Bunyi ketukan pintu mengejutkan penghuni rumah banglo mewah itu.
Tan Sri Zahid terkejut apabila mendapati Hairul pulang dalam keadaan mabuk.Dia sangka anaknya sudah berhenti daripada minum air kencing setan itu.Tetapi dia silap.Anaknya tak pernah berhenti daripada menogak arak.
"Siapa yang mengetuk pintu rumah kita sampai nak pecah pintu kita ni abang?"Tanya Puan Sri Khatijah yang masih mamun.
"Anak awaklah.Dah kahwin pun masih lagi minum air haram itu." Marah Tan Sri Zahid."Abang tak nak tengok muka dia kat sini lagi.Kalau tak,nahas aku kerjakan dia."Tengking Tan Sri Zahid.
"Kenapa Hairul minum lagi ni?Tak kesian kat mama dengan papa ke?" Tanya Puan Sri Khatijah lalu mengangkat tubuh Hairul dan dibawa ke bilik.
Air mata Puan Sri Khatijah gugur melihat keadaan anaknya.Salah dia tidak mendidik Hairul dengan sempurna.
Dia mencapai telefon Hairul lalu mendail nombor Nilam.
"Assalamualaikum."Sapa Nilam.
"Waalaikumussalam.Ni aku Puan Sri Khatijah." Balas Puan Sri Khatijah.
"Kenapa Puan Sri call saya malam malam ni?"Tanya Nilam masih bingung.
"Kau datang sini ambil suami kau ni."Kata Puan Sri Khatijah sebelum dia mematikan panggilan.
Ketika ini,dia berasa malu untuk bercakap dan berdepan dengan menantunya itu.Tapi egonya mengatasi semua itu.
Nilam yang masih tidak mengerti apa yang terjadi,terus bersiap untuk menjemput suaminya di rumah mertuanya.Dia yakin pasti suaminya melakukan perkara yang tidak sepatutnya.Jika tidak masakan Puan Sri Khatijah menelefon dia untuk menjemput Hairul.
Apabila Nilam tiba di hadapan rumah mertuanya,dia teringat tentang kejadian yang berlaku disaat dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Nilam dah sampai?
Masuklah.Sejuk dekat luar ni."Tegur Pak Min,penjaga rumah mertuanya.
"Okey,Pak Min."Nilam teragak agak untuk melangkah.
Selepas memberi salam beberapa,kelihatan Mak Kiah membuka pintu untuk Nilam.
"Tuan dekat bilik tetamu.Puan Sri suruh Cik Nilam bawa tuan balik rumah." Mak Kiah menunjuk bilik yang menempatkan Hairul.
Kelihatan Hairul tidur dengan nyenyak.Nilam terbau sesuatu apabila dia mendekati Hairul.Dia cuba mengangkat Hairul dan ingin membawa ke kereta.Namun Hairul pula yang menolak Nilam sehingga kepala Nilam terhantuk di dinding.
Nilam tidak berputus asa untuk membawa Hairul pulang.
"Jangan sentuh akulah,perempuan sundal.Kau blah la.Aku tak nak tengok muka kau."Hairul masih menolak tubuh genit Nilam.
"Jangan degillah.Mama call saya suruh bawa awak balik rumah kita."Jawab Nilam dengan nada yang lembut walaupun Hairul berkasar dengannya.
"Ish,kau tak faham bahasa ke?Aku tak nak balik.Ini rumah mama dengan papa aku.Ikut suka aku la."Kata Hairul.
"Memang ini rumah mama dengan papa awak tapi diaorang yang suruh saya bawa awak balik.Mungkin mereka dah benci awak sebab perangai awak kut."Kata kata Nilam telah menaikkan darah Hairul.
Satu tamparan melayang tepat ke pipi Nilam.
"Hairul."Jerkah Tan Sri Zahid apabila melihat Hairul naik tangan dengan isterinya sendiri.
Nilam yang berasa malu,terus melangkah pergi.Niatnya baik untuk menjemput suaminya pulang tetapi dianggap buruk.Entah apa yang telah membutakan mata Hairul sehinggakan tidak dapat melihat kebaikan yang dia lakukan.____________________________
"Kau ni memang suka ke buat perempuan tinggalkan kau sebab panas baran kau tu?"Soal Hazwan.Dia menjadi bengang apabila mendapat tahu yang adiknya memukul Nilam.
Hairul tidak menjawab soalan Hazwan.Dia masih berfikir tentang silapnya.
"Nilam tu dah sempurna.Tapi kau tak hargai dia.Ke kau nak dia tinggalkan kau seperti Batrisya?"Tanya Hazwan lagi.
"Tapi aku nak ajar dia.Kau tahu tak dia keluar dengan jantan lain.Kalau kau,apa yang kau akan buat?"Kata Hairul.Dia menjadi berang apabila semua orang hanya nampak kesalahannya.
"Itu bukan cara nak ajar isterilah.Dalam islam,ada batas kalau nak memukul."
Kata Hazwan.
"Kau tak lalui apa yang aku rasa.Memang senang kau cakap.Dia perangkap aku."
Luah Hairul.Air matanya mengalir.
Hazwan terkejut mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Hairul.Dia hanya mampu mendiamkan diri.Dia terkelu.
"Sekarang ni kau fahamkan kenapa aku bersikap dingin dengan dia?"Soal Hairul pula apabila melihat abangnya diam membisu.
"Aku faham.Tapi kau ada bukti ke yang Nilam perangkap kau?Bukan dia sakit ke waktu tu?Aku tak rasa dia perangkap kau."
Hairul memikir tentang kenyataan Hazwan.Ada benar juga kata kata Hazwan itu.
"Mungkin ada orang yang nak rosakkan hubungan kauorang dua.Bukannya kita tahu.Kau yang cerita yang hubungan kau dengan Nilam dah mula jadi baik." Pernyataan Hazwan membuatkan Hairul tersedar sesuatu.
Thanks yg sudi singgah baca story ni..stay tuned untuk mengetahui cerita selanjutnya
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
![](https://img.wattpad.com/cover/95399528-288-k7251.jpg)
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...