hendak mengata tentang dirinya.Mulut manusia bukannya dia boleh tutup,lama lama dia tutup sendirilah.
"Hey,kau ni memang tak tahu malu ke hah?"Serang Maziatul geram melihat gelagat Nilam yang bersahaja.
"Kenapa saya nak malu?Saya bukan buat salah pun."Jawab Nilam.
"Kerana duit,maruah diri pun sanggup gadaikan."
Kedengaran pedas kata Kak Mah.
Nilam melangkah pergi setelah selesai membancuh kopi untuk Hairul.Tanpa disedari oleh Nilam,Maziatul menolak tubuh Nilam dan menyebabkan tangan Nilam terkena air kopi yang panas itu.Kejadian itu disaksikan oleh Hairul.
"Maziatul apa yang awak buat ni hah?"Tengking Hairul.
"Mana ada saya buat apa pun."Jawab Kak Maziatul.
"Saya nampak apa yang awak buat tadi."Suara Hairul naik satu oktaf apabila Kak Maziatul menafikan kesilapannya.
"Saya tak apa apa pun,bos.Sikit je lecur ni."Kata Nilam sambil membasahkan tangannya dengan air."Saya yang cuai tadi.Kak Maziatul tak salah pun.Bos janganlah marah Kak Maziatul."Nilam membela Kak Maziatul walaupun dia tahu Kak Maziatul sengaja menolaknya tadi.
"Kau ni Nilam.Jangan duk bela dia.Dia dah buat kau melecur pun kau masih nak bela dia."Ujar Hairul dengan suara yang makin tinggi.
Hairul melangkah pergi apabila Nilam terus terusan membela Kak Maziatul.Dia takut dia tidak mampu mengawal kemarahnya lagi.
'Kenapa kau bela orang yang salah Nilam?Aku nak tolong kau.Kau selalu cerita yang hidup kau ni tak adil.Rupanya kau yang selalu menolak keadilan.'Ujar hati Hairul yang kecewa dengan sikap Nilam.
"Bos okey ke?"Nilam masuk ke dalam bilik Hairul dan meletakkan air kopi yang baru dia bancuh.
Hairul langsung tidak memandang Nilam.Nilam tahu yang marah terhadapnya.Dia keluar setelah Hairul tidak berkata apa apa.
'Sorry awak.Saya tahu awak cuba tolong saya untuk mendapat keadilan dalam hidup saya.Tapi saya ni bodoh sebab tolak keadilan yang awak mahu beri kepada saya.'Entah kenapa hatinya sakit apabila Hairul tidak melayani dia seperti selalu.Dia berasa sedih dengan perubahan Hairul.Tapi dia akui ini semua salahnya.Jadi dia harus menelan pahit yang dia ciptakan.Done for this chapter.Stay tuned.
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR

YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomansaNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...